Tuesday, January 4, 2011

Nama Saya Pembaris! -_-"



YUP! itu nama aku waktu aku kerja secret recipe dulu. Menarik bukan. Ok dah cukup gelak kan nama tu. Kes aku dapat nama tu sebab eksiden ni. Masa aku start masuk kerja dulu, aku terlambat setengah jam. Sampai je kat kedai aku kena lapor diri dulu. Kena mengadap manager la jawabnya. Manager pulak tengah buat air kat bar sebab pekerja tak cukup. Aku pun pergi la jumpa dia, baru nak mintak maap pasal datang lambat, tetiba dia sound: HAH KO PEHAL? Ya Allah terkejut aku. Kalau dia cakap sikit je lagi memang aku terkincit dalam seluar punya.

Gila aku kena mengadap bapak segala gangster. Muka dah la macam kaki tarik kereta. Pastu gigi berlapis-lapis banyak macam ikan jerung. Sekali dia gigit aku mesti mati punya. Ya Allah tolong la aku. Aku nak kerja sekejap je ni.-_-"


Masa lapor diri tak pasal-pasal kena marah teruk sebab hari first dah lambat. Lepas tu terus dia bagi aku homework. KO NAMPAK KEK ATAS MEJA TU? AKU NAK KO PERGI HANTAR KAT GREEN BOX. KO CARI ORANG NAMA WATI. BAGI KEK TU KAT DIA, ADA PAHAM. APA TUNGGU LAGI, SEKARANG!!! Aiyo dia punya "sekarang" tu macam tuan kek tu dah nak mati kebulur. Sabarlah aku baru sampai kot. T_T

Nak taknak aku pun bawak la kek indulgence tu naik tingkat satu. Kat tempat aku kerja tu memang ada satu Karaoke Box. Dah la berat pastu tak leh jalan laju-laju nanti kek tu hancor. Pastu kalu lambat nanti kek tu cair. Dalam hati aku ada jugak tercarut satu dua je. Tak banyak pun~

Sampai GREEN BOX aku tanya la tukang kaunter tu nak cari orang nama Wati. Dia ada tempah kek tadi. Tukang kaunter tu cakap takde, aku cakap ada. Dia cakap takde la, aku cakap ada la. Ni ada nama dia ni.HUH!

Tetiba bos dia keluar tanya apahal ni? Aku cakap la nak hantar kek. pastu bos dia marah sebab mana boleh bawak makanan luar masuk dalam bilik karoke. Lagipun dari tadi takde sorang pun orang melayu check in tau tak? Lepas tu terus dia blah sambil buat isyarat suruh aku pun blah. ERK!!! Tak pasal-pasal aku malu.Aku pun balas dengan mengangkat jari tengah kat dia. Oo. KO NAK BELAGAK DENGAN AKU YE, NANTI KO DATANG SECRET RECIPES AKU HALAU KO PULAK.HUH!!!


Pastu aku 'pending' tak tahu nak buat apa, mesti salah nama kot. mungkin nama orang tu Wa Ting Tong atau Watimalai ? Tak pun orang bernama Wati tu tak jadi karaoke sebab mak dia sakit gigi? Macam-macam persoalan bermain kat otak aku ni. Ah, baik aku balik kedai tanya kak manager lagi bagus kan.

Belum sampai kedai, aku dah dengar orang gelak kekeh. Yang akak manager tu siap gelak guling-guling pergi balik lagi. Asal pulak ni, takkan kena sawan. Pastu aku selamba pergi kat dia nak mengadu nasib pasal tadi, tetibe mata aku terlihat name tag akak manager aku tu tertulis nama WATI...WATI...WATI...*cerita seterusnya tak dapat disambung kerana terlampau banyak unsur-unsur carut-mencarut,lucah-menlucah. Korang paham-paham sendiri ye.^_^


aku saje abiskan cerita ni dengan teletubbies supaya nampak lebih harmoni~

petua gorg2: rupanya hari tu bfday kak manager aku, memang dorang selalu kenakan budak baru lagi-lagi bendul macam aku ni. Start ari tu dapat nama PEMBARIS tapi aku panggil kak manager tu HANTU GIGI LAPIS.Wahaha.

4 comments:

adwafarahin said...

wakakkaa padan muke
PEMABARIS!

Abe Goreng said...

PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS! PEMABARIS!
hahaha.

starsyeea said...

erkkk...bahagianya aku baca citer ko nih...hahahahaha...PEMBARIS...

aku punya hal , said...

hahahah .kau nih keron ,,lawak lhaa .
hahahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...