Thursday, October 28, 2010

Si Mulut Jahat mintak Maap.

Semakin nak dekat exam, semakin galak aku mengeluarkan entri-entri yang selama ini tersumbat dalam perut aku. Patut la orang cakap aku dah bulat sekarang?-_-"

Aku ada masalah ini, tiap-tiap sem mesti aku kena mintak maaf dengan lecturer-lecturer tersebut. Kalau tak mesti ada kesukaran masa jawab exam. Bukan sebab aku calar kereta diorang atau masuk pasir dalam tangki minyak diorang, tapi sebab mulut yang yang suka bercakap merapu-rapu ini.




Tapi takde lah aku cakap depan-depan tapi cakap belakang sikit je pun sebab aku suka duduk belakang dalam kelas. Bila dah duduk belakang, banyak la cerita nak keluar. Agak-agak ada lecturer yang buat mende pelik-pelik sikit, kami sebagai jugde kat belakang akan mempersoalkan tapi antara kitaorang saje la. Nak mati kalau kau sound straight forward. Mahu carry mark kau telur ayam.Haha.

Di minggu exam ni, aku seikhlas hati nak mintak maaf dengan semua lecturer kesayangan aku, sesungguhnya anak murid mu ini bermulut jahat, tak lari dari ter'mengutuk' tapi sikit-sikit jela. ^_^

upps~

Pada kawan-kawan yang mengenali, saya ingin mengucapkan gud luck la korang, korang memang pandai-pandai kan, bangga aku kawan dengan korang semua, follow blog korang, korang lah the best!!! ceh macam ucapan lebaran kat paper utusan pulak.Hahaha.

Korang jangan lupa wish aku luck, aku tak nak kena block PTPTN lagi sem depan. Dah serik takde duit sem lepas.T_T

p/s goreng2: siapa-siapa yang belum mintak maaf dengan lecturer or cekgu korang, pergi cepat-cepat tau. Dan yang penting jangan lupa kat Allah ye. Salam.

3 comments:

nadey said...

hahahah ko ni same je ngan sume.......aku lg la xmintak maaf pon...mmg haram la xdpt jwb tp aku buat muke kompiden dpt jawab je!!!!! hahahah

AerOn YOn Arshad said...

haha.tlg ajar aku buat muka komfiden boleh x? Biar mbr2 aku tgk aku power pdhl haram.hahaha

nadey said...

cube ko tenung gamba aku yg ni!!!!!!!!1 seyes tenung lame2 ko akan dpt ilhamnye!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...