Saturday, June 23, 2012

Tamatlah zaman budak sekolah

WOkeh...nak bagi salam pembuka kate dulu la. Semekom. :D Maap semua! Agak berjamban gak aku tak usik blog goreng ni. Kalu dulu, kemain hari-hari nak update. Dah macam mat gian. Biasalah budak baru nak "up" main blog kan. 


 Hari ni hari jumaat.Hari dimana aku dah tak jadi budak sekolah lagi dah. Petang tadi baru habis paper last yang memang last dah. Memang takde exam dah. Lepas ni aku takkan kenal ape itu beg sekolah, pensel box, pensel 2B, pengorek, gam uhu, tali kasut, kasut sekolah semua yang berkaitan dengan sekolah. Bila orang tanye "Nak pinjam kapur kasut jap leh tak?". Otomatik aku pandang muka dia sambil jari kelingkir masuk dalam lobang hidung...Ni baru je siap packing barang-barang sekolah nak buat unggun api. Ritual habis belajar katenye.Hoye² -..- 


 So maknanye lepas ni aku dah start nak pikir pasal nak cari kerja, nak pakai keta, nak beli rumah dan paling harom nak pikir duit raya tahun ni. Pergh!!! Robak poket den! 


 Dah stop la dulu. Banyak benda nak cerita ni tapi hold dulu. Banyak lagi hari. Jumpe lagi. Sayor Nokharam. :D

Saturday, January 7, 2012

Tahun Baru, Baru Aku Bukak Blog

Assalamualaikum...

Happy New Year guys. Sumpah lame gila aku tak login blog goreng. Nyaris-nyaris je nak terlupa kata kunci die. Kalau mak aku tahu memang kena PIAP² dah. Wahah.



AKu ingat lagi last aku update pasal aku nak start intern, mase tu rase boleh carry lagi nak berblogging. Standard la budak intern, lepak kat opis goyang² kepala sambil cuit² awek forever alone kat fb, blogrunning, blogswimming semua benda yang melangho kan aku nak buat. Tapi semua itu dusta belaka. Nah amik kau minggu ke-2 terus senyap aku. Kaku, kukang, kangkang semua ada. Mana taknye bizi mengalahkan PM bro. Maklumla awal-awal dulu wayang je.Hehe.

Tapi bila rase dah nak habis intern ni rase cam rindu pulak nak buat kerja² extrem ni. Baru senggama minda. Tak caya tengok mate aku sekarang dah bengkak macam 'fish eye' pasal buat kerja tengah malam buta (nak kejar dateline). Dah boleh jadi lense dah mate aku ni.Haha.

Betol la orang kate pengalaman masa kerja tu penting pasal lepas ni korang dah ada ilmu yang maybe berguna bila kerja betul² nanti. time ni la kita nak korek, gali, timbus semua ilmu yang ada. Sumpah seronok gile intern kat sini pasal dorang memang tak 'tahik idung masin' langsung ilmu walhal dorang dah ajar 2-3 kali, korang bebal jugak still dorang akan tolong ko. Kalau aku mau bagi pelempang je kat diri sendiri. Baik kan dorang. Takdak juai punya.. (dorang : Geng-geng technician NEXUS)

Sebenarnye ni mukadam je pasal banyak lagi aku nak goreng dalam blog hangit ni sempena menghormati azam aku tahun ni nak update blog sokmo.Haha. Ok la tunggu untuk entri seterusnya yeke idak?

p/s: Maapkan saya sekiranya bahasa saya tunggang kangkang. Baru nak ambk mood nak menaip.

Sunday, September 25, 2011

Bila Dah Praktikal,,,,apa pun tak boleh!

Yeah!!! Praktikal dah start...3 minggu yg lalu. Mula-mula aku memang teruja bertambah teruna nak start praktikal. Tapi....Sekarang ape pon tak boleh! Bila korang dah praktikal, otomatik life korang pon berubah. Dah tak boleh nak hidup bagai di syurga dah.Haha. Tak caya meh baca ni!

1. Kalau dulu korang ni jenis yang hidup waktu malam, mati waktu siang macam aku sekarang dah tak dapat der. Kalau dulu aku nak tido 2-3 hari pastu bangun 4-5 hari lepas tu pon boleh. Maklum la dah jadi budak praktikal ye dak.




2.Kalau dulu korang ni jenis penagih muka buku (bace: fb addicted) sekarang jangan harap la. Kau gila tetiba tengah cantik layan FB, bos kat belakang baik punya usha. Tapi bos aku ni baik sikit, die takkan marah kalau orang main FB, memang die bagi staff die ber FB tapi dengan syarat WAJIB add die. Pastu jangan sesekali block bos dari sebarang wall post, picture & whatsoever. Lagi satu, setiap kali bos update status korang wajib LIKE. Bahagia tak? -_-"

3.Tyme-tyme jadi student dulu, aku bebas mengupdate blog tak kira di mana berada, bagaimana posisi ketika update, pukul-pukul berapa pun takde hal, tapi sekarang nak update blog pon kena nyorok blakang pintu takut-takut ada bos skodeng dari jauh. Nak check email pon pandang kiri kanan dah macam nak melintas jalan. Matila kalau bos bace blog ni.Aiyak!!!



4. Zaman aku bergelar STUDENT dulu kala, aku rase sangat bahagia pasal jadi student ni banyak kelebihan die, lagi-lagi bila korang adalah seorang kaki wayang macam aku. Ape-ape hal mesti nak diskaun la, student price la. Gila bahagia.Tapi sekarang, tak dapat dah. Maklumla name pon PEKERJA JADIAN. T_T

5. Yang last ni lagi susah nak terima. Kalau dulu korang jenis yang meminta tapi sekarang korang digelar pemberi. Betul la kan, kalau dulu korang yang mintak duit raya kat abang kakak pasal dorang dah kerja tapi sekarang korang lak jadi pemberi untuk anak-anak sedara korang yang berlambak-lambak tu. Bila nak dekat raya, anda akan di paw habis-habisan oleh anak sedara, mak sedara, gadis-gadis berdara pasal dah korang kan dah keja opis. Sedihnye...




nota kukukaki: Walaupun aku baru praktikal tapi still dah macam pekerja. Bak kata orang purba: Bila dah praktikal, apa pun tak boleh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...