Sunday, September 26, 2010

bersamamu oh cirit-birit~

Kali ini aku nak k0ngsi penderitaan seorang kawan aku ni. Kesian aku tengok dia, jalan pun dah tak betul sangat, macam dah lari aligment kaki dia, anak dah la takde, isteri apatah lagi.(nama pun bujang.) 

Sudah berapa lama dia nak tanggung semua seksa ini. Kalau panggil BERSAMAMU, kompem dah dapat beras, gula, koko krunch dengan air mirinda sebotol. 

feymes la kau lepas ni~

Setiap malam asyik mengadu sakit-sakit. Aku sebagai kawan cuba untuk nasihat "sabar ye, mungkin ada hikmah ni . "   

"kepala hotak kau, aku cirit-birit ni, ape benda hikmah nya. Dah pergi kau berambus, aku nak berak pun tak senang". 

Aku pun berlalu dengan senyuman sinis, dalam hati aku cakap,"padan muka kau, makan jeruk lada banyak lagi." HAHAHA.


sampai sebalang kau baham semalam!

 Tapi memang serius, cirit-birit ini memang membuatkan hari anda langsung tak indah. Mana nak indahnya, 'setiap masa kena menghadap mangkuk jamban. 


Kelmarin pun aku kena jugak cirit-birit ini, semangat aku beli ubat dekat farmasi sampai berpuluh-puluh hinggit, tengok-tengok tak sembuh jugak. Last-last member aku suggest aku beli 'PIL CHE KIT TECK ONG', baru singgit harga dia, tapi dia punya power kalah ubat farmasi itu. Aku terus sembuh dan terus berniat "kalau aku kena cirit-birit lagi, aku beli kau ye."
OBAT SAKIT PERUT je? cirit-birit mane?

 Disini aku nak kongsi jenis cirit-birit, ibu-ibu mengandung dinasihatkan jangan tengok.




sila pilih satu, lepas itu tanda korang punya yang mana satu. Hish busuk la korang ini main tanda-tanda tahi.HAHAHA.

 petua goreng-goreng :: barang yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya teruk. betul kan?

Saturday, September 25, 2010

makan karok, tido karok mandi karok!!

hype! Karok jom.:P
Setahu aku karok a.k.a KARAOKE nie sejenis dadah yang gila babi tahap dewata. Bagi aku la. Sekali cuba, sampai mati nak. Hah babi tak babi wa cakap lu! Tapi nak buat macam mana dah benda alah tu best sangat, memang susah nak stop beb! Ada jugak la aku usaha nak stop antaranya dengan men'download' video klip versi karaoke dalam YOUTUBE, lepas tu nyanyi sorang-sorang dalam bilik dalam nada halus dan merdu, tapi hasil nya macam shit!!! Terus lepas tu aku call MUSIC BOX tempah 2 jam nyanyi sorang-sorang. Puas hati aku.hurm!  



check-check rock-rock..1.2.3.go~

Aku mula menagih karok ni masa aku belajar dekat matrik. Masa tu aku outing dengan member-member aku. Mula-mula berjinak dengan karaoke box yang guna syiling token tu. Nak pegang mic pon tak pandai. Nyanyi macam dalam selimut. Tak keluar suara. Standard la amatur lagi. Lepas tu dah rasa cam okey-okey je aku try yang gempak sikit, kat NEWAY kot. Geng-geng penagih tegar masa tu adalah tak lain tak bukan IZWAN ZEWAN, ATOI BUDAK AJAIB, YUS MARTOPO, MAT SERINGGIT.Tapi akibat semua dah sambung belajar, kitaorang pun tak menagih bersama-sama.


duan, mat ngan atoi..yus xde.xtw g mane.haha.

ha ni yus.*kang xletak merajuk plak die.heh

So masa duk kat UKM ni aku pun mula mencari kaki penagih baru dan di sini aku jumpa PAAH a.k.a MOK ITI, ZEE ALI, ALIF GSM, dan AKU NADIAH... Boleh dikatakan tiap-tiap malam kitaorang akan menagih di MUSIC BOX..standard la freshie. haha.


nie ali, aeron ngan paah depan MUSIC BOX..alip xde mase ni.

Meh rapat sikit. Nak gosip sikit ni, hari tu masa aku pergi karok dengan member-member aku, dengan tak sengaja aku ter'skodeng' satu bilik ni, dalam keadaan bilik yang samar-samar gelap diterangi cahaya tv, aku perasan ada sorang awek tengah layan nyanyi, kepala siap geleng-geleng lagi, tapi yang peliknya asal tangan dia ada 4???2 tangan pegang mikrofon, 2 tangan pegang dada @ bahagian atas.
Adakah awek tu spesies Dr.Octopus dalam cerita Spiderman. 
eh tangan die 6 la bukan 4.haha.

Oh tidak, tengok punya tengok, keluar kepala lelaki kat belakang awek tu. Alahai rupa-rupanya awek tu duduk atas badan lelaki tu dan terus terjawab persoalan aku mengapa tangan awek tu ada 4. Huh buruk perangai. Yang sorang tengah syok nyanyi, yang sorang lagi syok mesin kelapa. Hadoi lenguh. Tu baru satu bilik aku tengok, belum lagi yang lain-lain.


Aku tau aku bukan baik sangat pun, tapi at least kau orang dah gersang pun jangan la buat kat tempat camtu, hotel kat Malaysia ni bersepah lagi, Hoi Keng hotel ada, Buraya Hotel ada, macam-macam ada. Lagipun karaoke tu kan tempat untuk family-family lepak gak. Nasib baik aku yang nampak, cuba kalau budak-budak kecik umur 7 tahun yang nampak, tak meleleh air liur dorang kat pintu cermin tu sambil ktpala lutut ketar-ketar. Lepas tu hari-hari ajak bapak dorang pergi karaoke semata-mata nak tengok benda alah tu..hish. Pada sape-sape yang nak buat atau baru terlintas nak buat, baik takyah la. Tak sehtailoo pun. Blah la wei.malu kat orang. huh!!! 

Berbalik pada cerita aku, semua yang aku duk merepek semua ni tinggal kenangan je. Dah masuk tahun dua ni, semua pakat-pakat ada hal sendiri. PAAH dengan keluarga dia, ZEEALI dengan hal dia, ALIP dah kerja dengan abang ipar dia buat part time. Tinggal la aku sorang masih menagih dadah bernama KAROK ni. Andai dapat aku putarkan masa, akan aku hentikan masa time happy dengan korang semua. Korang lah yang terbaik. wuwu..ending cerita dengan nangis dalam jamban. (T_T)

wuwu..tolong, tolong.

petua goreng2 : hargai la wey member korang tu. jangan ada time senang je, time susah korang cabut, kalau korang wat gitu, korang tak ubah seperti HANJENG!! padan muka kau!

Monday, September 20, 2010

GORENG-GORENG ADA datang lagi.jeng..jeng..jeng.

 Halo semua. Title nak gerek seh. Macam la kau tue ramai peminat. Pi la mabuk. Sudah lah besawang, berlumut pulak blog kau ni. Aku tengok pun menyampah. Entah ada orang nak follow ke tak? "Kalau ada, adalah." Hurm.*redha~








meh kawan-kawan follow aku ye.



Kau pun satu yon orang nak ada blog, kau terkepot-kepot nak buat jugak. Buat itu, buat ini. Amik layout sane, buang layout sini. Macam-macam kau buat. Bile dah buat, kau main tinggal je. Cittt!!!*padan muka kau!


Woit!!! aku bukan taknak update blog la, tapi aku takde idea langsung. Macam-macam aku pikir tapi bile nak taip je, terus hilang. Kadang-kadang aku bace entri aku sendiri yang lepas-lepas pun mcm bangang je. Entah ape aku melalut, buat malu je.haish!



eh babi kau pun sibuk nak malu! babi punyer babi.




Sumpah aku jeles dengan member aku yang hari-hari kerja diorang update blog. .Woit,mane korang dapat idea? Mintak sikit boleh.*buat muka nice-nice je~


Hurm,nmpk nye aku kena bertapa dulu kot ngn kaki-kaki blog ni. Kasi curi sikit itu ilmu, kasi simpan dalam kepala hotak. Perhatian semua, ada sape-sape sunyi tak? Meh ambik aku jadi anak murid korg.



nenek nie baru belajar, kalau salah tolong jolok kan ye~




Cukup la kot aku goreng-goreng dengan korang. Untuk permulaan pada budak junior ni nak berbloging. Lepas ni ade masa kita goreng-goreng lagi ea.*macam main masak-masak pulak. Ok semua. Gerak dulu.



petua goreng:  baca boleh, percaya jangan.

Thursday, September 2, 2010

pertama..pertama..pertama.!

salam perkenalan~

Ini adalah blog pertama. Ini adalah entri pertama. Ini adalah permulaan pertama. Ini adalah langkah pertama. Semua ini pertama-tama kalinya. Oh sungguh pelik. Otot-otot jari sedang gigih menaip. Otak sedang sibuk mengkognitif idea. Orang lain sudah sibuk menghasilkan berjuta-juta entri, aku 10 pun tak sampai. Baru aku sedar aku baru keluar dari tempurung la katak..hish!!

aku seorang katak~


aku kutip tagline "goreng-goreng ada" dari makcik-makcik yang niaga kt HENTIAN DUTA. Aku sebenarnya tak tahu nak isi nama blog aku ini. Bagi aku macam stylo je. Yang menstylo kan lagi tagline tu bila dengar saja 'goreng-goreng ada dik', terus pelanggan duduk dan terus order. Wah macam magik pulak, tapi tak tahu la pulak kalau-kalau memang pelanggan tu dah lapar sangat, tak pasal-pasal aku dapat dosa kering.

Apa-apa pun, credit to makcik-makcik sekalian bagi aku pinjam tagline ye. Nanti saya tolong promosi kedai makan makcik ye.:p





ingat yo nak!!!

petua goreng-goreng :: ini enrti pertama saya, kalau salah tolong tunjuk kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...