Thursday, December 30, 2010

"giveaway 3tahun blog misztrex!"



Anak-anak semua! Sekarang kita sama-sama menyanyi lagu selamat untuk blog kesayangan cik Athirah yang ke 3 tahun ya. 1..2..Mula.

ALLAH SELAMATKAN KAMU! ALLAH SELAMATKAN KAMU! ALLAH SELAMATKAN BLOG CIK ATHIRAH! ALLAH SELAMATKAN KAMU!

Ok anak-anak boleh bermain di tepi pantai sana. Jaga-jaga jangan dimakan jerung ya. Cekgu mahu sertai contez ni dapat giveway barangkali. Apa tidak percaya? Lihat saja pada ini banner!


Jika mahu sertai, caranya mudah saja. Kelik disini ya~

Khabarnya blog ni sangat menerujakan. Gaya penulisan yang selamba tapi bernas. Mampu membuat cekgu tersenyum seorang!~ Ditambah pula dengan gambar-gambar yang menarik bakal membuatkan anak-anak sekalian tak bosan baca blog ni. Komprem!!!


Untuk memenuhi syarat contez ni cekgu BESAR berbesar hati nak tag 3 orang kawan cekgu. Antaranya:

1. Cekgu Nazirah
2. Cekgu Is
3. Cekgu Erza

Ingat ya cekgu-cekgu sekalian jangan lupa sertai ya, nanti cekgu potong gaji baru tau! Haha. Sebelum terlupa, cekgu nak kasi tahu yang tarikh tutupnya 24/01/2011. Jangan tunggu lama-lama. Nanti menyesal ya. Barangkali hadiahnya sangat menarik. Siapa tahu? Jangan lupa sertai ya. Tata.

ANAK-ANAK JOM BALIK! HARI SUDAH UJAN,CEKGU MAU TIDO!!!

petua gorg2: Berangan nak jadi cekgu BESAR~

MALAYSIA MENANG !!! Lepas ni ???

  • LEPAS NI aku nak tampal kad pengenalan berwarna biru aku kat luar dompet supaya orang boleh tahu aku ni orang Malaysia.
  • LEPAS NI aku tukar kereta impian aku dari SUZUKI swift pada PROTON myvi. Suport barangan MALAYSIA la beb.
  • LEPAS NI aku tak nak makan KFC, aku nak makan Kelantan Freid Chicklen pulak.Lagi sedap dan murah!
  • LEPAS NI aku nak suruh pensyarah english aku cakap BAHASA MELAYU selama seminggu.
  • LEPAS NI aku nak suruh mak aku beli kasut BATA untuk adik aku pergi sekolah. Adik ko takyah ngada-ngada nak pakai CONVERSE yea!
  • LEPAS NI aku nak berenti tengok SINETRON. Mak pun kena berenti tengok Alisa, Safa dan Marwah, lagi satu Cinta Kirana. Janji tau mak, kita tengok cerita melayu pulak.
  • LEPAS NI aku akan ganti poster ARSENAL yang ada kat dinding bilik aku ni dengan poster team MALAYSIA. ^_^

Semua LEPAS NI gara-gara lepas Malaysia menang Piala Suzuki AFF malam tadi. Barulah terbukak mata aku ni. Syabas diucapkan pada pemain kebangsaan kita.


Sayangilah Malaysia. Ini adalah cara aku menunjukkan sayang aku pada Malaysia. Anda bila lagi?

petua gorg2: LEPAS NI aku cuba kurangkan penggunaan BAHASA INGGERIS dalam entri aku.Wahaha.I'm sorry!



Wednesday, December 29, 2010

sampai hati MAK ~

Dengan tak basuh muka aku lari pergi belakang rumah. Aku korek-korek tahik mata sebab mengganggu aku punya penglihatan. Ahh sudah! Pebenda sume ni? Aku pandang mak. Mak pandang aku balik dengan senyuman tanpa rasa tak bersalah sambil ucap "monink" kat aku. Sampai hati mak buat aku camni. Apa lah dosa aku. Wuwu.Sampai hati mak~

 
sampai hati mak~ WAAAAA!!!

......................................................................................................................................................................

Korang kenal pokok petai? Ha belakang rumah aku ada satu. Tinggi melangit pokok tu, sikit lagi nak cuit awan. Yang best nye pokok tu betul-betul parking sebelah dapur rumah aku. Keluar je dapur nampak petai. Haish! Siapa la pandai sangat tanam pokok petai kat situ? Tapi ok la pokok tu dah membuahkan beratus-ratus tangkai petai yang ganteng-ganteng. Sedap mata memandang, sedap lagi makan dengan sambal belacan.Nyum-nyum.


Tiap kali jiran aku lalu depan rumah, dorang akan berbunyi camni, UIT SEDANG MOLEK DAH PETAI TU, JANGAN DI BIAR LAMA ATAS POKOK, NANTI DITEBUK TUPAI. Ceh!!! Berkias-kias pulak jiran aku ni. Tak payah nak berpantun seloka dengan aku. Kalau korang nak pergi je panjat pokok tu sendiri.

Nak di jadikan cerita, ada la satu petang ni, tengah sedap aku tengok sinetron, mak aku panggil suruh panjat pokok petai yang tinggi melangit tu. Mulanya aku agak tak yakin sebab dah bertahun aku tak panjat pokok ni, ditambah dengan saiz perut aku yang mula menebal. Biar betik mak aku ni? Eh memang betik la. Serius je muka mak aku ni. Untuk tidak menghampakan aku pun pergilah panjat.

Sebelum nak panjat, aku sembur ridsect kat dahan pokok tu sebab banyak gila menatang semut hitam yang gigit orang sampai mati tu. Aku memang anti betul dengan semut ni. Dah macam lembu panjat pokok dah aku rasa. -_-"

                                Eleh aku pun pandai panjat pokok gak.Siap galas anak lagi!

30 minit kemudian. Akhirnya berjaya gak aku panjat kat dahan atas skali. Bapak susahnya nak panjat pokok ni. Dahan dah la jarang-jarang. Salah sikit je, cium tanah la jawabnya. Menatang petai tu pulak nun hujung kat ranting tu duduknya. Kecik besor kecik besor je aku tengok kat petai tu. Bila dah dapat petai tu aku campak kat bawah. Mak aku la tukang kutip nye.

Nak turun satu hal la pulak. Ingat kalu batang pokok tu licin cam tiang letrik aku gelonsor je, tapi bukan main kasor batang pokok tu. Mau mengelupas kulit aku kalau gelonsor camtu je. Sampai bawah aku tolong mak aku kutip pastu kumpul setempat. Banyak gak la aku dapat amik. Boleh tahan la aku perform petang tu. Mesti mak aku bangga dengan aku.

                                        Dik cepat buat muka bangga. Ada orang tengok tu!

Tetiba datang sorang pakcik tua cari mak aku. Borak-borak jap dengan mak aku pastu blah. Sebelum blah tu aku tengok kat tangan dia ada dalam 10 papan petai. Cis!!! kaki paw gak orang tua ni. Dah la separuh nyawa aku habis sebab nak ambik petai sepapan tu. Takpelah dah memang mak aku suka beramal kot. Malam tu aku memang tido lebih awal dari biasa. Penat sungguh!!!

Esoknya, aku bangun lebih awal dari biasa. Sebabnya ada sound environment kat belakang rumah. Siapa lah pandai sangat buat bising pagi-pagi ni. Tunggulah petang sikit. Untuk menjawab segala persoalan yang bermain kat kepale hotak aku ni, aku pun pergi belakang rumah dah ready nak sound ni.

Sesampai je semua persoalan aku terjawab. Hampir terduduk aku. Depan aku kelihatan seorang pakcik tua tengah galak tebang pokok petai guna chainsaw. Weeeng.Weeeeng.Weeeeeeeeeeng. Sakit hati aku dengar bunyi chainsaw tu. Sampai mati aku benci dengar bunyi tu.


Rupanya pokok petai yang aku panjat semalam kena tebang dengan pakcik yang paw petai semalam. Yang tak best nye mak aku siap cakap lagi. "DAH LAMA DAH MAK SURUH DIA DATANG TEBANG POKOK PETAI TU, TAKUT NANTI KALAU POKOK TU TUMBANG HANCOR LA DAPUR MAK.HUHU."

Sebenarnya aku tak kisah mak nak tebang pokok tu, tapi
KENAPA MAK SURUH AKU PANJAT POKOK TU SEMALAM WALAUPUN MAK TAHU
POKOK TU AKAN DITEBANG?

KENAPA MAK TAKNAK TUNGGU SAMPAI POKOK TU KENA TEBANG??
KENAPA MAK??? WUWU.

Ni mesti kes nak kenakan aku la ni. Mentang-mentang aku jarang balik kampung. Tetiba aku dengar ada orang gelak kat tepi aku. Cis! cinabeng punya adik. Mesti ko berpakat dengan mak ni nak kenakan aku. Terus aku kejar adik aku dengan penyapu laju-laju.

                                                        Sekali macam Harry Potter la.

nota goreng2: Selalulah korang balik kampung jenguk mak ayah ye. nanti korang lak kena prank. ok Chow~

p/s: kenapa penulisan aku macam cerpen ni. Aiyo~

Friday, December 24, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN

Haloo semua.
Bagi menyahut seruan seorang rakan blogger aku yang bernama cik Shino, aku pun berbesar hati nak join segmen ni memandangkan aku ni suka berkawan lagipun aku ni freshie lagi dalam dunia blogging ni. Rasa macam kecik sangat walaupun perut aku dah menunjukkan tahap tumbesaran yang melampau. Encik perut jangan besar sangat ye, malu la.-_-"

Diatas adalah banner untuk segmen ni.Untuk join segmen ni aku kena jawab soalan cepuk cemas. Apa soalan dia jom ikut aku terjah!

-Apakah status anda?
Status saya sudah berpunya.

-Ceritakan tentang diri anda?
Asal dari pahang. Masih belajar di UKM. Bilangan anak masih dalam bajet 2015.

-Ceritakan tentang Blog anda?
Sebenarnya aku pun tak pasti blog aku ni pasal ape. Macam-macam aku goreng dalam ni dah macam rojak ayam pun ada. Sedap kan rojak tu? -_-"

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
......................-_-". Saya budak baru belajar~

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Aku pun masih baru lagi buat blog ni. Cuma nak nasihat jangan malas la nak update, nak blogwalking, nak comment entri orang sebab kalau kita malas, blogger lain lagi sepuluh kali malas nak layan blog kita. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku yang malas buat semua benda itu. Jangan tiru ea.

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
unik tang mana ea blog aku ni. Adui pening jap. mungkin pada tagline dia kot.*perasan.

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai aku rasa nak berenti kot. Tapi macam susah lak nak berenti sebab aku dah ketagih sekarang ni.Muahaha. Impian akau nak tengok ramai member-member aku ada blog sendiri. Nanti korang follow la aku.

Ha lepas pun azab nak jawab soalan ni. Sekarang aku nak tag member baru aku yang baru follow blog GORENG-GORENG ADA. Korang goreng plak ye.

1-Ainiaaa♥
2-princess_eryna
3-tieha ismail
4-Hashikin Fuhairah

nota gorg2: sape2 yang aku tak tag pun boleh buat jugak. Kalau boleh semua orang aku nak tag tapi dia bagi 4 je. Nah link untuk segmen jom berkenalan ni. Klik kat sini. Maseh.^_^

Thursday, December 23, 2010

Penipu punya tuan penipu!!!

Huh!!! Geram sungguh aku dengan syarikat telekomunis kasi ni. Tak habis-habis nak menipu orang kampung aku. Ha sini aku nak cerita. Dulu aku ada buat satu entri pasal kampung aku dah ada wifi. Pernah baca tak? Ha??? tak pernah baca lagi ea. Nah klik kat sini.


Mana tak hangin nya beria-ria aku cerita itu cerita ini pasal kampung aku dah ada wifi, last-last bayang wifi pun tak nampak apatah lagi nak tekan "connect". Aku taknak orang cakap aku kaki goreng walaupun blog aku sendiri goreng-goreng ada. Sekali-sekala nak jugak cakap benda betul. Tak gitu? Ehehe.

Eh tak percaya pulak? Ada bil la kat rumah aku. Nanti kalau aku rajin aku scan ye. Tapi kesian kat mak aku membayar bulan-bulan 25 hinggit. Aku pun cakap la tak payah bayar nye mak bazir duit je. Mak aku sound balik kat aku, KALAU KENA POTONG CAMNE? Adoi mak macam mane dia nak potong kalau wifi pun takde. Takkan tetiba dia potong bil air pulak.

Mak aku pun terfikir sejenak. Kadang-kadang betul jugak ayat aku ni kan mak? Dengan rakus nya mak aku ambik bil wifi bulan ni punya, gumpal-gumpal secukup rasa lepas tu campak dalam tong sampah. Yeah!!! sehtailoo la mak.

Aku senyum sorang-sorang lepas berjaya menghasut mak aku. Ape kata duit yang mak bayar bulan-bulan tu mak masukkan dalam akaun saya, kan lagi menarik mak ku sayang ??? Terus kerut dahi mak aku bila dengar aku cakap macam tu. Aiyo tak dapat lagi?


petua goreng2: waktu tengah belajar ni la paling sesuai nak ketuk duit mak.Hahaha.

Monday, December 20, 2010

YOU'RE FIRED!!!

Haloo.
Dah sebulan lebih dah blog goreng-goreng ni takde entri baru. Mana taknye mamak yang aku upah untuk update blog ni pergi balik india jumpa dia punya yenna. Chet!! Tak guna kau mamak, tak pasal-pasal blog aku bersawang. YOU'RE FIRED!!!


Wah macam-macam benda baru ada kat blog aku ni, follower makin bertambah, chat box makin penuh, comment makin banyak. Trimas banyak-banyak pada yang sudi follow, sudi chat, sudi comment kat blog goreng-goreng ni. Trimas ye. Kang aku belanje korang teh 0 ais dengan nasi lemak telur 'goyang'. Hahah.


Sekarang aku dah upah pekerja baru. Name dia MINACHI. Dia ni rajin orangnya. Lepas ni blog aku selalu la ada entri baru. Hari-hari aku selalu nasihat dia WEH MINACHI KALAU KAU PUN MALAS AKU FIRED KAU GAK !!!
Hahaha.

nota goreng2: jangan sapa-sapa nak ngorat MINACHI aku ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...