First aku ambil masa 10 minit untuk briefing kat diri sendiri ape mende nak buat hari ni. Aku pergi la cari sehelai kertas kajang putih dengan pen nak tulis To-Do-List-Today. Tanpa membazir sesaat pun, aku catat segala bagai task untuk membuatkan hari cuti aku ini sungguh teratur.
Satu-satu task aku teliti untuk pastikan propaganda agenda aku mencapai target. Perkara paling utama aku titikberatkan adalah asignment yang nak kena submit. Dari situ aku kaji mana yang kena submit dulu. Barangkali aku sudah menguasai ilmu 'Pembahagi Masa'. Cayalah!
ini ilmu pembahagi bayang lol.
Ok aku tengok asignment ni macam tak susah, tapi tak jugak senang. Ahh sudah. takpe aku motivasi diri sendiri dengan mengatakan aku boleh..aku boleh... Tanpa membuang masa aku pun pergi gunting kain langsir putih pastu cari marker merah untuk diikat kat kepala. Siap ada perkataan 'GAMBATE' lagi. Hurm.. pengaruh cerita 'Boy Over Flower' yang kuat. Takpe nanti aku akan kikis slow-slow.
Ok balik kat topik asal, dalam setengah jam jugak aku dok belek-belek asignment tu. Untuk menampakkan mood rajin, aku pun buat-buat search kat GOOGLE untuk mendapatkan maklumat lebih. Ditambah pulak dengan buku rujukan setebal kasut tumit tinggi akak aku yang 6 inci. Mungkin dapat membantu kot.
Aku pun terus belek buku rujukan sehelai-sehelai dengan kelajuan 10Km/j. Oh tak leh jadi ni macam kurang laju je. Aku pun up sikit jadi 30Km/j. Uuuu..sejuk nye. Angin hasil dari aku belek-belek tu sungguh nyaman. Aku pun up lagi jadi 50Km/j. Yeah! Dah rasa macam aircond dah. Diambah pulak dengan cuaca yang sedikit panas memang selayaknya untuk dapat nikmat ni.Oh Yeah!
Tetiba mata aku jadi berat sebelah. Yang sebelah tutup yang sebelah buka separuh. Omputih kate 'BIAS'. Tapi Orang Melayu kate BIAS ni tak elok. Apalagi terus aku tutup mata sebelah lagi. Dah tu zzzzZZZ la jawabnya. Oh sungguh bermakna hari cuti aku. Tak sabar tunggu minggu depan.
petuaKuali: Nak baca boleh, nak percaye pun boleh.HAHA.
0 comments:
Post a Comment