Sunday, September 25, 2011

Bila Dah Praktikal,,,,apa pun tak boleh!

Yeah!!! Praktikal dah start...3 minggu yg lalu. Mula-mula aku memang teruja bertambah teruna nak start praktikal. Tapi....Sekarang ape pon tak boleh! Bila korang dah praktikal, otomatik life korang pon berubah. Dah tak boleh nak hidup bagai di syurga dah.Haha. Tak caya meh baca ni!

1. Kalau dulu korang ni jenis yang hidup waktu malam, mati waktu siang macam aku sekarang dah tak dapat der. Kalau dulu aku nak tido 2-3 hari pastu bangun 4-5 hari lepas tu pon boleh. Maklum la dah jadi budak praktikal ye dak.




2.Kalau dulu korang ni jenis penagih muka buku (bace: fb addicted) sekarang jangan harap la. Kau gila tetiba tengah cantik layan FB, bos kat belakang baik punya usha. Tapi bos aku ni baik sikit, die takkan marah kalau orang main FB, memang die bagi staff die ber FB tapi dengan syarat WAJIB add die. Pastu jangan sesekali block bos dari sebarang wall post, picture & whatsoever. Lagi satu, setiap kali bos update status korang wajib LIKE. Bahagia tak? -_-"

3.Tyme-tyme jadi student dulu, aku bebas mengupdate blog tak kira di mana berada, bagaimana posisi ketika update, pukul-pukul berapa pun takde hal, tapi sekarang nak update blog pon kena nyorok blakang pintu takut-takut ada bos skodeng dari jauh. Nak check email pon pandang kiri kanan dah macam nak melintas jalan. Matila kalau bos bace blog ni.Aiyak!!!



4. Zaman aku bergelar STUDENT dulu kala, aku rase sangat bahagia pasal jadi student ni banyak kelebihan die, lagi-lagi bila korang adalah seorang kaki wayang macam aku. Ape-ape hal mesti nak diskaun la, student price la. Gila bahagia.Tapi sekarang, tak dapat dah. Maklumla name pon PEKERJA JADIAN. T_T

5. Yang last ni lagi susah nak terima. Kalau dulu korang jenis yang meminta tapi sekarang korang digelar pemberi. Betul la kan, kalau dulu korang yang mintak duit raya kat abang kakak pasal dorang dah kerja tapi sekarang korang lak jadi pemberi untuk anak-anak sedara korang yang berlambak-lambak tu. Bila nak dekat raya, anda akan di paw habis-habisan oleh anak sedara, mak sedara, gadis-gadis berdara pasal dah korang kan dah keja opis. Sedihnye...




nota kukukaki: Walaupun aku baru praktikal tapi still dah macam pekerja. Bak kata orang purba: Bila dah praktikal, apa pun tak boleh!!!

Monday, August 29, 2011

Fakta: Beza Sambut Birthday Dulu & Sekarang!!!




Nota kukukaki: At least ada orang ingat kat birthday kita kan. :(

Wednesday, August 24, 2011

Kelajuan Itu Membunuh? Tidak bagi ANJING!!!

Selalu aku tengok tagline KELAJUAN ITU MEMBUNUH bersepah kat dalam tv dengan tepi-tepi highway. Macam-macam kerajaan dah buat suruh rakyat bawak kereta molek-molek, slow-slow. Tapi hampeh jugak. Tambah nak dekat raya, mau jadi litar F1 kat highway nanti. Banyak la kete sport celup dok berlumba nanti. Jangan masuk longkang sudah. XD


Tapi kalau korang perasan tagline ni dibangkang sekeras-kerasnya oleh kaum anjing sedunia. Siap ada perhimpunan harom lagi. Alasan dorang mudah je, makin laju, makin syiok woooo~. Korang tak percaye, jom layan testimoni ni.HAHAHAA!!!


Credit : 9.Gag.com

Nota Kukukaki: Wah kiutkan anjing buat macam tu, Oo..dats why la NANU BAHARUDDIN beria sangat nak bela anjing.Ops! HAHAHHA..XD

Tuesday, August 23, 2011

Filem Titanic 2. Cinta vs Sihir!!!




Sinopsis:
Filem Titanic 2 ni berkisahkan tentang seorang Mat Jiwa bernama Leokargo BukakPeriuk yang baru kematian bini. Bini die mati pasal tercekik Cendol Pulut yang dibeli kat bazar Ramadhan. Sape suruh tak baca doa makan, kan dah tercekik. So, Leonardo pun sunyi pasal dah takde bini, malam-malam tak boleh tidur katenye.

Suatu hari, die pergi tengok wayang cerita Hairi Footer part last. Lepas dari tu, die terus jatuh cinta dengan cerita tu sekali dengan pelakon die sampaikan die begitu obses dengan pelakon utama yang bawak watak jahat, VolKemut.

Start dari tu, die selalu berchatting, siap webcam shirtless dengan VolKemut. Akhirnya dorang tangkap cintan. Apelagi dorang pun rancang nak pergi honeymoon naik Speedboat sewa. Pergh! Gay siyal citer ni. Geli aku nak citer, korang tengok jela sendiri. Citer ni dijangkakan keluar lepas Raye Gawai. :D

Credit: 9Gag.com
Nota Kukukaki: Kalau ada citer ni, aku adalah orang pertama yang takkan beli tiket. Sumpah!HAHAHA.

Gambar Anak Kucing Paling Comel Dalam Semester!




Nota Kukukaki: Siapa tahu satu hari nanti, anak kucing ni bakal jadi pelapis Mia Sara kan.Serius Kiut.HAHAHA.

Credit: 9Gag.com

Sunday, August 21, 2011

Gambar Kahwin Paling Seram Di Dunia!!!



Nota Kukukaki: Memang tak tercapai dek akal ku.HAHAHA.serius Kreatif.:D
Credit: 9.Gag.com

Fakta Paling Hangit Di Dunia!!!



Credit: 9.Gag.com

Serius tak dapat terima.HAHAHA.

Saturday, August 20, 2011

Koleksi Binatang Peliharaan Harry Potter!!!

Sejak bekerjaya ni, selalu aku balik kerja, campak kasut, cabut baju seluar, larik cari katil terus tido dalam keadaan berspender sopan(Bace :boxer). Nasib tak togel je.HAHA. Bangun-bangun terus makan sahur. Tapi memandangkan semalam aku balik awal, nafsu aku nak check emel tinggi. Check punya check, aku tengok ada nama Harry Potter bin Snape. Ala bila mase die hantar emel kat aku ni, tak koling-koling pon. Lempang dengan kaki jugak budak Heri ni. Janji hari tu nak pulang penyapu lidi mak aku. Penat mak aku buat guna pokok nyor.Ciss!



Aku pon usha emel budak Heri ni. Eleh rupanya die nak belagak dengan aku gambar pet-pet die. Macam kiut.Huh! Malas la aku layan budak Heri ni. Korang tengok jela. Aku nak sambung tidoq!

Nota Kukukaki: Wey Heri, ingat aku nak percaye gambar-gambar ko ni. Ha, jangan lupa pulang penyapu lidi tu, kang mak aku santau baru tau!  Eh tapi aku nak mintak bela sekor yang burung hitam + anjing tu seminggu. Gangster gile. :D
Credit: 9.Gag.com

Friday, August 19, 2011

Dato' Haron Din Ajak Aku Sambut Birthday!!!

 Perhatian entri ni tiada unsur-unsur mistik, apatah lagi politik.

Semalam aku rase bertuah gila sebab dijemput ke majlis seorang tokoh agama negara, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Kali ni bukan majlis ceramah agama atau Al-Kuliyyah tapi majlis Hari Jadi Tuan Guru yang ke-71. Walaupun Tuan Guru bukan artis popular mahupun penyanyi tersohor tapi aku memang kenal dari kecik lagi pasal setiap petang jumaat aku selalu layan Al-Kuliyyah kat TV3. Tu pun mak aku yang suruh.:D

Majlis ni sebenarnye private pasal semalam yang datang semua anak-beranak die. Aku pon tak tahu macam mane aku boleh terjoin sekali. Tapi serius bukan senang nak dapat 'invitation' ni. Bertuah beb, kalau aku cerita kat mak aku kompem die jeles. Mak sila jangan jeles dengan aku k.:D

Tempat berlangsungnya majlis ni tak silap aku kat restoran jepun tapi kat Malaysia je. Pergh! Kalau betul-betul dapat pergi jepun mesti syok gila kan. Dapat jumpa Doraemon dengan Naruto. Gua nak sangat bergambar dengan dorang lepas tu nak mintak autograf sekali pasal nak tunjuk kat adik gua. Mesti die gila sawan jeles.HAHA. Ramai betul nak jeles dengan gua hari ni.XD




Tapi nak komen sikit bab makanan kat situ, memang aku tak puas hati betul. Dah la makanan sikit lepas tu hantar lambat, angkat pinggan pon lambat, tuang air pon lambat. Semua mende nak lambat. Ape punyer servis la. Ptuiih!!! Name je restoran kat hotel. Nasib baik bukan majlis aku kalau tak memang aku dah mintak diskaun 50% dengan manager situ.*tetibe.

Lepas siap makan semua, kitaorang pun cepat-cepat bawak kek keluar. Kira macam nak buat suprise la. Sebenarnya Tuan Guru pun tak tahu kitaorang nak sambut hari jadi dia.Hehe.Nampak tak penggunaan 'kitaorang' tu menunjukkan betapa pentingnya aku kat situ.HAHA. Sebelum makan kek, ada bacaan doa oleh Tuan Guru sendiri. Kira memang best la majlis tu walaupun sederhana je. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni tak baik nak membazir.





Kira-kira dalam pukul 10.30 kitaorang pun nak gerak balik rumah. Setel je bayar semua, aku pon siap-siap pakai kasut nak chow dulu. Tetibe datang sorang pekerja kat situ tarik aku. Eh pesal lak ni? Nak mintak autograf ke ape? Rilek la aku tak jadi artis lagi.Huhu. Aku pun dah pelik-pelik dah.

Pekerja tu perempuan dalam umur 30 lebih. Lepas die tarik aku selamba die suruh aku tolong die kemas meja makan. Eh, nak cari gaduh ke ape ni? Memang au sound direct je kat die,

KAK, SAYE NI CUSTOMER YANG MAKAN SEKALI DENGAN DATO' HARON DIN, JADAH SAYE KENA KEMAS SUME NI! NI KEJE AKAK KAN! BUAT LA SENDIRI, PLEZ JANGAN BUAT SERABOT KAT SINI...ERM, PANGGIL MANAGER AKAK SEKARANG!

Nasib baik aku boleh kontrol marah aku ni. Dengar je aku sound gitu, terus die tengking aku balik.

PALE HOTAK KO LA! AKU NI MANAGER KAT SINI MERANGKAP MANAGER KO BENDUL! Oo.ADA HATI NAK MAKAN DENGAN DATO' HARON DIN KONON, CHEITTT! DIA PON TAK HINGIN NAK AJAK KO LA. DAH DAH SEBELUM AKU SHOOT KO, BAIK KO PERGI ANGKAT PINGGAN CEPAT!!!!! CEPATTT!!

Aku terkesima. Oh betul la. Rupanya aku berangan di malam hari je. Takde pekdah Ustaz nak ajak aku makan sekali dengan famili die.HAHAHA. Tapi memang betul la Dato' Haron Din ade makan kat tempat keje aku dengan famili die semalam. Selamat Hari Jadi ye Dato'. Sebelum aku kena shoot, cepat-cepat aku pergi kutip pinggan lari bawak pergi sinki. Oh malunya~





Nota Kukukakiku: Tapi at least kitaorang berkongsi kek yang same.hehe. Nasib baik Dato' sedekah kek kat kami semua. Dapat gak. Tengok tu siap jilat sudu lagi. Ok Kerjaya aku sekarang adalah seorang Part-timer kat restoran jepun tu.. Tolong ingatkan aku sokmo-sokmo takut nanti berangan lagi.HAHAHA.

Thursday, August 18, 2011

Cara Nak Elak Disaman Polis. Wajib Cuba!!!

Nota Kukukaki: Rase-rase boleh lepas tak? So ape kate korang try dulu, lepas tu citer kat aku.HAHAHAHA.

Wednesday, August 17, 2011

Jom tengok Pramugari Terlampau Di Zaman Lampau!!!

Selamat Hari Rabu,

Hari ni aku tak mahu buat WORDLESS WEDNESDAY sebab aku rase sangat rajin hari ni. Mak aku cakap orang yang rajin ni selalunya hensem. So aku menyokong sekeras-kerasnya hujah mak aku ni. Mak I love U.Muah!!! Grrr

Ok hari ni tak mahu cakap banyak pasal mak aku cakap mulut orang berpuasa ni kalau kat syurga bau dia seharum kasturi, so aku nak cakap sikit-sikit je dulu. Biar bau tu kekal lama. Bila banyak cakap, banyak jugak salahnya. Mungkin salah dari segi Grammar, Vocabulary, atau Pronounciation. Tak pasal-pasal percent pahala puase tu berkurang ye dak.

Ok korang ingat lagi tak dulu pernah kecoh pasal pramugara MAS ada buat video seks tajuk dia PRAMUGARA TERLAMPAU? Serius aku tengok ramai gila member aku ada cerita tu. Aku sorang je takde. Ape barang layan Pramugara Terlampau, orang layan la PRAMUGARI TERLAMPAU la.HAR HAR HAR. Percaya tak aku siap tengok dengan mak aku lagi. Semua ni pengaruh dari mak aku jugak. Nasib baik awek dalam dalam citer tu mantap. Mantap dari segi lakonan mutu persembahan.............. Oh lupa nak kasi tahu, citer yang aku layan dengan mak aku tu tajuk die Awan Dania..:D

Tetibe aku pikir, kalau sekarang pramugari semua cun-cun, macam mana lak rupa pramugari dulu-dulu dress up. Adakah dorang huduh gila pasal tak reti berfesyen tak pun mungkin lagi style dari sekarang. So korang judges la sendiri. Jom kita tengok gambar-gambar ni.


















Nota Kukukaki :Lelaki jangan tengok lebih-lebih, nanti kena dimerit pulok.Hehe.
Credit to: Kumpul Berita.

Tuesday, August 16, 2011

Kaki Goreng ke-500! Maseh banyok deh!

Selamat Hari Selasa korang,

Diam tak diam, berak tak berak, Kaki Goreng kat blog ni dah mencecah 5 abad.(bace:500). Toche-toche pada yang pernah singgah menggoreng kat blog Goreng ni. Macam-macam post aku baca kat shoutmix tu, ada yang datang jenguk, datang nak ziarah, datang tumpang baring pun ada. Nasib baik bulan puase syaitoon kena ikat.Kalau tak...Grrr..HAR HAR HAR.



Tak cukup dengan tu ada jugak yang mintak telur goreng, nasik goreng, kuew tiaw goreng, macam-macam goreng la korang mintak. Haish! Tapi ok la tu, at least korang bukan mintak betul-betul kan.HAHAH. Kalau tak kompem kopak kopek aku. Kopek tu maksud die dompet. Serius. Tak caye tanya mak aku. Nanti mak aku tolong explain.:D  Toche banyak-banyak la korang. Sebak dada ni Mak Jemah oiiiiii~

Selaku tukang Goreng, aku nak promote sikit blogger yang bertuah jadi kaki goreng ke-500 ni. Beliau ialah jeng..jeng..jeng.. Bro Sandra Azwan yang juga seorang blogger yang memang dah femes sebab blog die pun dah dekat 2000 follower la. Tak silap aku dia ni seorang Fashion Designer pasal aku tengok banyak gambar-gambar die design baju. Gila sikit punya gempak follower bertuah aku ni.


Pada Sandra Azwan, trimas banyak-banyak bro sebab follow blog ni. So pada semua kaki Goreng, jom ramai-ramai serbu blog Bro Sandra Azwan ni. Kompem tahap jeles korang akan meningkat lepas tengok blog die. Serius aku pon jeles.Grrr



Dulu time aku hingus berlendir dulu (bace: Freshie), aku pun pernah dapat entri bertuah dari blogger lain pasal jadi follower ke-500 gak. So kali ni aku pulak yang buat entri tak seberapa betuah ni kat orang lain pulak. Betul la kate mak aku dulu 'What Goes Around, Comes Around.' Tengok mak aku pun dah pandai cakap Omputih ni. Tak sia-sia mak ambik kelas English Education sekali dengan Usop Wilcha. Kalau korang nak tengok entri tu, sila klik kat sini. Kalau taknak tengok, klik kat sini.:D

Nota Kukukaki: Tunggu entri aku untuk Kaki Goreng ke-1000 pulak. WAHAHAHA.(koya + poyo + bajet nak mampos.HAR HAR HAR)

Monday, August 15, 2011

Cara Pantas Nak Setel Masalah!



Nota Kukukaki: So moral of this entri kalau korang ada masalah, korang rempuh je dinding rumah korang sampai roboh sambil hantuk kepala sendiri. Kira pakej 2 in 1 la. Setel masalah.

Sunday, August 14, 2011

Watak Kartun Di Manusia Kan Pulak!!!

Happy Sunday Day korang,

Awal bangun cuti-cuti ni. Selalunya hari cuti waktu paling TERBAEKK nak TOPUP tido yang tak cukup ni. Maklum la ada yang keje,ada yang belajar. Dan hasilnya korang akan bangun seawal pukul 6.oo petang. Itu pun pasal nak pergi bazar ramadhan kan.Ah sudahlah. Kalau penternak lemak macam aku ni bila-bila boleh tidur.HAHA. XD



Alang-alang korang dah bangun ni, ape kate korang usha gambar aku pinjam dari blog 9GAG.com ni. Pinjam konon.AHAHA. Kalau semalam korang tengok watak kartun di ZOMBI Kg.Pisang kan, kali ini aku nak tunjuk watak kartun yang dimanusiakan. Layann..


Nota Kukukakiku: Gambar Pakcik dalam citer UP tu takleh blah sekali. Sampai terkentut-kentut aku gelak. AKIKIKIKIKI!!!

Saturday, August 13, 2011

Watak Kartun Di ZOMBI KAMPUNG PISANG Kan!!!

Zaman aku kecik-kecik dulu, mak aku cakap aku ni HANTU TV. OMG!!!Adakah muka aku macam hantu The Ring yang keluar dari TV tu???


Haish bukan la, ni pasal bila bangun dari tido je terus aku mengadap TV sampai ke petang. Bila iklan aku cepat-cepat lari pergi KENCING, bila iklan je cepat-cepat aku larik cari NASIK, bila iklan je cepat-cepat aku larik pergi MANDI. Erk! Sempat kan? Iklan lame gila.XD

Selalu ni la rutin time hari cuti. Lagi-lagi hari sabtu. Cerita kartun die jangan cakap la. 
Banyak gila kan. Pukul 8 pagi dah start dah. Dragon Ball ada,Tom & Jerry ada, DOnald Duck ada, Power Ranger ada.Bla..bal..bla..Bila aku dah start tengok jangan harap nak alih siaran lain. Be like boss.HAHA.

Tapi bila pikir cerita tu dah wujud dari zaman aku kecik lagi sampai sekarang dok ada lagi. Nasib baik dorang kartun. Cuba kalau betul-betul dorang wujud, mesti dah jadi mayat a.k.a ZOMBA. So jom layan kartun versi ZOMBI KAMPUNG PISANG ni. HAR HAR HAR.

Credit to 9GAG.com.


Nota Kukukaki: Kartun yang last sekali tu aku lupa pebenda nama die. Tak silap aku cerita pasal ahli magik kot. Serius lupa. Maklum la banyak makan semut.Grr

Friday, August 12, 2011

GA | Kad raya dari Solicious StoriNori

Soly Soly..

Dengar citer ko ade bukak kedai Kad Raya. Kalau aku nak satu FREE punya boleh tak? Kalau tak dapat kad raya qulling yang chantek, tajaan dari Hsue Craft tu, dapat dari ko pun OK pe? Hehe.

So sape rase Raye tahun ni die 'forever alone' tak dapat Kad Raye langsung habuk pun takde, sila-silalah join Segmen Cik Soly ni, mane tahu boleh dapat Kad Raye FREE ye dak? Klik je header tu.:D




Tarikh tutup : 15 Ogos.

Nota Kukukakiku: Soly bile nak pergi karok ni? Mana janji-janji manis mu dulu.HAHAH.:D

Bilik Tidur Yang AWESOME!!!

Mase aku kecik dulu, aku selalu berangan nak ada bilik tidur sendiri. Maksudnya dalam bilik tu aku sorang je yang duduk, tidur, baring, tukar spender, semua nya aku nak buat. Lepas tu aku nak letak poster Atromen terajang raksasa jahat dekat tepi pintu, sebelah poster tu aku nak tampal gambar David Beckam tengah tunjuk peace. Tepi almari sikit aku nak letak komputer akak aku yang baru habis degree. Bilik aku nak cat hitam. Wah indahnya bilik aku. ლ(╹o╹ლ)

Tapi waktu tu aku terpakse lupakan impian aku tu sebab adik-beradik aku ramai, bilik tidur ada 4 je. Jadah nak duduk sorang-sorang. So terpaksa lah kongsi-kongsi kong. Sedih gila. Tapi Ok je kot pasal aku ni jenis penakut tidur sorang-sorang. Kompem aku suruh adik aku teman. Mane la tau ada tangan hantu bawah katil nak tarik aku, boleh aku suruh adik aku bace al-fatihah. :D

Tapi itu dulu punya cerita. Sekarang ni tak sabar nak kerja lepas tu nak beli rumah sebutir. So aku boleh teruskan impian murni aku yang tak kesampaian untuk ada bilik tidur sendiri. HAHA. Kat bawah ni contoh-contoh bilik tidur yang AWESOME!!!



Nota kukukakiku: Yang bilik warne pink tu untuk mak aku pasal mak aku suka pink. Kiut la mak aku ni.Hehe. :D

credit gambar : 9GAG.com

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday#3 : Nicolas Cage hate Justin Bieber.



ISTANA BIRU Nak Berkenalan. :D

Selamat Hari Rabu.

Korang nak tahu aku paling suka Hari Rabu pasal kalau pergi tengok wayang harga boleh dapat murah. Lagi satu, Hari Rabu adalah hari di mana otak aku boleh berehat pasal aku tak perlu nak pikir ape entri hari tu. Terima kasih banyak-banyak pada sape yang cipta "WORDLESS WEDNESDAY".HAHA.

Ok serius jauh menyimpang dari objektif sebenar. Maapkan saye. Sebenarnye aku di dalam segmen ISTANA BIRU NAK BERKENALAN. So aku kena berkelakuan normal sebab aku pun nak berkenalan dengan Istana Biru. Oh lupa, korang jeles dengan aku ye. Nak berkenalan jugak. Klik jela kat banner bawah ni. Grrr..


Ok sebelum tu die request nak tahu name sebenar Abe Goreng a.k.a AG. Kalau name betul Aeron Arshad kalau name tak betul Muhammad Khairun bin Arshad. So pilih mane satu yang tak betul ye.XD

Dalam keluarge aku, nama adik-beradik lelaki semua start dengan "SHAH". Adik aku Shahruddin, Shahril, abang aku Shahrar. Tetibe time aku jadi KHAIRUN? OMG. Aku pun tak puas hati la, macam bias je. Terus aku tanye mak aku kenape nama aku tak sama macam adik-beradik lain, siap aku request nak tukar name SHAHRUN. Gile style tak name yang aku suggest.HAHA.

Lepas tu mak aku panggil baring kat atas riba dia. Sambil belai-belai rambut aku, mak aku cakap sebenarnye dalam 9 adik-beradik, aku paling susah sekali nak keluar atau bahase sainsnye "nak dilahirkan". Mak aku cakap masa nak bersalinkan aku, die dah sampai takde tenaga nak teran semua tu, tapi tak keluar-keluar jugak. Memang masa tu doktor, nurse, semua cuak takut aku lemas dalam perut.

Lepas tu doktor yang jaga mak aku tu try usaha jugak mana yang dia boleh, macam-macam die buat pasal nak tolong mak aku. Tak lame lepas tu, aku pun selamat dilahirkan. Sebelum Doktor tu pergi, mak aku sempat tanya name Doktor tu, dan name die Khairun.So itulah asal usul name aku. Dan aku bangge dengan name tu. Special dari adik-beradik lain. Terima Kasih Mak.:D

Lagi satu Khairun ni maksud die sebaik-baik manusia. Ustaz aku yang cakap.*tetibe blushing weh.HAHA. Next, sifat-sifat buruk dulu la. Aku ni jenis yang tak boleh kalau orang suka ambil kesempatan. Maksudnya, orang baik atau berkawan dengan kau pasal nak sesuatu atau bersebab. Serius! Aku akan anti gila dengan orang ni sampai bila-bila. Kiranya aku ni bukan PEMAAF yang baik la. Mungkin aku terima maaf tapi di mulut jela, hati lain pulak. Buruk gila kan perangai aku. XD

Kalau yang baik tak berapa baik la, aku ni jenis suka tengok orang lain bahagia, gembira, senang walaupun kadang-kadang aku sendiri tak bahagia. memang peranga aku gini kot dari kecik. Biarla orang nak kate ape and i am happy to be i am. :D


Ok aku rase, aku dah mengarut panjang gila sampai penat orang baca entri ni. Sori ye Cik Istana Biru pasal panjang sangat entri aku ni. Dan lastly selamat berkenalan ye. :DD

Tuesday, August 9, 2011

VOTE GOOGLE! PALESTIN vs ISRAEL!!!

Korang pernah baca tak pasal GOOGLE sedang menjalankan vote sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Kalau belum baca sila klik di sini untuk tengok dulu dan jangan vote ape-ape. Sabar. Ada sesuatu aku nak kongsi pasal mende ni.



First, aku bukak website tu, aku tengok peratus orang yang undi ISRAEL memang lagi banyak dari PALESTIN. So aku pun terus undi PALESTIN pasal semangat nak tolong saudara seagama kita.Lagi-lagi bulan Ramadhan ye dak.

Tapi semalam mase aku tengah blogwalking, aku terbace entri kat blog Cik Kitty pasal GOOGLE VOTE ni. Tajuk entri die "INFO TERBARU PASAL VOTE GOOGLE TUUU !! MUST READ JANGAN VOTE!!"  Aku pun baca sampai habis pasal nak tahu kenape Cik Kitty ni tak bagi vote dah. So rupanya ada perkara yang kita semua tak tahu pasal GOOGLE VOTE ni. So aku mintak kebenaran tuan blog nak share mende ni.

IA ADALAH MESEJ BERANTAI.
Undi anda walaupun sebanyak mana disana tak akan membantu sedikit pun rakyat Palestine dalam kesengsaraan malah menambahkan beban bagi mereka. Untuk pengetahuan anda, setiap page view laman web tersebut, sebanyak RM0.01 akan dibayar kepada Israel untuk iklan Google Ads mereka.

Bayangkan kalau ada berjuta-juta pageview dan mungkin lebih dari itu. MasyAllah. Berapa banyak dah wang yang mereka perolehi. Dan tahukah anda wang itu digunakan untuk membeli senjata dan peluru2 yang membunuh saudara2 kita di Palestine?

Kalau difikirkan logik, tak kan Google yang besar itu buat poll gunakan website free seperti ini kan? Dan saya ada buat sedikit Whois Lookup keatas laman web tersebut (cara untuk mendapatkan maklumat pemilik laman web tersebut). Ini hasil carian saya:http://www.whois.net/whois​/israel-vs-palestine.com.

Tengok sahaja pada maklumat yang disertakan. Ada tertulis pemiliknya Google? Malah maklumat yang disertakan bukan maklumat yang betul. Fikir-fikirkan lah.

#sumber dari niesa.


So aku rase terpanggil nak share perkara ni sebab kalau kita undi banyak mane pun, bukan dapat bantu rakyat PALESTIN pun. Dan kompem-kompen ISRAEL akan makin jadi kaya-raye. Betapa senangnya pihak ZIONIS menipu mentaliti kita hanya dengan menggunakan nama negara saudara islam kita.

Jadi sekarang, kita tak payah nak undi-undi dah kat GOOGLE VOTE ye. Mungkin ada yang berkata, ALA BUAT TAK TAHU JE LA SEMUA TU. Ok memang betul kalau buat tak tahu je tapi tak salah kalau korang tahu perkara ni dan sebarkan kepada kawan-kawan korang or sesiapa saja yang tak tahu pasal ni. Kira macam berdakwah jugak la.

So cukuplah kita berdoa banyak-banyak sempena bulan Ramadhan ni supaya Allah melindungi saudara kita, rakyat PALESTIN. Amin. So pada sape-sape nak share silakan. Pada siapa yang ada info tambahan boleh kongsi jugak kat sini.Thx.

nota kukukakiku: Time kasih Abg Ben sebab sudi lepak kat blog Goreng yang hangit ni.Hehe. Nak tahu lebih lanjut, klik sini.

Monday, August 8, 2011

Cara Pantas Dapatkan BUFFERED EARNING!!!

Bagi blogger yang baru macam aku ni,dapat BUFEERED EARNING adalah perkara paling nikmat bila korang start join NUFFNANG. Gila tak bahagia. Kalau sebelum ni kena tunggu orang kelik satu-satu iklan baru la dapat duit. Itu pun kalau orang tu rajin nak kelik. Tapi once korang dah dapat BE, orang bukak je blog korang terus dapat duit. Syok gila kan. Bagi sape yang tak paham ape BE, boleh klik sini.


So kali ni aku berbesar hati nak kongsi dengan korang tips macam mana nak dapat BE dari NUFFNANG dengan cepat dan pantas. Actually tips ni aku dapat hasil dari pengalaman blogger-blogger senior dan pertanyaan kepada pihak NUFFNANG sendiri. Layan.

1.KEKALKAN STATUS "GLITTERATTI" ANDA.
Jangan gatal-gatal nak pasang iklan lain selain NUFFNANG kat blog korang. Nanti NUFFNANG merajuk, padan muka korang. NUFFNANG tak suka pada orang yang menduakan dia. Tak pasal-pasal status GLITTERATTI korang kena tarik balik.XD

2.RAJINKAN DIRI KORANG UPDATE BIO PROFILE DAN BLOG SURVEY.
Yang ni korang tak payah la UPDATE hari-hari, 2 kali sebulan pun dah OK. So dari situ NUFFNANG boleh filter blog mane yang sesuai dengan kehendak pihak advertiser. Tapi jangan sesekali korang classified blog korang as SOSIAL@POLITIC sebab NUFFNANG takkan pilih blog yang pasal politik-politik ni.:D

3.KALAU NAK LETAK IKLAN NUFFNANG, LETAK KAT TEMPAT YANG BETUL.
Ini serius. Aku bagi contoh, korang upah bangla suruh letak sofa kat ruang tamu, tapi die pergi bantai letak sofa korang dalam jamban jiran sebelah, ape korang rase? Ok jangan jawab. So ape yang korang rase same seperti NUFFNANG rase kalau korang suka hati letak iklan dorang merata-rata.

4.PENUHI BLOG KORANG DENGAN SEMUA JENIS IKLAN NUFFNANG.
Jangan gedik nak cakap "TAK KIUT LA BLOG I KALAU LETAK SEMUA IKLAN". Yang tak kiut tu la yang bagi duit kat korang. So sila letak ketiga-tiga jenis iklan NUFFNANG tu ye.Kalau tak tahu macam mane nak letak, aku ada buat tutorial. Meh klik sini ye.Part 1 | Part 2.

5.JAGA TANGAN KORANG DARI MENG'KLIK' IKLAN KAT BLOG SENDIRI.
Kalau korang klik berjuta-juta kali pun iklan kat blog korang, tapi dari IP ADDRESS yang sama, jangan harap la NUFFNANG nak bayar korang 1 sen malaysia pun. Silap-silap korang terus kena BANNED dengan NUFFNANG.HAHA.

6.SILA MAINTAINKAN TRAFIK BLOG KORANG 100 UV SEHARI.
Sebaik-baiknye 100 UV(Unique Visitor) la. Tapi kalau tak dapat, maintain lebih 20 UV pun dah kira Ok. Nak up trafik korang kena la rajin update blog dan blogwalking. Jangan nak malas sangat.:D

7.SELALU BERTANYA PADA NUFFNANG.
Ha yang ni penting jugak. Korang hantar je TICKET@PERTANYAAN kat NUFFNANG. Tanye jela ape yang patut seperti macam mana nak dapat BE. Nanti dorang akan jawab soalan korang tu. Tapi jangan tanya dah berak belom? Tak pasal kena banned la.HAHAHA.

8.PASTIKAN BLOG KORANG BUKAN JENIS YANG COPY PASTE.
Maksud aku kandungan blog korang mestilah original walaupun tak 100% nak ori sebab NUFFNANG tak suka blog yang mengandungi informasi dari sumber yang lain. Tapi kalau satu dua copy paste tak pe kot.

9.SILA BODEK DENGAN BUAT ENTRI YANG ADA BACKLINK KE NUFFNANG.
Contohnye sama seperti yang aku buat ni. Kiranya aku ni kaki bodek gak la. Tapi dari pengalaman otai blogger, bila kita selalu buat entri yang ada backlink ke NUFFNANG, senang untuk dapat BE. Cubalah buat ye.

10.JANGAN BERATKAN BLOG KORANG DENGAN WIDGET.
Sila kurangkan penggunaan widget di blog korang kerana ini akan melambatkan tempoh loading blog. Serius kalau aku pun malas nak jenguk blog yang loading lama gila. Mungkin aku pergi jenguk sekali je pastu tak pergi dah Inikan pulak NUFFNANG. Kompem tak dapat BE melainkan blog korang memang femes gila tu lain cerita.

Ok aku dah list kan semua tips tu.Sekarang ni semua bergantung atas usaha korang. Kalau rase nak dapat duit lebih dari NUFFNANG, cuba follow tips ni. Nanti dah dapat BE, korang share pulak dengan blogger lain k. Terima kasih NUFFNANG.

Friday, August 5, 2011

HAH!! Memang Betul La tu!




Nota kukukakiku: This is what we call a life stage.*sigh!
Credit: 9GAG-Just for Fun!

BEN ASHAARI : AKU TUNGGU SAHUR.. KORANG ?

Sementara tunggu sahur ni aku pergi la jalan-jalan tengok blog orang, bace entri orang, follow-follow orang. Dah macam orang-orang aku rase. Tetibe sampai blog Abang Ben aku pun jumpa segmen ni.

Tapi kenape aku nak tunggu sahur pulak padahal aku baru je lepas makan ayam penyet kat Ampang tadi. Nak tunggu sahur la konon.HAHA.Sebenarnye aku memang takleh nak tido la. Kena insomnia barangkali.XD

So ada sape-sape nak join? Syarat die senang je.Sapa yang komen last skali akan menang. Untuk lebih lanjut, Klik gambar abg Ben..SETEL.

Tempoh luput : Sebelum azan subuh ye.:D


Thursday, August 4, 2011

Kat Bazar Ramadhan Pun Jadi!!!

Selamat Hari Khamis,

Kelmarin aku pergi jalan-jalan bazar Ramadhan. Orang tak payah cakap la. Aku rase aku jalan 1 km/j kot. Setiap 5 minit aku jalan setapak.Puiii.. punyalah jem macam tengok konsert Akhir AKADEMI FANTASIAL. Kalu boleh duduk ,memang aku bersila kat situ jugak sambil pegang banner AFUNDI HAZAMA.Grrr.


Kiut tak saye main lompat-lompat katak camni.:D

Di samping kesesakan lalu lintas yang teruk, terdapat jugak insiden-insiden yang tak sepatutnya berlaku di tengah bazar ramadhan ni seperti main raba-raba. Jadah korang nak main raba-raba depan aku ni. Wei ini bulan puasa, bukan bulan itu bulan cinta. Adui ni masalah bila kapel pergi bazar. Time-time tu jugak la dorang nak ehem..ehem..Tak sabar nak tunggu berbuka la tu.

Tengah dok usha, slow je aku tengok tangan laki masuk dalam baju pompuan tu duk usap-usap ape bende entah, tapi yang bagusnya perempuan tu tak jerit pun, barangkali die syok melayan kot. Apekah keTAHIkan yang berlaku depan aku ni. Aku datang nak beli juadah nak bukak puase, bukan nak tengok filem 18SX ni. Tetibe teringat LUBUK TUPAH.ARGHH! Kurang pahala aku.

Mungkin dorang pikir time sesak-sesak camtu takde orang perasan dorang main raba-raba. Tapi aku orang dan aku nampak! Last-last aku bengang sangat, tenang dan steady aku cakap "PATUT LA JEM, ADA BERUK 2 EKOR TENGAH MENGAWAN RUPANYA.ISH3!!!"

Eh abang jgn main picit-picit, nanti terpancut! HAHAHA.

Automatik tangan laki tu keluar dari baju pompuan tu. Wah ada respon. Bagus-bagus. Aku rasa die dengar aku kutuk die.HAHA. Lepas tu aku tengok kapel tu dah hilang. Mak aih laju dorang lari.XD

Petang aku aku beli roti john dengan ayam goreng KFC (Kelantan Freid Chicklen). Nampak sedap tapi punyalah aku keciwa pasal first time aku makan roti john yang hangit pastu rasa cegampang tak sedap langsung. Puiiiii!!!

Aku bayangkan camni, tapi yg dpt hangit! :(

notakukukaki: pengajaran hari tu,jangan jalan belakang kapel dan jangan beli roti john yang siap dibungkus. AWAS. Kalau boleh korang mintak brader tu masak depan korang. At least korang boleh komen kalau tetibe hangit. Takkan die nak jual pulak kan. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...