Friday, October 1, 2010

hambik kau takde lesen!!!

hype!
Sejak dua menjak tiga menjak ni, nak pergi mana-mana mesti ada penghalang jalan a.k.a ROADBLOCK by encik poklis. Nak pergi beli air kat mapley pun nak ada roadblock. 



This is too much la encik poklis!!! 

Oh sebelum terlupa, aku nak beritahu yang aku ni mana ada lesen, itu yang anti dengan roadblock ni. Umur 21 tahun lesen takde, macam loser gila ah! Aku cuma tak suka dengan prosedur dia, kena ambik test komputer, test JPJ, lepas tu belajar bawak motor pakai helmet apek jual sayur takde wizer bagai. Macam-macam, leceyak. Tapi lepas kejadian ni aku terus merubah pendirian aku dan bertekad untuk ambil lesen dengan segera.

encik poklis nak tahan pun segan.


The story bermula bila aku, PAAH, ALIP, ALI cadang nak pergi karaoke dekat KUCHAI LAMA. Memang jauh gila la tempat tu, aku sebagai pemandu arah tak bertauliah banyak kali bertanya orang ramai lokasi yang nak dituju, tapi dorang pun bagi separuh je lepas tu sesat balik. 


ali, alip & paah kat BHP kuchai Lama.


Haiyo, last-last aku tanya sorang brader jual burger dekat BHP Kuchai Lame,"bang macam mana nak pergi tempat karaoke sebelah PIZZA dengan KFC kalau dari sini?"

Mula-mula dia buat tak perasan, tapi bila dia tengok aku tercongok depan dia dari tadi, dia jawab "cuba adik pergi naik teksi tak pun bas mesti sampai~"

OMG. OMG. OMG. Sungguh tak kusangka kau akan memberi jawapan macam tu, ok dah malas tanya orang lagi, bikin rosak emosi saja. Mana tahu jumpa 10 orang lagi macam brader tu. Terus aku guna kaedah cuba jaya. Akhirnya aku jumpa jugak la. Dah siap karaoke 2-3 jam, masing-masing kebulur, nasib baik PAAH dengan berbesar hati belanja kitaorang KFC. Nyum-nyum.



thank ye PAAH~ nyum-nyum

 Masa on the way nak balik tu aku yang drive Satria ALIP sebab aku mengada-ngada nak bawak. Dengan pasang lagu kuat-kuat, berdentam-dentum kereta tu, PAAH dengan ALI semangat berjoget kat belakang. Gila ke apa diorang ni. Kerana terlalu seronok sangat tu la, aku terlanggar trafic light dan tak perasan ada polis ikut kitaorang.



 Penat encik poklis hon la, angkat lampu tinggi la tapi aku buat bodoh je. Mana nak perasan wey, semua pakat kena macam kena rasuk dalam kereta masa tu, last-last kereta kitaorang kena block. Dengan tak membuang masa encik poklis bagi surat cinta berharga RM600 bila dia mintak lesen, aku cakap takde. Siap dapat pakej makian yang bertalu-talu. Memang tak boleh nak countin dah, pakcik poklis dah bengang tahap dewata. Melayang duit aku.wuwu. Memang dah takdir kot malam tu aku tewas kepada encik poklis, sebab sebelum-sebelum ni aku selamat.hehe. 


adik ni saman ye, tak banyak pun 600 ratus je, balik mintak kat mak


Lepas balik tu terus pasang niat nak buat lesen L + P (motor & kereta). Nak jadi pemegang lesen berjaya. Tak mahu potong traffic light, tak mahu buat salah dah, dah taubat dah ni wey. So siapa-siapa jangan bagi aku bawak kereta atau motor korang selagi aku takde lesen ye.:P

petua goreng :: Tapi sampai sekarang aku tak sambung-sambung lagi buat lesen P motor. Ada lesen L je.

2 comments:

paah mohamad said...

ambik lesen elok2 tau? nnti bley teman paah p shopping. wawawawa

jd driver sudah....

walakot said...

w0keh!!!!
ck0p bulan byr gaji..hahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...