Sunday, March 20, 2011

Ahad Yang Terlampau.Uuuu~

 Selamat Hari Ahad korang. Best kan hari cuti ni kita duduk lepak kat tepi pintu ke, tepi tingkap ke, saje-saje nak menghayati hari cuti. Aku rasa aku akan memanfaatkan hari cuti dengan secukup-cukupnya. Sedikit pun taknak membazir. Ada je aktivit nak buat.



First aku ambil masa 10 minit untuk briefing kat diri sendiri ape mende nak buat hari ni. Aku pergi la cari sehelai kertas kajang putih dengan pen nak tulis To-Do-List-Today. Tanpa membazir sesaat pun, aku catat segala bagai task untuk membuatkan hari cuti aku ini sungguh teratur.

Satu-satu task aku teliti untuk pastikan propaganda agenda aku mencapai target. Perkara paling utama aku titikberatkan adalah asignment yang nak kena submit. Dari situ aku kaji mana yang kena submit dulu. Barangkali aku sudah menguasai ilmu 'Pembahagi Masa'. Cayalah!



ini ilmu pembahagi bayang lol.

Ok aku tengok asignment ni macam tak susah, tapi tak jugak senang. Ahh sudah. takpe aku motivasi diri sendiri dengan mengatakan aku boleh..aku boleh... Tanpa membuang masa aku pun pergi gunting kain langsir putih pastu cari marker merah untuk diikat kat kepala. Siap ada perkataan 'GAMBATE' lagi. Hurm.. pengaruh cerita 'Boy Over Flower' yang kuat. Takpe nanti aku akan kikis slow-slow.

Ok balik kat topik asal, dalam setengah jam jugak aku dok belek-belek asignment tu. Untuk menampakkan mood rajin, aku pun buat-buat search kat GOOGLE untuk mendapatkan maklumat lebih. Ditambah pulak dengan buku rujukan setebal kasut tumit tinggi akak aku yang 6 inci. Mungkin dapat membantu kot.


Aku pun terus belek buku rujukan sehelai-sehelai dengan kelajuan 10Km/j. Oh tak leh jadi ni macam kurang laju je. Aku pun up sikit jadi 30Km/j. Uuuu..sejuk nye. Angin hasil dari aku belek-belek tu sungguh nyaman. Aku pun up lagi jadi 50Km/j. Yeah! Dah rasa macam aircond dah. Diambah pulak dengan cuaca yang sedikit panas memang selayaknya untuk dapat nikmat ni.Oh Yeah!

Tetiba mata aku jadi berat sebelah. Yang sebelah tutup yang sebelah buka separuh. Omputih kate 'BIAS'. Tapi Orang Melayu kate BIAS ni tak elok. Apalagi terus aku tutup mata sebelah lagi. Dah tu zzzzZZZ la jawabnya. Oh sungguh bermakna hari cuti aku. Tak sabar tunggu minggu depan.


petuaKuali: Nak baca boleh, nak percaye pun boleh.HAHA.

Saturday, March 19, 2011

Bila TABIAT dah jadi TEBIAT nak mam..?!

Hye peeps? What up yo! Hari ni aku rasa macam nak cerita mende-mende kotor kat korang. Korang nak dengar tak? Ala tak kotor la sangat. Tak sampai standard nak muntah pun.



Ok back to topic, kelmarin aku pergi lepak bilik member aku yang menetap di kolej. So korang boleh bayangkan kehidupan di kolej ye. Kolej dengan asrama sama je kan? Yang mana korang kena rebut-rebut untuk guna toilet, kena beratur panjang untuk mandi pagi. That why ada budak yang tak mandi pagi sebab taknak beratur kan.HAHA. Ok bukan mende ni aku nak cerita.

Sebenarnya, aku nak share pasal tabiat budak yang buang tebiat nak mampos. Aku rasa manusia yang tak normal je buat mende ni. Jarang la kalau yang normal buat kan. Belajar je dekat Universiti, tapi otak masih di tahap sekolah rendah. Budak sekolah pun tak buat la.

Ye..ye nak cerita la ni. camni, masa aku lepak bilik member aku, aku tetibe rasa nak buang besar, aku pun lari-lari ayam masuk toilet. Pasal tak tahan sangat, aku pun masuk je la toilet yang mampir (paling hampir). Macam biasa bila nak buang sesuatu, kena tanggalkan sesuatu. So aku dah pun tanggalkan separuh. Aku ni lak ada tabiat yang mana bila time aku tengah ehem-ehem, aku suka memperhati sekeliling. Kalau ada tulisan-tulisan kat pintu tandas tu, semua aku dah khatam. Siap no telefon syarikat yang buat pintu tandas tu pun aku baca.



Tengah best usha-usha, aku terperasan satu hasil seni yang paling WTF aku pernah tengok. Serius! cuba korang bayangkan apa reaksi korang bila korang tengah ehem-ehem, pastu kat dinding tepi tu ada TAHIK HIDUNG KERING WARNE HITAM SIAP ADA BULU HIDUNG LAGI tertempek-tempek banyak gila siap boleh buat lukisan lagi. Lahanat la sape punya kerja tu. Ni la orang kate TABIAT YANG BUANG TEBIAT NAK MAMPOS.


Memang terbaik punya lahanat la. Dah macam-macam bentuk ada. Aku apa lagi tarik seluar, chow terus. Tak pasal-pasal my shit merajuk taknak kluar. Lagipun aku memang takde selera la nak ehem-ehem. Sekian.

petuaKuali: Mungkin dorang ni nak booking jamban tu dorang punya. Dah macam binatang dah, kalau nak tanda tempat je kena berak la kencing la. Yang ni senang je, korek hidung pastu tenyeh kat dinding. SETEL!!!!

Friday, March 18, 2011

Alasan Si Pemalas!!!


Assalamualaikum semua. Korang ape khabar ea? Rasa sihat tak hari ni. Kalau tak sihat, apa kata korang klik START, pastu korang klik SHUTDOWN. Pastu pergi la rehat. Hish sakit-sakit pun nak ber online.HAHA.

Ok alasan aku nak bagi kali ni.........Eh dengar la dulu. Aku baru format laptop ni. Dulu laptop aku lembab gila. Dulu aku nak bukak file, aku tunggu dia punya loading start dari aku nak pergi jamban sampai aku siap buang air besar pun belum tentu dapat bukak. Hishh!!! Boleh terima x? Kalau tak aku ada lagi seribu alasan ni.WAHAHAHA.



Lama jugak la aku tak jenguk langsung blog ni. Dah macam bini tua yang dah expired blog ni aku buat. Tak pun macam 'hoe'. Bila nak pakai baru cari, bila tak nak, main tinggal je. Tak pun macam-macam pepatah warga emas: Habis isap madu, buang sepah bersepah-sepah.

Nasib baik blog ni bukan sesuatu organik yang perlu dijaga, diberi makan, diusap-usap tengkuk sampai naik ekor ke atas~ Pffffttt. Cuba kalau blog ni kena buat semua di atas, alamat mati muda la bende alah tu. Hish kesian kat arwah.Huuuu~

Ok sebelum aku goreng-goreng korang, aku nak beritahu. Siapa-siapa yang baca blog aku ni kalau tak puas hati or terasa dengan segala bagai entri aku timbulkan, korang boleh scroll arrow ke atas, pastu jumpa simbol X, korang tekan laju-laju yew. I don't deserve you to read it. Malas nak layan mulut-mulut busuk dengan muka talam dua. Tahu nak mengaku baik je padahal sama dengan je ngan aku.HAHAHA.



notakuali:Aku dapat rasakan aura rajin aku untuk mengupdate blog aku naik walaupun percentage amatlah merisaukan. Tapi aku akan cuba. CHAIYOK2.GAMBATE.PEACE!!! *Dah penat bagi alasan kenapa tak update blog.Huuuu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...