Saturday, January 15, 2011

Review: KHURAFAT Wajib Tonton!!!



Gulp..Gila! Tu je perkataan yang keluar dari voice mail aku lepas tengok cerita KHURAFAT semalam. Mana tak gila, semalam berapa ramai orang mati sebab sakit jantung. Mana-mana yang pregnant tu dah siap terberanak sekali dah, budak-budak kecik siap boleh histeria lagi. Gila tak gila. Main gila betul. Punyalah seram tahap alam kubuq. Aku ni balik je terus demam seminggu tengok cerita ni. Sekarang dah sihat dah~

Sumpah aku tak tipu, hantu yang duduk sebelah aku pun boleh sesak nafas tengok member dia berlakon, APA CITA? Abang-abang ganster yang duduk kat belakang aku siap boleh melatah-latah ketakutan lagi,LAGU MANA? Nasib baik aku bagi dorang nyorok belakang seat aku, kesian dorang. So nampak ke'SCARY'an cerita ni kan...kan.


Ni nak bagitau ni, sebenarnye aku ada kuasa ajaib. Selalu aku guna kuasa aku untuk ramal camne cerita tu dari mula sampai habis dan selalunya tepat. Tapi kali ni aku agak kecewa sebab aku tak dapat ramal cerita tu, maybe penangan hantu tu lagi kuat. Last-last aku terpaksa merasa ketakutan yang sama dengan akak aku, bukan sikit tapi lagi over dari akak aku. Cittt!!! bikin malu saja.


Ni paling aku nak marah ni. Sangat-sangat nak marah. Kenapa la scene waktu siang dalam cerita ni cepat sangat. Aku baru je nak tarik nafas lepas beberapa kali tersemput-semput tengok hantu banyak sangat. Aku dengar bila scene siang semua orang FUHHHHH lega~ Ceh aku ingat aku sorang je yang penakut.Haha. Kiranya aku lagi berani dari dorang walaupun mata aku kat celah-celah jari tangan aku je time aku tengok hantu tu.-_-"


Memang tepat sekali Anugerah Pengarah terbaik depa bagi kat Syamsul Yusof sebab cerita KHURAFAT ni memang cerita hantu Malaysia terbaik aku pernah tengok kat muka bumi ni. Kalau sebelum ni ranking pertama aku cerita JANGAN PANDANG BELAKANG, sekarang cerita KHURAFAT pulak top one. Jangan kecik hati ye Pierre Andre. Pergi main kat kubur tu buat cerita hantu lagi~

Konklusi: Berbuih mulut sampai bersembuk air liuk aku dok promote KHURAFAT ni kalau hangpa tak pi tengok, sat gi aku suh hantu kopek Kak Limah libas hangpa suma sampai pitam. Hang tunggu na!!!


Tuesday, January 11, 2011

Ana Raffali Pandai Buat Magik???



Wah sekarang ANA RAFFALI dah mula tunjukkan siapa diri sebenarnya. Jangan korang ingat dengan pakai baju kurung or kebaya tak boleh main gitar. Siap boleh goreng lagi. Memang aku salute la kat Ana Raffali ni. Lagi-lagi ditambah dengan kemenangan AJL 25 semalam. Lagi la naik saham dia kan.


Pada sesiapa yang tak tahu Ana Raffali ni jadi artis lepas upload video dia kat youtube macam Yuna gak. tapi Yuna yang feymes dulu dengan lagu Dan Sebenarnya. Tapi sekarang dah tiba musim Ana Raffali pulak.


Banyak aku baca cerita atau komen-komen tentang kemenangan Si gadis manis ni. Ada yang ucap tahniah la, ada yang bagi puji melambung tapi ada gak yang tak puas hati pastu kutuk habis-habisan. Macam-macam la dorang cakap pasal Ana Raffali ni.

Antaranya yang lawak, diorang cakap Ana Raffali ni menang sebab berjaya memukau ketua juri dengan membuat magik "penukaran baju" paling pantas. Kalau Hafiz cepat 3 saat tukar baju tadi memang dia menang dah. Haha.


Antara artis yang buat magik jugak semalam adalah Hafiz dengan magik 'Bertukar'. Faizal Tahir pulak dengan magik 'Lepaskan Diri Dalam Air'. Fuhh dorang memang berbakat besar kan.

Apapun tahniah buat Ana Raffali. Harap supaya lebih berjaya dan hasilkan lagu-lagu yang mantop! Pada yang tak puas hati korang buat la group kat facebok. mana tahu kita boleh tukat-tukar pendapat kan~ Hahah.

petua goreng2:Eh lagu terbaru dia KALAU BERPACARAN memang sangat best. 10 kali dengar tak bosan pun~

Monday, January 10, 2011

TERKINI: Keputusan Anugerah Juara Lagu 25.



Owh nampaknya penantian selama setahun sudah terjawab dimana tadi berlangsungnya ANUGERAH JUARA LAGU 25. Dari tahun lepas aku tunggu AJL 25 ni, baru tahun ni dapat tengok.-_-"

Bagi sape-sape yang tak sempat nak tengok malam tadi, kat sini aku nak share dengan korang keputusan keseluruhan AJL 25 ni.


TEMPAT PERTAMA: Ana Raffali- Tolong Ingatkan Aku
TEMPAT KEDUA: Black ft M.U.H- Drama King
TEMPAT KETIGA: Hafiz- Noktah Cinta


VOKAL TERBAIK: Hafiz- Noktah Cinta
PERSEMBAHAN TERBAIK: Faizal Tahir- Hanyut


Memang aku tak jangka langsung keputusan AJL kali ni. Mati-mati aku target Faizal Tahir atau Black atau Yuna yang jadi juara. Sebab pada aku punya pandangan, lagu dgn suara dorang memang superb!!!


Ni gambar tahun lepas da. Perasan tak aizat je yang xde kan tahun ni.

Tapi mungkin dah rezeki Ana Raffali lebih sikit tahun ni. Kita redha kan saja la ye. Mana-mana yang tak puas hati boleh saja buat page group kat Facebook. Nanti aku like. Wahaha.

petua gorg2: Kenapa la komposer tak jumpa video aku dalam youtube? maybe aku upload salah tube kot.*Ayat paling haram sumbangan kak Nadey. Korang pergi usha blog dia. Kalau tak putus urat kentut, bukan blog Kak Nadey la jawabnya. Hahah!!!!!


Artis yang baru upload videonya kat youtube. Semoga ada komposer yang menjumpai anda. Anda sangat HOT!!!Wahaha.

Saturday, January 8, 2011

Raja Lawak 5 lagi Lawak. Betul ke lawak??? Jom download.

Oit..oit. Raja lawak 5 dah start ke? Aku ingat lambat lagi. Rugi la wey aku tak dapat tengok tadi. Pukul 9 kat Astro Prima. Sesape yang dah tengok boleh cerita kat aku pliz~

Oo jap apa ada hal, nanti aku pergi tanye jela kat Pak Cik Google. Mesti bersepah orang tengah upload sekarang ni kan. Esok aku nak pergi donlod kat UKM. Internet kat UKM kan laju. Laju sikit dari siput sendut.Haha.


Sekarang ni aku teruja nak tengok kumpulan KAMI. Awek-awek semua beb! Mintak-mintak la dorang ni betul-betul lawak. Kalau dorang betul lawak aku janji aku SMS dorang sekali. Eh sekali jela buat pe nak abis kedit banyak-banyak. Bukan dorang nak kapel dengan aku pun kalau dorang menang.


Dengar cerita raja lawak kali ni lagi mantop dari musim lepas. Betol ke? Betol ke tak kite tunggu jela minggu depan. So lepas ni aku akan reserve hari jumaat malam takde sape boleh kacau aku, aku nak layan raja lawak ni. K chow.

petua gorg2: Eh kalau korang nak donlod Raja Lawak 5 dari minggu 1 sampai minggu 9, korang klik kat sini. Al-kisah pun ada. Trimas pada blog Pereka Cerita sebab rajin upload Raja Lawak 5 ni.Terbaik.^_^

Wednesday, January 5, 2011

Aku mahu topup FREE !!


Satu petang aku jalan-jalan kat pantai. Eh loser je jalan sorang-sorang. Baik aku ajak Patrick, boleh main tanam-tanam.Akakakaka. Hmm nak call dulu la. Tuuuut...tuuuut..

Erk! Asal awek CELCOM lak yang angkat. OMG. Kedit dah habis? Arghhhhh!!! Siapa boleh bagi topup free kat aku????


Fuhh! nasib baik aku jumpa blog Humblemodest ni. Hanya dia sorang je yang begitu baik nak belanja aku topup kan...kan.

Eh! ada syarat pulak?


+ Korang semua mestilah menjadi followers aku and like page facebuk aku terlebih dahulu .
+ Buat satu entri mengenai contest ini .. Pastikan tajuk entri tersebut ialah "Aku mahu topup FREE !!"
+ Letakkan banner contest ini didalam entri tersebut
+ Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen ini
+ Tag beberape orang bloggers yang lain .. minimum 2 and maximum 5
+ Akhiri entri tersebut dengan Assalamualaikum bagi yang islam .. Dan yang non-muslim pula Salam sejahtera.

Wah! ada due date pulak??


Tarikh tutup contest ini adalah pada 17/1/2011

Uih! Berapa pulak topup dia nak belanja aku ni? Wahaha.

Hadiah Utama - Topup RM20
Hadiah Kedua - Topup RM10
Hadiah Ketiga - Topup RM5


Fuiyoo! Betul-betul teruja ni. Oo kena tag kawan ea? Nah ni kawan baru aku :
1. Ayhan
2. Cayril
3. CaptBokkhari
4. Aran
5. Choco

Orang dah bagi topup free, jom bedal jela.Wahaha. boleh gayut dengan Sandy lepas ni kan..kan.. Sebelum tu jangan lupa bagi salam. Assalamualaikum.~ :P

COLORCLICKZ 1st GiveAway 2011

MARI SEMUA DENGAR INI CERITA,
COLORCLIKZ NAK BUAT GIVEAWAY PULA,
SEMPENA MOOD TAHUN BARU KATANYA,
SIAPA TAK JOIN MESTI PUTIH MATA~

Haha. Korang ingat lagi tak iklan pencuci pinggan AXION tu. Kalau agak-agak bosan korang boleh nyanyi sama-sama. Hehe.


Seperti biasa, siapa-siapa yang berminat nak join boleh klik kat sini. Syaratnya memang cukup mudah semudah ABC. Nah korang baca sendiri:

Blogger

1 - buat 1 entry bertajuk "COLORCLICKZ 1st GiveAway 2011"(sertakan picture di atas ni sekali ye)
2 - Jadi follower di blog ni
3 - 'Like' fan page facebook ColorClickz
4 - Tag 3 org kawan ye (nk tag lebih ramai pon boley je :p)(make sure dorg tahu dorg di'tag k)
5 - tinggalkan link penyertaan anda di ruangan comment entry ni.

SYARAT2 UTK YG TIADA BLOG
Facebook

1 - 'Like' fan page facebook ColorClickz
2 - Sila share link di bawah di wall fan page ColorClickz. http://colorclickz.blogspot.com/2011/01 /colorclickz-1st-giveaway-2011.html
3 - Tag kawan facebook anda minimum 3org k ;)

Cukup mudah bukan? Semua mesti nak tahu apa hadiah nye kan.Jeng..jeng..jeng..
ade 5 bakal pemenang utk setiap 5 hadiah di bawah:

2 keychain bear (seorang satu)

1 set pendrive pocket (1 set=2biji)

2 pasang "couple pendrive/broadband pocket.


Tarikh tutup lak: 4 Feb 2011. Apa tunggu lagi jom ramai-ramai memeriahkan GiveAway ni. :P

Kat sini aku nak tag kawan baru aku:

1. Abbymira
2. Zaidatul
3. Starsyeea
4. Byezue
5. Price Katak

petua gorg2: hadiah dia sgt marvellous wey. Bagi yang berkapel patut join giveaway ni ~

Tuesday, January 4, 2011

Nama Saya Pembaris! -_-"



YUP! itu nama aku waktu aku kerja secret recipe dulu. Menarik bukan. Ok dah cukup gelak kan nama tu. Kes aku dapat nama tu sebab eksiden ni. Masa aku start masuk kerja dulu, aku terlambat setengah jam. Sampai je kat kedai aku kena lapor diri dulu. Kena mengadap manager la jawabnya. Manager pulak tengah buat air kat bar sebab pekerja tak cukup. Aku pun pergi la jumpa dia, baru nak mintak maap pasal datang lambat, tetiba dia sound: HAH KO PEHAL? Ya Allah terkejut aku. Kalau dia cakap sikit je lagi memang aku terkincit dalam seluar punya.

Gila aku kena mengadap bapak segala gangster. Muka dah la macam kaki tarik kereta. Pastu gigi berlapis-lapis banyak macam ikan jerung. Sekali dia gigit aku mesti mati punya. Ya Allah tolong la aku. Aku nak kerja sekejap je ni.-_-"


Masa lapor diri tak pasal-pasal kena marah teruk sebab hari first dah lambat. Lepas tu terus dia bagi aku homework. KO NAMPAK KEK ATAS MEJA TU? AKU NAK KO PERGI HANTAR KAT GREEN BOX. KO CARI ORANG NAMA WATI. BAGI KEK TU KAT DIA, ADA PAHAM. APA TUNGGU LAGI, SEKARANG!!! Aiyo dia punya "sekarang" tu macam tuan kek tu dah nak mati kebulur. Sabarlah aku baru sampai kot. T_T

Nak taknak aku pun bawak la kek indulgence tu naik tingkat satu. Kat tempat aku kerja tu memang ada satu Karaoke Box. Dah la berat pastu tak leh jalan laju-laju nanti kek tu hancor. Pastu kalu lambat nanti kek tu cair. Dalam hati aku ada jugak tercarut satu dua je. Tak banyak pun~

Sampai GREEN BOX aku tanya la tukang kaunter tu nak cari orang nama Wati. Dia ada tempah kek tadi. Tukang kaunter tu cakap takde, aku cakap ada. Dia cakap takde la, aku cakap ada la. Ni ada nama dia ni.HUH!

Tetiba bos dia keluar tanya apahal ni? Aku cakap la nak hantar kek. pastu bos dia marah sebab mana boleh bawak makanan luar masuk dalam bilik karoke. Lagipun dari tadi takde sorang pun orang melayu check in tau tak? Lepas tu terus dia blah sambil buat isyarat suruh aku pun blah. ERK!!! Tak pasal-pasal aku malu.Aku pun balas dengan mengangkat jari tengah kat dia. Oo. KO NAK BELAGAK DENGAN AKU YE, NANTI KO DATANG SECRET RECIPES AKU HALAU KO PULAK.HUH!!!


Pastu aku 'pending' tak tahu nak buat apa, mesti salah nama kot. mungkin nama orang tu Wa Ting Tong atau Watimalai ? Tak pun orang bernama Wati tu tak jadi karaoke sebab mak dia sakit gigi? Macam-macam persoalan bermain kat otak aku ni. Ah, baik aku balik kedai tanya kak manager lagi bagus kan.

Belum sampai kedai, aku dah dengar orang gelak kekeh. Yang akak manager tu siap gelak guling-guling pergi balik lagi. Asal pulak ni, takkan kena sawan. Pastu aku selamba pergi kat dia nak mengadu nasib pasal tadi, tetibe mata aku terlihat name tag akak manager aku tu tertulis nama WATI...WATI...WATI...*cerita seterusnya tak dapat disambung kerana terlampau banyak unsur-unsur carut-mencarut,lucah-menlucah. Korang paham-paham sendiri ye.^_^


aku saje abiskan cerita ni dengan teletubbies supaya nampak lebih harmoni~

petua gorg2: rupanya hari tu bfday kak manager aku, memang dorang selalu kenakan budak baru lagi-lagi bendul macam aku ni. Start ari tu dapat nama PEMBARIS tapi aku panggil kak manager tu HANTU GIGI LAPIS.Wahaha.

Monday, January 3, 2011

"Siapa Punya Header Paling Cool?!"

Wah ada contest lagi. Thanks ye cik Azimah tolong tag tuan blog yang tak seberapa ni.Huhu. Kali ni Contest Header Siapa Paling Cool?!


Sesiapa yang berminat nak join contest Ohh Mejuez ni boleh klik je kat sini. Syarat-syarat mudah saja:

1-WAJIB jadi follower blog ini.
2-Buat 1 entry pasal giveaway nie, simple simple je dah cukup.
3-Letakkan Banner Di Side Bar.
4-Tag 5 Orang je rakan anda yang selalu ONLINE Blog/Si Blogwalking.
Beritahu mereka pasal contest ini.
5-Tinggalkan link URL Entry Anda dan ID Follower Anda.


Jom pakat-pakat join. HADIAH DIA MEMANG GEMPAK.$$$$!!!



Pilihan Pertama

HADIAH MESTERI
dengan harga

RM 50 / Pertama
RM 30 / Kedua
RM 20 / Ketiga

Yang Akan Di Pos Terus Ke Rumah Korang!!

atau

Pilihan Kedua


RM 50 TopUp (Pertama)
RM 30 TopUp (Kedua)
RM 20 TopUp (Ketiga)

Kat sini aku nak tag pada kawan baru aku yang follow blog goreng-goreng ada ni la.

1-Cik Baya
2-Nina Juliana
3-Inna
4-Neni Izazi
5-Chegu Abbas

Jangan lupa join ye kawan-kawan baru. Tarikh tutup dia 14 Februari 2011.
(birthday penganjur tu. :P)

Uit. Tang mana la nak cool header blog aku ni? mungkin tang periuk tu kot. Cool kan...kan ? -_-"


Sunday, January 2, 2011

TAHUN LEPAS........TAHUN NI.......... ???

HAHAHA. tak abis gelak lagi lepas komen kat blog cik Azimah tadi. Bernas gak tajuk entri dia. Meh nak pinjam sikit.Haha. Aku jeles dengan ayat " TAHUN LEPAS KELUAR BILIK, TAHUN NI BARU BALIK". Disini dengan rasa tak malunya aku pun nak try jugak tokok tambah kat ayat ni.Wahaha.

  • TAHUN LEPAS aku buang air besar, TAHUN NI baru keluar. 
  • TAHUN LEPAS aku korek hidung, TAHUN NI baru siap. 
  • TAHUN LEPAS aku tido, TAHUN NI baru bangun. 
  • TAHUN LEPAS aku kentut senyap-senyap, TAHUN NI baru ada orang tegur. Weh busuk sangat la.  *erk sori~

Ok cukup la kot. Nanti korang try buat ayat sendiri lak ye. Pastu tag 3 orang member korang suruh buat ayat sekreatif mungkin. Ok chow.*sambung tido. Tahun depan baru bangun~

petua gorg2:
Bukan selalu nak jumpa lawak gini. Setahun sekali je boleh guna kan. ^_^

Saturday, January 1, 2011

Review : Konsert Ziana Zain Sempena Tahun Baru!!!



Selamat Tahun Baru
. Masih tak lewat lagi kan aku nak wish kan..kan..KAN? Ahaha. Kemeriahan sambutan tahun baru semalam masih lagi terasa. Dengan percikan bunga api yang banyak kat langit. Sikit lagi nak kena kapal terbang Air Asia. Fuhh! Nasib baik. Memang meriah tahap ganda 23. Lama jugak la nak tunggu bunga api tu habis. Thats mean ok.^_^

Semalam aku cuba mengubah lokasi sambut Tahun baru kat tempat yang di hujani oleh cahaya lampu. Kat mana lagi kalau bukan I-city. I-city dah macam rumah ke-2 aku dah. Boleh dikatakan selalu jugak aku pergi sana tanpa sebab dan sepanjang tu jugak aku akan tersesat jalan. Ya aku memang failed hafal jalan. Harap maklum! -_-"


Sampai kat sana dalam pukul 10.30 malam. Bermakna aku perlu tunggu sejam setengah lagi. Khabarnya ada konsert. tengok kat skrin besar ada artis tengah nyanyi-nyanyi. Aku pun semangat cari kat mana pentas konsert tu. Sekali tak jumpa. Rupanya konsert tu kat DATARAN MERDEKA. La!!! Macam tengok tv je aku rasa. Sound dia lak macam tak berapa ok. Kejap dengar kejap tak.*sigh! Kalau gitu awal-awal lagi aku sambut kat dataran.Huh!

Tepat jam 11.59, skrin tu show countdown. Semua rakyat bangun nak sambut Tahun Baru ni. Sampai je klimak a.k.a pukul 12.00 AM. Keluar bunga api banyak-banyak tapi kat skrin jela. Haiyo macam tu je. Baik tengok kat rumah. Tetiba semua orang pandang belakang, rupanya bunga api yang real punya ada kat belakang kitaorang. Sekali salah port la nak tengok bunga api. Tapi memang terbaik lah. Tergamam jap selama beberapa minit. Kadang-kadang fikir gak bila la bunga api ni nak habis. Menarik bukan?


Stress tak dapat sambut Tahun Baru kat Dataran. -_-"


Habis je tengok bunga api kitaorang pergi jalan-jalan kat uptown Shah Alam. Sampai sana kitaorang layan magic show pulak. Tapi tak berapa nak magic sangat sebab banyak scene yang kantoi la. Lawak ada la. Hilang mood nak tengok sampai habis. Lepas tu kitaorang pergi window shopping balik. Minat ada tapi duit takde. Tu yang susah tu. So kitaorang tak beli pape.

Sebelum nak balik kitaorang di hiburkan dengan persembahan Kak Ziana Zain dengan lagunya Memori Daun Pisang Masak Layu.


Eh bukan Ziana Zain yang ni. Tapi Kakak angkat kepada Ziana Zain. Ha yang ni ye.


Akak la semalam yang nyanyi tu. Mesti korang igt ziana zain kan. Takpe akak dah biasa~


Siapa tak kenal memang rugi. Dah jadi artis sekarang. Tula lagu feymes dia. Single terbaru dia tengh hot sekarang. MAsuk Anugerah Juara Lagu. Tajuk dia "Abah jahat Sangat". Ok chow dulu.

petua gorg2:
Tak sia-sia pergi semua audition, tup-tup jadi artis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...