Wednesday, December 29, 2010

sampai hati MAK ~

Dengan tak basuh muka aku lari pergi belakang rumah. Aku korek-korek tahik mata sebab mengganggu aku punya penglihatan. Ahh sudah! Pebenda sume ni? Aku pandang mak. Mak pandang aku balik dengan senyuman tanpa rasa tak bersalah sambil ucap "monink" kat aku. Sampai hati mak buat aku camni. Apa lah dosa aku. Wuwu.Sampai hati mak~

 
sampai hati mak~ WAAAAA!!!

......................................................................................................................................................................

Korang kenal pokok petai? Ha belakang rumah aku ada satu. Tinggi melangit pokok tu, sikit lagi nak cuit awan. Yang best nye pokok tu betul-betul parking sebelah dapur rumah aku. Keluar je dapur nampak petai. Haish! Siapa la pandai sangat tanam pokok petai kat situ? Tapi ok la pokok tu dah membuahkan beratus-ratus tangkai petai yang ganteng-ganteng. Sedap mata memandang, sedap lagi makan dengan sambal belacan.Nyum-nyum.


Tiap kali jiran aku lalu depan rumah, dorang akan berbunyi camni, UIT SEDANG MOLEK DAH PETAI TU, JANGAN DI BIAR LAMA ATAS POKOK, NANTI DITEBUK TUPAI. Ceh!!! Berkias-kias pulak jiran aku ni. Tak payah nak berpantun seloka dengan aku. Kalau korang nak pergi je panjat pokok tu sendiri.

Nak di jadikan cerita, ada la satu petang ni, tengah sedap aku tengok sinetron, mak aku panggil suruh panjat pokok petai yang tinggi melangit tu. Mulanya aku agak tak yakin sebab dah bertahun aku tak panjat pokok ni, ditambah dengan saiz perut aku yang mula menebal. Biar betik mak aku ni? Eh memang betik la. Serius je muka mak aku ni. Untuk tidak menghampakan aku pun pergilah panjat.

Sebelum nak panjat, aku sembur ridsect kat dahan pokok tu sebab banyak gila menatang semut hitam yang gigit orang sampai mati tu. Aku memang anti betul dengan semut ni. Dah macam lembu panjat pokok dah aku rasa. -_-"

                                Eleh aku pun pandai panjat pokok gak.Siap galas anak lagi!

30 minit kemudian. Akhirnya berjaya gak aku panjat kat dahan atas skali. Bapak susahnya nak panjat pokok ni. Dahan dah la jarang-jarang. Salah sikit je, cium tanah la jawabnya. Menatang petai tu pulak nun hujung kat ranting tu duduknya. Kecik besor kecik besor je aku tengok kat petai tu. Bila dah dapat petai tu aku campak kat bawah. Mak aku la tukang kutip nye.

Nak turun satu hal la pulak. Ingat kalu batang pokok tu licin cam tiang letrik aku gelonsor je, tapi bukan main kasor batang pokok tu. Mau mengelupas kulit aku kalau gelonsor camtu je. Sampai bawah aku tolong mak aku kutip pastu kumpul setempat. Banyak gak la aku dapat amik. Boleh tahan la aku perform petang tu. Mesti mak aku bangga dengan aku.

                                        Dik cepat buat muka bangga. Ada orang tengok tu!

Tetiba datang sorang pakcik tua cari mak aku. Borak-borak jap dengan mak aku pastu blah. Sebelum blah tu aku tengok kat tangan dia ada dalam 10 papan petai. Cis!!! kaki paw gak orang tua ni. Dah la separuh nyawa aku habis sebab nak ambik petai sepapan tu. Takpelah dah memang mak aku suka beramal kot. Malam tu aku memang tido lebih awal dari biasa. Penat sungguh!!!

Esoknya, aku bangun lebih awal dari biasa. Sebabnya ada sound environment kat belakang rumah. Siapa lah pandai sangat buat bising pagi-pagi ni. Tunggulah petang sikit. Untuk menjawab segala persoalan yang bermain kat kepale hotak aku ni, aku pun pergi belakang rumah dah ready nak sound ni.

Sesampai je semua persoalan aku terjawab. Hampir terduduk aku. Depan aku kelihatan seorang pakcik tua tengah galak tebang pokok petai guna chainsaw. Weeeng.Weeeeng.Weeeeeeeeeeng. Sakit hati aku dengar bunyi chainsaw tu. Sampai mati aku benci dengar bunyi tu.


Rupanya pokok petai yang aku panjat semalam kena tebang dengan pakcik yang paw petai semalam. Yang tak best nye mak aku siap cakap lagi. "DAH LAMA DAH MAK SURUH DIA DATANG TEBANG POKOK PETAI TU, TAKUT NANTI KALAU POKOK TU TUMBANG HANCOR LA DAPUR MAK.HUHU."

Sebenarnya aku tak kisah mak nak tebang pokok tu, tapi
KENAPA MAK SURUH AKU PANJAT POKOK TU SEMALAM WALAUPUN MAK TAHU
POKOK TU AKAN DITEBANG?

KENAPA MAK TAKNAK TUNGGU SAMPAI POKOK TU KENA TEBANG??
KENAPA MAK??? WUWU.

Ni mesti kes nak kenakan aku la ni. Mentang-mentang aku jarang balik kampung. Tetiba aku dengar ada orang gelak kat tepi aku. Cis! cinabeng punya adik. Mesti ko berpakat dengan mak ni nak kenakan aku. Terus aku kejar adik aku dengan penyapu laju-laju.

                                                        Sekali macam Harry Potter la.

nota goreng2: Selalulah korang balik kampung jenguk mak ayah ye. nanti korang lak kena prank. ok Chow~

p/s: kenapa penulisan aku macam cerpen ni. Aiyo~

11 comments:

MrZuRied said...

haha..padan muka ko...nie jadi pengajaran tuk aku...
klu pasal nak pnajat pokok ak akan tye dulu bila nak tebang..haha

yad'z said...

hahaha... kejam mak u... ngeh3x..

Alynn Notnot said...

hahahaha! otai siot mak kau.

umah aku ada pokok asam jawa.

best2.

Jemput datang jenguk blog yee ; "This is my story".

aeron yon arshad said...

wan: haha.nanti aku nak suruh mak aku pjt pokok lak. asyik aku je yg kene.hak3.

yadz: mak i mmg rowk!!!

alynn: pokok asam jawa byk kerengga. xmau pjt. :(

nadey said...

HAHAHHAHAHAHA NI SUMPAH MCM HARAM LAWAK NK MAMPOS.........DH TEBANG KUTIP LA PETAI TU....NAPE DIE SUH KO PNJAT B4 NK TEBANG TU???? MAK KO NK TUNJUK KT JIRAN2 YG ANAK DIE LEH PNJAT POKOK PETAI......
AKU PENAH PNJAT POKOK LANGSAT DULU....ZAMAN KURUS DULU THEN AKU XRETI TRUN AKU JATUH DR POKOK....SBB TU SKUNG MCM MASUK AIR JE KN!


TAHNIAH LA YON PAS NI AKU SUH KO PNJAT APE2 LAK EK KIKKIHKI

nama.aku.lynn said...

hahhahahha..adesss..gelakgolekgolek..krm slm maak ea..ckp,len kali baut lg cmtu..hahahha~

MrZuRied said...

haha...aku memg kene hati3 da la yon...sbb rumah ak byk kot pokok....
rambutan,durian ngka cempedak sume ada...zzzz

aeron yon arshad said...

kak nadey: sampai skang aku pelik lg. Mak aku ni byk tgk citer bang bang boom kot. keje nk pedajal aku je.Wahaha. nak tnye, pokok lgst tu hidup lg x?Haha.

lynn: mak aku lg suka kalu dgr aku ckp cm2.Haha.

wan:tu psl la ko kne tebang sume cpt2.Haha.

ku izzati said...

hahaha..padan muka kamoo!!best bce kamoo kne buli

goreng-goreng said...

haha.kesian la sikit.Hahha.

raito fayed said...

steady lol keron !
(:
HAHA~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...