Thursday, December 30, 2010

"giveaway 3tahun blog misztrex!"



Anak-anak semua! Sekarang kita sama-sama menyanyi lagu selamat untuk blog kesayangan cik Athirah yang ke 3 tahun ya. 1..2..Mula.

ALLAH SELAMATKAN KAMU! ALLAH SELAMATKAN KAMU! ALLAH SELAMATKAN BLOG CIK ATHIRAH! ALLAH SELAMATKAN KAMU!

Ok anak-anak boleh bermain di tepi pantai sana. Jaga-jaga jangan dimakan jerung ya. Cekgu mahu sertai contez ni dapat giveway barangkali. Apa tidak percaya? Lihat saja pada ini banner!


Jika mahu sertai, caranya mudah saja. Kelik disini ya~

Khabarnya blog ni sangat menerujakan. Gaya penulisan yang selamba tapi bernas. Mampu membuat cekgu tersenyum seorang!~ Ditambah pula dengan gambar-gambar yang menarik bakal membuatkan anak-anak sekalian tak bosan baca blog ni. Komprem!!!


Untuk memenuhi syarat contez ni cekgu BESAR berbesar hati nak tag 3 orang kawan cekgu. Antaranya:

1. Cekgu Nazirah
2. Cekgu Is
3. Cekgu Erza

Ingat ya cekgu-cekgu sekalian jangan lupa sertai ya, nanti cekgu potong gaji baru tau! Haha. Sebelum terlupa, cekgu nak kasi tahu yang tarikh tutupnya 24/01/2011. Jangan tunggu lama-lama. Nanti menyesal ya. Barangkali hadiahnya sangat menarik. Siapa tahu? Jangan lupa sertai ya. Tata.

ANAK-ANAK JOM BALIK! HARI SUDAH UJAN,CEKGU MAU TIDO!!!

petua gorg2: Berangan nak jadi cekgu BESAR~

MALAYSIA MENANG !!! Lepas ni ???

  • LEPAS NI aku nak tampal kad pengenalan berwarna biru aku kat luar dompet supaya orang boleh tahu aku ni orang Malaysia.
  • LEPAS NI aku tukar kereta impian aku dari SUZUKI swift pada PROTON myvi. Suport barangan MALAYSIA la beb.
  • LEPAS NI aku tak nak makan KFC, aku nak makan Kelantan Freid Chicklen pulak.Lagi sedap dan murah!
  • LEPAS NI aku nak suruh pensyarah english aku cakap BAHASA MELAYU selama seminggu.
  • LEPAS NI aku nak suruh mak aku beli kasut BATA untuk adik aku pergi sekolah. Adik ko takyah ngada-ngada nak pakai CONVERSE yea!
  • LEPAS NI aku nak berenti tengok SINETRON. Mak pun kena berenti tengok Alisa, Safa dan Marwah, lagi satu Cinta Kirana. Janji tau mak, kita tengok cerita melayu pulak.
  • LEPAS NI aku akan ganti poster ARSENAL yang ada kat dinding bilik aku ni dengan poster team MALAYSIA. ^_^

Semua LEPAS NI gara-gara lepas Malaysia menang Piala Suzuki AFF malam tadi. Barulah terbukak mata aku ni. Syabas diucapkan pada pemain kebangsaan kita.


Sayangilah Malaysia. Ini adalah cara aku menunjukkan sayang aku pada Malaysia. Anda bila lagi?

petua gorg2: LEPAS NI aku cuba kurangkan penggunaan BAHASA INGGERIS dalam entri aku.Wahaha.I'm sorry!



Wednesday, December 29, 2010

sampai hati MAK ~

Dengan tak basuh muka aku lari pergi belakang rumah. Aku korek-korek tahik mata sebab mengganggu aku punya penglihatan. Ahh sudah! Pebenda sume ni? Aku pandang mak. Mak pandang aku balik dengan senyuman tanpa rasa tak bersalah sambil ucap "monink" kat aku. Sampai hati mak buat aku camni. Apa lah dosa aku. Wuwu.Sampai hati mak~

 
sampai hati mak~ WAAAAA!!!

......................................................................................................................................................................

Korang kenal pokok petai? Ha belakang rumah aku ada satu. Tinggi melangit pokok tu, sikit lagi nak cuit awan. Yang best nye pokok tu betul-betul parking sebelah dapur rumah aku. Keluar je dapur nampak petai. Haish! Siapa la pandai sangat tanam pokok petai kat situ? Tapi ok la pokok tu dah membuahkan beratus-ratus tangkai petai yang ganteng-ganteng. Sedap mata memandang, sedap lagi makan dengan sambal belacan.Nyum-nyum.


Tiap kali jiran aku lalu depan rumah, dorang akan berbunyi camni, UIT SEDANG MOLEK DAH PETAI TU, JANGAN DI BIAR LAMA ATAS POKOK, NANTI DITEBUK TUPAI. Ceh!!! Berkias-kias pulak jiran aku ni. Tak payah nak berpantun seloka dengan aku. Kalau korang nak pergi je panjat pokok tu sendiri.

Nak di jadikan cerita, ada la satu petang ni, tengah sedap aku tengok sinetron, mak aku panggil suruh panjat pokok petai yang tinggi melangit tu. Mulanya aku agak tak yakin sebab dah bertahun aku tak panjat pokok ni, ditambah dengan saiz perut aku yang mula menebal. Biar betik mak aku ni? Eh memang betik la. Serius je muka mak aku ni. Untuk tidak menghampakan aku pun pergilah panjat.

Sebelum nak panjat, aku sembur ridsect kat dahan pokok tu sebab banyak gila menatang semut hitam yang gigit orang sampai mati tu. Aku memang anti betul dengan semut ni. Dah macam lembu panjat pokok dah aku rasa. -_-"

                                Eleh aku pun pandai panjat pokok gak.Siap galas anak lagi!

30 minit kemudian. Akhirnya berjaya gak aku panjat kat dahan atas skali. Bapak susahnya nak panjat pokok ni. Dahan dah la jarang-jarang. Salah sikit je, cium tanah la jawabnya. Menatang petai tu pulak nun hujung kat ranting tu duduknya. Kecik besor kecik besor je aku tengok kat petai tu. Bila dah dapat petai tu aku campak kat bawah. Mak aku la tukang kutip nye.

Nak turun satu hal la pulak. Ingat kalu batang pokok tu licin cam tiang letrik aku gelonsor je, tapi bukan main kasor batang pokok tu. Mau mengelupas kulit aku kalau gelonsor camtu je. Sampai bawah aku tolong mak aku kutip pastu kumpul setempat. Banyak gak la aku dapat amik. Boleh tahan la aku perform petang tu. Mesti mak aku bangga dengan aku.

                                        Dik cepat buat muka bangga. Ada orang tengok tu!

Tetiba datang sorang pakcik tua cari mak aku. Borak-borak jap dengan mak aku pastu blah. Sebelum blah tu aku tengok kat tangan dia ada dalam 10 papan petai. Cis!!! kaki paw gak orang tua ni. Dah la separuh nyawa aku habis sebab nak ambik petai sepapan tu. Takpelah dah memang mak aku suka beramal kot. Malam tu aku memang tido lebih awal dari biasa. Penat sungguh!!!

Esoknya, aku bangun lebih awal dari biasa. Sebabnya ada sound environment kat belakang rumah. Siapa lah pandai sangat buat bising pagi-pagi ni. Tunggulah petang sikit. Untuk menjawab segala persoalan yang bermain kat kepale hotak aku ni, aku pun pergi belakang rumah dah ready nak sound ni.

Sesampai je semua persoalan aku terjawab. Hampir terduduk aku. Depan aku kelihatan seorang pakcik tua tengah galak tebang pokok petai guna chainsaw. Weeeng.Weeeeng.Weeeeeeeeeeng. Sakit hati aku dengar bunyi chainsaw tu. Sampai mati aku benci dengar bunyi tu.


Rupanya pokok petai yang aku panjat semalam kena tebang dengan pakcik yang paw petai semalam. Yang tak best nye mak aku siap cakap lagi. "DAH LAMA DAH MAK SURUH DIA DATANG TEBANG POKOK PETAI TU, TAKUT NANTI KALAU POKOK TU TUMBANG HANCOR LA DAPUR MAK.HUHU."

Sebenarnya aku tak kisah mak nak tebang pokok tu, tapi
KENAPA MAK SURUH AKU PANJAT POKOK TU SEMALAM WALAUPUN MAK TAHU
POKOK TU AKAN DITEBANG?

KENAPA MAK TAKNAK TUNGGU SAMPAI POKOK TU KENA TEBANG??
KENAPA MAK??? WUWU.

Ni mesti kes nak kenakan aku la ni. Mentang-mentang aku jarang balik kampung. Tetiba aku dengar ada orang gelak kat tepi aku. Cis! cinabeng punya adik. Mesti ko berpakat dengan mak ni nak kenakan aku. Terus aku kejar adik aku dengan penyapu laju-laju.

                                                        Sekali macam Harry Potter la.

nota goreng2: Selalulah korang balik kampung jenguk mak ayah ye. nanti korang lak kena prank. ok Chow~

p/s: kenapa penulisan aku macam cerpen ni. Aiyo~

Friday, December 24, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN

Haloo semua.
Bagi menyahut seruan seorang rakan blogger aku yang bernama cik Shino, aku pun berbesar hati nak join segmen ni memandangkan aku ni suka berkawan lagipun aku ni freshie lagi dalam dunia blogging ni. Rasa macam kecik sangat walaupun perut aku dah menunjukkan tahap tumbesaran yang melampau. Encik perut jangan besar sangat ye, malu la.-_-"

Diatas adalah banner untuk segmen ni.Untuk join segmen ni aku kena jawab soalan cepuk cemas. Apa soalan dia jom ikut aku terjah!

-Apakah status anda?
Status saya sudah berpunya.

-Ceritakan tentang diri anda?
Asal dari pahang. Masih belajar di UKM. Bilangan anak masih dalam bajet 2015.

-Ceritakan tentang Blog anda?
Sebenarnya aku pun tak pasti blog aku ni pasal ape. Macam-macam aku goreng dalam ni dah macam rojak ayam pun ada. Sedap kan rojak tu? -_-"

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
......................-_-". Saya budak baru belajar~

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Aku pun masih baru lagi buat blog ni. Cuma nak nasihat jangan malas la nak update, nak blogwalking, nak comment entri orang sebab kalau kita malas, blogger lain lagi sepuluh kali malas nak layan blog kita. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku yang malas buat semua benda itu. Jangan tiru ea.

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
unik tang mana ea blog aku ni. Adui pening jap. mungkin pada tagline dia kot.*perasan.

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai aku rasa nak berenti kot. Tapi macam susah lak nak berenti sebab aku dah ketagih sekarang ni.Muahaha. Impian akau nak tengok ramai member-member aku ada blog sendiri. Nanti korang follow la aku.

Ha lepas pun azab nak jawab soalan ni. Sekarang aku nak tag member baru aku yang baru follow blog GORENG-GORENG ADA. Korang goreng plak ye.

1-Ainiaaa♥
2-princess_eryna
3-tieha ismail
4-Hashikin Fuhairah

nota gorg2: sape2 yang aku tak tag pun boleh buat jugak. Kalau boleh semua orang aku nak tag tapi dia bagi 4 je. Nah link untuk segmen jom berkenalan ni. Klik kat sini. Maseh.^_^

Thursday, December 23, 2010

Penipu punya tuan penipu!!!

Huh!!! Geram sungguh aku dengan syarikat telekomunis kasi ni. Tak habis-habis nak menipu orang kampung aku. Ha sini aku nak cerita. Dulu aku ada buat satu entri pasal kampung aku dah ada wifi. Pernah baca tak? Ha??? tak pernah baca lagi ea. Nah klik kat sini.


Mana tak hangin nya beria-ria aku cerita itu cerita ini pasal kampung aku dah ada wifi, last-last bayang wifi pun tak nampak apatah lagi nak tekan "connect". Aku taknak orang cakap aku kaki goreng walaupun blog aku sendiri goreng-goreng ada. Sekali-sekala nak jugak cakap benda betul. Tak gitu? Ehehe.

Eh tak percaya pulak? Ada bil la kat rumah aku. Nanti kalau aku rajin aku scan ye. Tapi kesian kat mak aku membayar bulan-bulan 25 hinggit. Aku pun cakap la tak payah bayar nye mak bazir duit je. Mak aku sound balik kat aku, KALAU KENA POTONG CAMNE? Adoi mak macam mane dia nak potong kalau wifi pun takde. Takkan tetiba dia potong bil air pulak.

Mak aku pun terfikir sejenak. Kadang-kadang betul jugak ayat aku ni kan mak? Dengan rakus nya mak aku ambik bil wifi bulan ni punya, gumpal-gumpal secukup rasa lepas tu campak dalam tong sampah. Yeah!!! sehtailoo la mak.

Aku senyum sorang-sorang lepas berjaya menghasut mak aku. Ape kata duit yang mak bayar bulan-bulan tu mak masukkan dalam akaun saya, kan lagi menarik mak ku sayang ??? Terus kerut dahi mak aku bila dengar aku cakap macam tu. Aiyo tak dapat lagi?


petua goreng2: waktu tengah belajar ni la paling sesuai nak ketuk duit mak.Hahaha.

Monday, December 20, 2010

YOU'RE FIRED!!!

Haloo.
Dah sebulan lebih dah blog goreng-goreng ni takde entri baru. Mana taknye mamak yang aku upah untuk update blog ni pergi balik india jumpa dia punya yenna. Chet!! Tak guna kau mamak, tak pasal-pasal blog aku bersawang. YOU'RE FIRED!!!


Wah macam-macam benda baru ada kat blog aku ni, follower makin bertambah, chat box makin penuh, comment makin banyak. Trimas banyak-banyak pada yang sudi follow, sudi chat, sudi comment kat blog goreng-goreng ni. Trimas ye. Kang aku belanje korang teh 0 ais dengan nasi lemak telur 'goyang'. Hahah.


Sekarang aku dah upah pekerja baru. Name dia MINACHI. Dia ni rajin orangnya. Lepas ni blog aku selalu la ada entri baru. Hari-hari aku selalu nasihat dia WEH MINACHI KALAU KAU PUN MALAS AKU FIRED KAU GAK !!!
Hahaha.

nota goreng2: jangan sapa-sapa nak ngorat MINACHI aku ye!

Thursday, November 18, 2010

Malas Pergi Kenduri Kahwin?

Apa nak jadi la budak ni, pergi kenduri pun malas.
Jiran sebelah rumah kahwin pun taknak pergi.
Bukan selalu pun, sekali sekala je.
Orang bagi makan free tu.....

Inilah antara bebelan mak aku setiap kali aku mengelak untuk pergi kenduri kawin. Hahah.

Masa kecik-kecik dulu, akulah juara kenduri kawin, mana-mana kenduri kawin mesti ada aku sekali. Ada yang orang jemput, ada yang tak jemput pun aku tibai sekali. Janji perut kenyang. Tapi makin tua ni makin malas pulak aku pergi kenduri orang kawin. Mungkin sebab lama sangat belajar kat luar negeri, so susah sikit nak bergaul dengan orang kampung.Huhu. Kalau orang ajak kawin baru aku pergi.-_-".

Kalau macam jiran aku yang jenis baik peramah aku pergi la tolong mana patut, takkan nak tidur je dalam bilik. Tapi kalau jiran yang mulut puaka set-set kaki mengumpat, sori la nak tolong. Aku rela makan megi kat rumah.Haha. Bagi aku jiran macam tu tak payah tolong, buat sakit hati je. Macam melepaskan babi tersepit.Haha.


nota goreng2: sayangi jiran anda. Sayang jiran tangan-tangankan.Haha.

Wednesday, November 17, 2010

Nasib la dapat jiran Si Pengumpat Terhebat !!!

Best kan tajuk entri aku. Aku buat entri ni masa baru sampai rumah. Aku ni dah la jarang balik. Kalau balik pun tak lama. Jiran-jiran tepi rumah aku ni bukan boleh tengok orang bandar ni balik kampung, ada la benda dorang nak ngumpat tu.Cit!!! bandar la sangat aku ni.Haha.


Bermodalkan meja usang bawah pokok rambutan, jiran-jiran aku yang kaki mengumpat ni akan memulakan riadah petang dorang. Orang lain petang-petang sibuk berjoging, senam robik ke apa. Dorang pulak sibuk berjoging mulut sambil kunyah kuaci.


Macam-macam la dorang bukak cerita. Subjek yang dorang ngumpat ni senang je. Apa yang lalu depan mata dorang, itulah topik dorang. Dah dapat topik baru, terus diorang discuss ramai-ramai.Contoh kalau lembu yang lalu depan dorang, cepat-cepat dorang mengumpat lembu tu sampai lembu tu nangis. Powerkan dorang.Huish!

So korang boleh nampakkan, skop untuk mengumpat ni sangat mudah. Patut la anak-anak dorang semua kena penyakit tu. Keturunan rupanya.Haha.

nota goreng2:Daripada mengumpat, lebih baik layan cerita indonesia kat TV lagi bagus macam mak aku. Takdela tambah dosa sebakul lagi.Haha.

Tuesday, November 16, 2010

Penjaga Kaunter Wayang Times Square Mati kena Maki !!!

Memandangkan aku nak balik kampung, member aku ajak jalan-jalan kat Times Square. Aku pun terus setuju sebab kat kampung aku takde Times Square. Kalau ada memang aku tak layan punya.

Sampai kat sana,jalan tak sampai 3 minit suku, member aku terus ajak tengok wayang. My peberet!!! For sure I said YES! Usha kat screen takde pun cerita menarik hati member aku ni, nasib baik cerita 2 Alam tak keluar lagi, kalau tak kompem aku suruh dia beli. Ghaha.

Last-last dia pilih cerita TAKERS. Aku pun terus setuju sebab dia nak belanja.


Oo Mak Ngai (OMG) punya la mahal tiket engkau. 13 hinggit tu, total member aku bayar 26 hinggit. LOL padahal cerita ni dah lama main kat wayang, kasi la murah dey. Aku guna perkataan 'dey' sebab penjaga tiket tu Indian. Dia pun senyum je.-_-"

Seat dia pulak ada berapa je, tak sampai 20 pun. Tinggal seat yang depan-depan je. Si Dey a.k.a Penjaga Kaunter ni cakap TAKDEHAL LA DUDUK DEPAN SIKIT, SEAT DIA TINGGI, SO U TAK SAKIT KEPALA PUNYA. Aku pun ok je la dgr Si Dey ni merepek.


Bila dah bayar mesti la dapat tiketnya, aku tunggu punya tunggu bila dia nak bagi, last-last Si Dey cakap mesin tiket rosak, tiket tak boleh print, dia suruh aku masuk macam tu je. Dia dah cakap dah kat member dia , Si Pengutip Tiket. So dia just bagi no seat je la kat member aku.

Aku dah pelik dah dengan Si Dey ni, tapi aku buat bodoh jela sebab cerita tu dah nak start dalam 10 minit lagi. Cerita tu start pukul 4.30. Si Pengutip Tiket pun tunjuk mana seat kitaorang.

WAHH!!! Aku masuk PREMIER HALL rupanya. Patut la mahal semacam. Tempat dia macam untuk orang yang suka privasi semasa menonton wayang. Hall yang luas, seat dia selesa. Boleh main jongkang-jongkit. Aku tahu mesti ramai kapel suka Hall Premier ni sebab dorang boleh main jongkang-jongkit kan.Haha.


Aku dengan selesanya memandang member aku dengan senyuman paling manis sebab belanja aku kat tempat macam ni. Dia pun tak tahu gak sebenarnya. Dari apa yang aku nampak, majoriti yang ada dalam hall ni Mat Salleh, Siti Nigga dan Pak Arab. Wah!!! Macam kat "obersi" pulak.Hoho.

So aku pun menghiburkan diri dengan menonton iklan-iklan yang ada depan mata aku ni. Macam-macam iklan dorang taruk. Ada kot dalam 10 minit. Tibalah masanya nak tengok cerita yang member aku kempunan sangat ni. Baru je tunjuk nama pelakon___

**********************************

Jeng! Jeng! Jeng! Tetiba je muncul kapel Melayu sebelah member aku ni. Potong stim betul la! Orang nak layan nama pelakon pun tak senang. Tetiba Si Jantan tu tanya no seat kitaorang, so member aku pun jawab la elok-elok. Pastu Si Jantan tu cakap yang seat tu dorang punya sebenarnya. EH APA PULAK, PENJAGA KAUNTER TU CAKAP NI SEAT KITAORANG. DIA SIAP TUNJUK LAGI SEAT NI KAT KITAORANG TAHU TAK!

Si Jantan tu tak puas hati. Dia suruh aku tunjuk tiket sebab dia nak bukti. Aku cakap la MANA ADA TIKET, BUKAN MESIN PRINT TIKET TU ROSAK KE? 2 ekor beruk tu taknak percaya, dorang ingat kitaorang masuk haram ke apa wey. Sial!!!

Tetiba Si Jantan tu tunjuk tiket dorang depan mata aku, siap suluh dengan lampu henset lagi. Aku tengok betul-betul memang sama no seat dorang dengan no seat kitaorang ni. Takkan kitaorang nak share seat tu sama-sama dengan kapel ni. Gilak!

Masa tu memang aku dengan member aku malu separuh badan dah, semua orang dalam hall tu tengok. Yang kapel tu dok perli-perli kitaorang. Sebenarnya kitaorang yang beli dulu tiket untuk seat ni, tapi takde bukti untuk nak tunjuk kat kapel bodoh tu! Kitaorang jadi mangsa keadaan.T_T


Dengan hati membara aku terus keluar hall pergi jumpa Si Dey tu takut-takut dia salah bagi seat. Yang member aku pun follow aku. Sampai depan kaunter aku jerit kat Si DeyWOI APA NO SEAT YANG KAU BAGI KITAORANG TADI?
dia jawab F6 DENGAN F7. memang betul tu la no seat kitaorang duduk tadi. Lagi aku hangin, aku hala tangan aku kat muka dia aku jerit, KEPALA HOTAK KAU, ASAL ADA KAPEL DATANG TUNJUK TIKET NO SEAT KITAORANG? KAU CAKAP TADI MESIN PRINT ROSAK!!!

Si Dey dah gelabah, nampak sangat dia nak buat kerja haram. Ada ke patut dia pergi jual seat yang aku duduk kat kapel bingai tadi. Lepas tu duit yang member aku bayar dia masuk poket. PANDAI LA KAU CAKAP MESIN PRINT TU ROSAK HARAM JADAH LA!!!

Member dia sibuk dok suruh aku tukar seat lain. Tak hingin aku. Dah la aku dimalukan dengan melampau dalam hall tadi. Si Dey tu dah cuak habis. Aku pulak tak henti-henti pergi maki Si Dey dengan kata-kata kesat.

Last-last member aku mintak balik duit tiket dia tadi. Member aku dah tawar hati dah nak tengok cerita tu. Aku pulak bengang je tengok Si Dey ni. Ikut hati aku nak je pecahkan cermin kaunter dengan besi penghadang tu. Orang macam ni punya bodoh pun ada ke? Matilah kau kena maki dengan aku.


nota goreng2: Tak pasal-pasal aku tak dapt tengok wayang hari ni, dapat tengok iklan 10 minit je.T_T. Nasib baik member aku ganti belanja wayang dengan BURGER SPICY CHICKRN MC DELUXE. Terima kasih ye member, kang aku tolong belasah Si Dey tu. :P

Monday, November 15, 2010

Keputusan MUZIK-MUZIK 25 separuh akhir minggu ke-2

Ok hari ni 15hb Nov 2010. Tepat pukul 10 aku terpacak dah kat depan tv3 semata-mata nak tengok muzik-muzik separuh akhir minggu ke-2 ni.


Tak minat mana pun sebenarnya tapi bila artis peveret aku perform tu yang aku terlayan muzik-muzik ni.Haish!

Malam ni lagu-lagu yang berjaya masuk top 6 adalah seperti di bawah:
 

1. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
2. Sofea Jane – Black
3. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
4. Jahat – Stacy
5. Susun Silangkata – Aizat
6. Ku Ada Kamu – Adira


Tahniah untuk korang. Dah berjaya nanti jangan lupa mak bapak korang. Jom kita tunggu minggu depan, lagu mana yang layak masuk top 6 ye.

Sedikit review dari mamak:


1.Kecewa kecil dengan Faizal Tahir, nyanyian dia dah tak sehebat dulu, dah berumur barangkali.

2.Kesian tengok Black nyanyi lagu DramaKing sorang-sorang. Mana vokalis Meet Uncle Hussien yang bertopeng tu, mungkin terdampar di dalam jamban terkena cirit-birit melampau kot.

3.Yang lain no komen, nak komen cari dalam tong sampah.Ngaha.

4.Rahmat Mega dijemput untuk menyanyi bagi sesi penutup, semua lagu dia best-best wey, semua audien nyanyi sekali dengan dia. Memang syiok!!!

"Saya mamak melaporkan dari blog goreng-goreng ada."

nota goreng2: dah macam reporter pulak.haha.

2 Alam : Bakal Pecah Punggung!!!

HAHAHAHA.Ok cukup dah gelak. Tadi aku jalan-jalan kat page facebook |Kami tak suka DR.Rozmey yang angkuh, memang nak gelak lipat belakang la baca komen dorang. Ada je idea sengal-bingal.Haha. Yang paling tak tahan tu gambar dia lagi besar dari pelakon utama. Apa kes ni? Nah tengok.



Kalau korang banding filem-filem yang sudah box-office, ada tak dorang pi bubuh gambar penerbit dorang yang dah tua bangka lagi besar dari cover filem tu. Habis kuat pun nama penerbit dorang HIGHLIGHT kan je.

Tak pernah lagi aku tengok gambar penerbit lagi besar dari pelakon utama. Baik penerbit yang jadi pelakon utama. Mesti pecah punggung.Haha. Aku rasa cita-cita dia masa kecik nak pelakon utama tapi mak dia tak kasi, last-last dapat jadi cover filem pun boleh la.Haha. Kalau aku tengok depan-depan, mahu aku gelak lipat belakang depan kaunter tu.


sekarang setiap kali aku gelak, aku akan lipat belakang camni.Haha.

nota goreng2: Marilah kita beramai-ramai mengutuk keangkuhan Dr.Rozmey.Hehe. Baca ni, tak baik kalau tak kutuk.Haha.

Sunday, November 14, 2010

Kampung aku ada WIFI beb!!!

Uish!!! Betul ke apa aku nampak ni, ada bil TM sampai kat rumah aku la. Belek punya belek ada nama mak aku. Terus aku tanya mak, SURAT APA NI IBU KU SAYANG? OOOOOO. ITU SURAT BAYAR BIL UNTUK WIFI. HAH? TERCENGANG JAP.



Bila masa la kampung aku pakai wifi? Dah standard macam UKM dah aku rasa. Mula-mula dia bagi budak-budak sekolah netbook percuma sorang satu. Pastu sekarang dia nak pasang wifi pulak, tapi WIFI kena bayar bulan-bulan 25 hinggit. Mak aku la yang membayarnya. Weh aku masuk universiti baru kenal apa itu laptop, korang budak-budak dah ada netbook sendiri.tak patut betul.T_T

Tapi mintak-mintak la dorang pasang cepat-cepat sebab aku nak balik kampung dah ni. Boleh aku update blog aku masa dok kampung. Tapi kalau dorang tak pasang, tak dapat nak update lagi. So sesiapa singgah blog aku tapi aku tak singgah balik, jangan marah sebab aku tak dapat nak online. Korang pergi marah kat wifi tu apsal dorang lambat pasang. Hahhaa.

nota goreng2:
doakan aku selamat sampai ye kawan-kawan blogger sekalian. Selamat Hari Raya Haji.:P

Saturday, November 13, 2010

Aku follower ke - 500!

First nak ucap terima kasih banyak-banyak la kat saudara arsyad a.k.a JOBOT, seorang blogger yang sedang meningkat naik. Weyh nama bapak aku tu.Peeeewit!!! Blog beliau sangatlah kewl, kalau baca entri dia tak sah kalau tak gelak. Haha. tak percaya korang klik sini. Kalau korang berminat dengan blog jobot ni, korang jadi la follower dia ye.


Tak lupa jugak tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menjadi follower ke-500 blog jobot ni.Hahah. Nah kau dia buat satu entri special edition untuk aku. Terharu gila wey! baca kat sini.

Aku baru perasan mesej ni kat shout box. Maklum la seharian aku tak bukak blog.


Aku pun tak tahu bila pulak saudara jobot buat contest ni, Entah-entah aku yang men'contest'kan mende ni. Haha tak malu betul aku ni. Apa pun diharap agar blog saudara jobot akan kekal naik dan sentiasa bertambah follower sampai 5000 pulak ye.:P

nota goreng2: nanti bila follower aku ada 500, aku pun nak buat macam ni gak la.*perasan nak mati.

Format Otak Kemut - Kemut !!!

Hola. Semalam dengan kelmarin aku tutup kedai. Sebab tu goreng-goreng takde entri baru. Maklum la baru habis final exam, otak asyik kemut-kemut je berfikir. So kena pergi format cepat-cepat!!!


Kelmarin aku pergi format otak kat Alamanda. Tak mahal pun, dalam 8 hinggit satu kepala. Serius berat sangat dah ni. Dekat seminggu aku struggle gila untuk final exam. So sekarang otak aku dah tak seimbang, kalau korang tengok aku jalan tak betul pastu tetiba hilang tu, korang cari la aku dalam longkang berdekatan.

Ramai gak rupanya nak pergi format otak ni.Sapa lagi kalau bukan classmate aku BEN, AZIMAH, ADWA, KK, ZIKRI. Dorang pun ada penyakit yang sama. Prosedur dia senang je, korang check-in dulu. Pastu kang dia bagi bilik. Pastu korang pegang satu batang, pastu korang jerit sekuat hati kat batang tu. Automatik otak korang terus terformat. Canggih kan zaman sekarang.

Kalau dulu zaman sekolah menengah, cara aku dengan member-member nak format otak, mula-mula kitaorang kumpul dulu buku-buku teks, pergi bilik ke bilik mintak kertas-kertas terpakai sumbat dalam bakul dobi. Lepastu pergi kat belakang asrama, sekali bakul dobi tu kitaorang bakar buat unggul api besar-besar punya. Last sekali kitaorang keliling api buat tarian kat situ.Welaweh!!!


Ok sambung cerita. Memang habis 100% aku format otak ni. Kalau korang tanya apa aku belajar sem ni, esok pun belum tentu aku dapat jawab. Sekarang otak aku dah tak kemut-kemut lagi. Rasa lagi fresh dari biasa. Apa tunggu lagi, pergi la format otak cepat.Hahaha.


Nota goreng2:
Masing-masing ada cara sendiri. Cara aku pergi karaoke, ada member aku tengok cerita lucah untuk format otak dia.Haha.So masing-masing dah pandai boleh fikir sendiri.

Wednesday, November 10, 2010

JANGAN AMBIL KESEMPATAN ITU.

Suka hati korang je ambil kesempatan terhadap aku. Mak bapak korang tak ajar ke? Citt!!! Mesej kurang ajar ini ditujukan pada sepasang kapel tak tahu malu.

Incident ni adalah susulan dari entri lepas. Apa tak baca lagi? Ha klik kat sini. Sengaja aku nak buat entri lain sebab aku rasa seronok a.k.a syok sendiri mengolah incident cacat ini.

                                             ********************************************

Incident tu bermula macam ni, masa aku nak gerak dari kereta untuk menuju ke pentas konsert, akak aku jerit-jerit suruh bawak payung. Aku cakap la tak hujan pun. Buat berat je bawak. Dia sound balik KALAU TETIBA HUJAN LEBAT TAK KE BASAH LENCUN NANTI. BALIK JALAN KAKI LA KALAU KO BASAH. Dia dah warning. So aku pun heret la payung sebesar alam yang boleh muat 5 orang dewasa 2 orang kanak-kanak tu sampai kat konsert.


Memang busuk betul la mulut akak aku ni, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Aku dengan bangga pun bukak payung tu untuk melindungi Mrs.Bos a.k.a akak aku dengan member aku dari kena hujan. Takpe la aku berkorban sikit janji diorang tak basah. Baik juga aku ni.*blushing sorang-sorang. Aku pun tak paham kenape sejak akhir-akhir ni aku kerap blushing sorang-sorang. Sorang tolong explain. -_-"

Ok sambung balik. Aku senyum sinis je tengok orang lain basah kuyup kena hujan. Ada yang tutup kepala pakai surat khabar la, ada yang lari bawah khemah la. Tak kurang jugak yang kreatif, pergi kitar semula plastik merah bungkus kopok lekor tu buat tutup kepala. Bau ikan la kepala korang nanti. Haha. Aku sikit pun tak kesian. Aku gelak lagi ada la. Haha. Sape suruh tak bawak payung. Dah tahu sekarang musim banjir, apa la bengap sangat tak bawak!


Tengah kepala dok layan Ning baizura joget-joget ayam nyanyi lagu RAKSASA, tetiba aku ter bau perfume pompuan kat belakang aku ni. AIK, ADA RAKSASA KE BELAKANG AKU NI??? Aku pun toleh la 25 darjah ke belakang. CIS!!! ADA 2 EKOR RAKSASA TENGAH TUMPANG BERTEDUH RUPANYA BELAKANG AKU NI. SEKOR JANTAN SEKOR BETINA. KAPEL NI. Patut la aku rasa panas je dari tadi.


Nanti korang, aku penat-penat heret payung gergasi ni, pastu siap tukar-tukar tangan lagi sebab dah lenguh sangat pegang batang payung ni. Kejap tangan kiri, kejap tangan kanan, lepas tu kiri balik. Korang senang-senang je boleh tumpang ye. Cakap nak tumpang berteduh pun tak. Ingat aku ni bus stop ke?


Diorang tak perasan lagi tu aku tengah tengok dorang, siap boleh berpeluk-peluk lagi. Aiseh, takleh jadi. Aku kena fikir sesuatu yang jahat ni. Tanpa membuang masa, aku terus angkat sikit payung aku, lepas tu aku tonggengkan biar bucu payung tu betul-betul atas kepala dorang. Secara automatik air hujan yang lalu atas payung tu terus mencurah-curah atas kepala dorang. Habis basah lencun dorang aku tengok. YES!!! Jerat mengena.Haha.

Apa lagi menjerit la 2 ekor raksasa tu. Terkejut barangkali. Yang betina tu bising-bising kat si jantan mengadu tudung dia habis basah. Haha. Padan muka korang. Best kan rasa mandi hujan. Hahah. Aku gelak dalam hati je. Nak jaga perasaan dorang. Baik kan aku ni.*blushing sorang-sorang lagi.


Ha moral of the story, lain kali jangan nak ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.  Tak kesian ke kat aku dok pegang je payung tu. At least cakap la nak tumpang, memang aku tak bagi pun. Aku tak sampai sebaik tu lagi. Kenal pun tak, jadi friend kat Facebook jauh sekali. Haha.

nota goreng2: Kalau korang pergi mana-mana tempat yang open jangan lupa bawak payung, untung-untung boleh buat skil yang aku ajar ni.Hahaha.

Tuesday, November 9, 2010

Hot.fm Nite Jam 2010 Bikin Hati Panas!!!

Eh bukan nite jam ni dah lepas ke? Asal aku nak sibuk cerita lagi? Asal aku nak panas hati dengan nite jam lak ni?

Ha!!! Meh sini nak cerita. kali ni aku nak buat review cara lain pulak. Asyik-asyik nak cerita pengalaman yang sweet-sweet je. Bosan la, yang pahit korang nak campak mane? So sekarang aku nak kongsi beberapa incident pahit yang mencacatkan kegembiraan aku pada malam tu.Hahah. Jangan banyak bunyi, korang LAYAN je.

ANTARA INCIDENT YG SANGAT CACAT:

 
1. KENA POW 10 HINGGIT DENGAN AWEK KAT TENGAH JALAN..


WOIT!!!GANSTER BETOL KAU NAK POW AKU TENGAH JALAN NI, NI JALAN BAPAK KAU KE? Slow dia sound aku balik BUKAN NAK POW LA BRO.NAK MASUK SINI KENA BAYAR PARKING DULU. LU INGAT PARKING NI BAPAK LU PUNYA KE? BAK SINI 10 HINGGIT CEPAT!. Cett!!! Rupanya awek tu penjaga parking kat I-city tu la. Siapa yang lalu jalan tu memang wajib bayar 10 hinggit without excuse!!! wa tabik sama lu minah. -_-"


2. JARAK PARKING KERETA DENGAN STAGE BERBATU-BATU JAUHNYA.


Mana tak nye,keluar kereta aku dengar awek aku tengah nyanyi lagu 'MEMORI TERCIPTA'. Sampai je kat pentas konsert, aku dengar dia cakap TERIMA KASIH SEMUA SEBAB SUPORT SHEILA. SAYANG KORANG. MUAAHHHHH. AUWWW!!!. Ala-ala manja kucing. Aik biar betul, dah habis perform dah ke? Terus aku toleh belakang. Oo Mak Ngai (OMG) jauh jugak aku berjalan rupanya. Tak sedar la pulok, terlebih layan blues ni. Lain kali Sheila nyanyi untuk abang sorang je tau.T_T


3. BERUK BARU NAK UP PUN SIBUK TENGOK KONSERT.


Ini la susah nya kalau ada manusia baru nak up tapi perangai sekor-sekor macam beruk di hutan disusukan, beruk kat UKM lagi sopan korang tahu tak? Nak masuk bilik pun ketuk tingkap dulu. Orang lain pun excited jugak tengok band otai dengan band indie perform, tapi takdelah sampai nak berjoget bagai nak mati macam tengah layan konsert BLACK METAL!!!


Aku pun excited gak Ning Baizura terkinja-kinja manja, tapi aku dapat kawal lagi nafsu aku ni. Agak-agak lah sikit, sampai semua orang korang nak rempuh! Cilakak!!! Abis konsert tengok bersepah botol arak, sah dah memang dorang mabuk.Cilakak lagi!!!

Ha!!!Kalau korang nak tahu kat I-city ada zirafah dengan lembu tengah mengganas. Berape ramai kena sondol. Kenapa tak percaya? Kalau tak percaya, korang tengok la sendiri kat blog member aku ni.Merepek semata-mata.

nota goreng2: ikutkan hati nak je aku baling mercun bola masa dorang tengah seronok joget, biar insaf sikit. Hahaha.

MUZIK-MUZIK 25 (Separuh Akhir)!!!



Semalam baru sahaja berlangsung separuh akhir MUZIK-MUZIK 25 bahagian pertama.
Dari 12 lagu yang bertanding hanya 6 je yang terpilih. Antara lagu-lagu yang berjaya masuk top 6 adalah seperti berikut:

1. Hafiz – Noktah Cinta
2. Hujan – Mencari Konklusi
3. Yuna – Cinta Sempurna
4. Adibah Noor – Sejujur Hatimu
5. Faizal Tahir – Hanyut
6. Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Wah! Lagu-lagu yang berjaya semua gempak-gempak. Tahniah la buat korang. Jom kita tengok jadual untuk separuh akhir bahagian 2 pulak.

Isnin 15 November 2010:

1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan
2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana
3. Kau Harus Ada – Hujan
4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy
6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
7. Jahat – Stacy
8. Susun Silangkata – Aizat
9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats
10. Ku Ada Kamu – Adira
11. Sofea Jane – Black
12. Adrenalin – Faizal Tahir


Untuk separuh akhir bahagian 3 pulak tengok yang ni.

Isnin 22 November 2010:

1. Realiti Dewi – Alyah
2. Pelita – A.P.I
3. Berlari – Tomok
4. Extravaganza – Bunkface
5.Bersamamu - Joe flizzow
6. Selamat Malam – Faizal Tahir

Jangan lupa isnin minggu depan pukul 10 malam, kalau takde keje kita pakat-pakat dok melangut depan tv ye.



Dengar cerita hanya 10 lagu je yang layak pergi final. Aku rasa lagu indie banyak yang masuk final kot sebab lagu dorang terbaik. Korang rasa macam mana?


nota goreng2: semalam aku tak tengok pun. Gila nak tengok. Exam keliling pinggang ni.Haish!!!

Monday, November 8, 2010

Melaka Kaya Dengan Traffic Light!!!!

Hari sabtu baru ni aku follow akak aku pergi kenduri member sekolah lame dia. Aku sebenarnya bukan minat pun nak pergi-pergi kenduri ni. Kenduri sebelah rumah aku pun belum tentu aku pergi. Gila rasict aku ni kan.Haha. Kalau aku pergi pun untuk mengisi perut yang kebuluran sebab mak aku kompem tak masak kalau jiran sebelah ada kenduri. Mak aku saja nak suruh aku pergi la tu.-_-"

Ok aku sambung balik cerita. Rumah member akak aku ni kat Melaka, dekat Bukit Beruang kot. Entah aku pun dah lupa. Aku ni memang kaki berjalan. Ajak la pergi mana pun, aku follow je, janji mesti lebih 30KM dari sini.Hahah.

Semua berjalan lancar dari aku bertolak sampai la balik rumah. Memang tak di nafikan Melaka memang satu negeri yang maju seiring dengan kemajuan negara Malaysia yang tercinta ni. Tapi yang tak menariknya kat Melaka banyak sangat la traffic light, sangat banyak. Siap ada traffic light yang pakai timing tu.


Korang tak hangin ke bila korang baru je lepas traffic light hijau ni, tak sampai 100 meter, ada satu lagi traffic light tu merah dah. Dah la pakai timing. Timing dia jangan cakap la, 180 saat. Banyak tu, beratus-ratus jugak kan. Huargh!!!

Sambil aku tunggu traffic light tu, aku pun countdown la sama-sama dengan akak aku. Bila traffic light dah hijau, kitaorang jerit MERDEKA!!!!
Adik-beradik sama je bebal. hahaha.


MERDEKA!!!!!!!

nota goreng2:
teringat pulak kena saman masa potong traffic light.Time u nak cari tempat karoke.Haha.

Tutorial part 2: Cara Letak Nuffnang Kat Blog

Ok sebelum ni kita dah belajar macam mana nak daftar dengan Nuffnang, bagi sesiapa yang tak tahu boleh klik kat sini.

Sekarang aku akan ajar macam mana nak letak iklan nuffnang kat blog korang.
First korang sign-in kat website Nuffnang ni. Then korang click 'Add Ads'.


Sekarang ni ada 3 jenis coding yang nuffnang bagi untuk korang letak dalam blog. Jenis-jenis dia adalah Header, Sidebar dgn Between content. Untuk memudahkan korang, aku letak gambar ni sebagai rujukan kedudukan iklan nuffnang tu.


A : Header
B : Between Content
C : SideBar

SIDEBAR
-First korang cari "to put on sidebar", pastu korang copy coding seperti yang aku highlight kuning ni je.


 

-Pastu korang bukak blog korang.
-Ikut turutan ni : Dashboard > Design > Add a Gadjet > HTML/JavaScript.
Korang akan nampak macam ni.


-Korang paste kat dalam box tu.
-Tekan Save.
Ikut korang la nak letak mana iklan tu janji dekat sidebar ye.

HEADER
-First korang cari "to put on header",
pastu korang copy coding seperti yang aku highlight kuning ni je.


-Bukak blog korang.
-Ikut turutan ni : Dashboard > Design > 'Edit HTML'.
-Tick dulu dekat 'Expand Widget Templates'.
-Tekan Ctrl + F taip <body.
Korang akan nampak macam ni.



-Paste coding betul-betul bawah line tu.
Contoh lepas korang paste coding tadi.

 

-tekan 'Save template'.

BETWEEN CONTENT
-First korang cari "to put between content", pastu korang copy coding seperti yang aku highlight kuning ni je.



-Bukak blog korang.
-Ikut turutan ni : Dashboard >; Design >  'Edit HTML'.
-Tick dulu dekat 'Expand Widget Templates'.
-Tekan Ctrl + F taip post-footer-line-3
Korang akan nampak macam ni.


-yang highlight oren tu adalah apa yg korang taip tadi.
-Yang highlight kuning tu pulak adalah tanda yang aku buat untuk tunjuk kat korang di mana perlu paste coding tadi.
-Sekarang korang paste coding tu atas line yang aku highlight kuning tu.
Contoh lepas korang paste coding tadi.


-Tekan Save template.

Ok dah setel. Senang je kan. Sori kalau tutorial aku ni agak memeningkan kepala korang. Aku nak buat ni lagi pening.Haha. Macam biasa sesiapa tak paham boleh pm kat comment box ye. :P

nota goreng2: Korang boleh gak refer kat sini. Klik disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...