Sunday, October 31, 2010

Jangan Pandang Belakang 2

Aku rasa aku ni obses dengan wayang la. Maybe masa kecik-kecik mak bapak aku selalu dating kat wayang.Haha. Korang bawak la aku pergi mana-mana panggung wayang pun aku follow. Wajib. Tapi jangan ajak aku buat wayang, aku tak pandai lagi. Tolong ajar.-_-"~

       tolong tolong, sape nak ajak aku tengok wayang ni.Tolong~

Boleh di katakan setiap bulan aku akan penuhkan jadual life aku dengan tengok wayang. Kau ajak la aku tengok cerita papepun cerita cinta, bunuh-bunuh, joget-joget, kartun 3D, cerita tamil pun aku layan. Aku main sebat je semua. Janji ada perkataan WAYANG. For sure aku tak tolak punya. :p

Aku selalu tengok wayang kat Alamanda sebab dekat, sound sistem dia pun power. Kau orang jangan main-main, hari tu aku tengok Jangan Pandang Belakang, lepastu aku dengar ada bunyi orang bukak pintu, aku selamba jelah toleh belakang tengok siapa pulak nak masuk time-time tengah klimaks ni, tengok takde orang masuk pun. Pastu tetibe member aku boleh gelak guling-guling, selamba member aku nganjing 


"asal kau pandang belakang dol, kan dia dah cakap 

jangan pandang belakang?"

Hahah.La rupanya bunyi orang bukak pintu dalam cerita tu. Ceh! wakenabeb. Tapi serius power kan sound sistem die?*blushing

mana la aku taw speaker tu kat belakang~

Lepas hari tu aku akan lebih berhati-hati dengar je bunyi pelik, aku akan tengok depan dulu baru toleh belakang.Haha. Ok la pada sape-sape yang berminat nak suruh aku teman tengok wayang, jangan segan-segan komen kat sini. Siapa yang sanggup sponsor akan diberi keutamaan sekali pakej urut kaki. Hahaha.

petua goreng2: Nanti aku update pasal cerita-cerita yang buat aku maki-hamun lepas habis tengok. Jarang aku nak buat gitu, aku ni kan pencinta karya seni. Chewah!!!

3 comments:

nadey said...

aku pon gile wayang but skung xde duit aku download n buat wayang sendiri kt umah

bukan buat wayang yg romen2 tu ye..........

AerOn YOn Arshad said...

nak tgk wyg yg buat sendiri kat umh tu boleh x? plzzzzzzzzzzzzz.-_-"

nadey said...

hahahhahahahahahahhaha blue gile otak ko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...