Sunday, October 31, 2010

Jangan Pandang Belakang 2

Aku rasa aku ni obses dengan wayang la. Maybe masa kecik-kecik mak bapak aku selalu dating kat wayang.Haha. Korang bawak la aku pergi mana-mana panggung wayang pun aku follow. Wajib. Tapi jangan ajak aku buat wayang, aku tak pandai lagi. Tolong ajar.-_-"~

       tolong tolong, sape nak ajak aku tengok wayang ni.Tolong~

Boleh di katakan setiap bulan aku akan penuhkan jadual life aku dengan tengok wayang. Kau ajak la aku tengok cerita papepun cerita cinta, bunuh-bunuh, joget-joget, kartun 3D, cerita tamil pun aku layan. Aku main sebat je semua. Janji ada perkataan WAYANG. For sure aku tak tolak punya. :p

Aku selalu tengok wayang kat Alamanda sebab dekat, sound sistem dia pun power. Kau orang jangan main-main, hari tu aku tengok Jangan Pandang Belakang, lepastu aku dengar ada bunyi orang bukak pintu, aku selamba jelah toleh belakang tengok siapa pulak nak masuk time-time tengah klimaks ni, tengok takde orang masuk pun. Pastu tetibe member aku boleh gelak guling-guling, selamba member aku nganjing 


"asal kau pandang belakang dol, kan dia dah cakap 

jangan pandang belakang?"

Hahah.La rupanya bunyi orang bukak pintu dalam cerita tu. Ceh! wakenabeb. Tapi serius power kan sound sistem die?*blushing

mana la aku taw speaker tu kat belakang~

Lepas hari tu aku akan lebih berhati-hati dengar je bunyi pelik, aku akan tengok depan dulu baru toleh belakang.Haha. Ok la pada sape-sape yang berminat nak suruh aku teman tengok wayang, jangan segan-segan komen kat sini. Siapa yang sanggup sponsor akan diberi keutamaan sekali pakej urut kaki. Hahaha.

petua goreng2: Nanti aku update pasal cerita-cerita yang buat aku maki-hamun lepas habis tengok. Jarang aku nak buat gitu, aku ni kan pencinta karya seni. Chewah!!!

Friday, October 29, 2010

Sumpah Aku Dah Serik!!!

Wah entri ke-3 bulan ini.*eleh! Orang lain tak kisah pun~

Sejak dua menjak ni aku dah serik nak pergi Low Yat ataupun Times Square. Memang jarang la nak nampak aku kat sana dah. Pak Guard yang jaga Low Yat pun selalu post kat FB tanya bila nak datang Low Yat lagi, apatah lagi Makcik-makcik Cleaner kat Times Square tu. Sibuk dok tag gambar diorang tengah main buih dalam tandas.Huh tak layan!



   makcik awak cun la*blushing

Sori lah Pakcik and Makcik, bukan aku bukan merajuk dengan korang tapi aku dah serik dah. Aku takkan tergoda lagi dengan pujukan dan godaan Si Penjaga Parking.
Dulu tiap kali aku datang menjenguk korang-korang, Pakcik Penjaga Parking akan melambai-lambai tangan memanggil aku, tidak cukup dengan memberi aku parking, Pakcik Penjaga Parking siap menolong aku memparking motor sekali. Oh terasa macam VIP pulak. Aku pun berlalu dengan megah, tetiba Pakcik Penjaga Parking berbunyi "baya dulu balu pigi".

Ala kena bayar ke? Bukan ini parking free ke?



 Aku tunjuk signboard sebesar alam tu.  Pakcik Penjaga Parking tu bising-bising dalam bahasa dia. Aku pun buat bodoh je la takkan aku nak menyampuk pulak kan. Terus aku pergi masuk Low Yat keluar ikut Times Square. Magik kan? Tetibe buat magik ye dak. Bosan asyik buat magik, aku pun balik la. Sampai je dekat motor, aku rasa cam pelik je motor aku ni. Kenape ye?

YA ALLAH! Mana helmet aku, sial mana pulak curi helmet aku!!!


Dah la harga dekat 80 hinggit.*nangis. Sekarang aku fikir nak balik macam mana? Helmet takde, rumah jauh lagi,mahu jumpa polis tak pasal-pasal kena saman.Serabut gilak masa tu. Tetibe datang Pakcik Apek Tua Bangka tanya aku apa masalah?

Helmet kena curik dengan babi mana ntah.

Dekat KL mana ada babi.-_-"

babi curi helmet.awas!
 
Pastu dia cakap Pakcik Penjaga Parking yang sambut aku awal-awal tadi penagih dadah. Dia main ganja. Aku agak dah helmet aku memang kena rembat dengan malaun sekor tu. Takkan sebab aku tak bayar singgit, terus kena rembat helmet. Dasar Mat Pet Celaka! Pastu Pakcik Tua Bangka tu bawak helmet buruk macam shit warna merah tunjuk kat aku.

Lu maukah ini helmet, wa tolak sama lu 30 hinggit?

WTF. gila mahal. Helmet macam tu aku boleh kutip kat longkang jela.

Okay lu tak mau lu cali la mana kedai buka.

Siot je Pakcik Apek Tua Bangka tu main ugut-ugut dengan aku. Oh aku terpaksa beli helmet tu. TERPAKSA. Kalau tak macam mana nak balik. YA ALLAH! Bau helmet tu sebijik macam bau ketiak mapley, aku redha jela. Aku rasa memang Pakcik Penjaga Parking dengan Pakcik Apek Tua Bangka tu ada kompromi la. Mesti dorang dah plan kan. Aku rasa macam nak hempuk je dua-dua ekor Mat Pet tu. Tak padan dengan tua nak mampus!

ARGHHH. Aku memang takde pilihan lain. Aku terikat dengan keadaan yang merumitkan. Aku tak tahu kalau aku pergi serang Pakcik Apek Tua Bangka tu tetibe dia bawak keluar pisau, tak naya aku. Dah la dia ada bawak geng.

Aku harap kalau boleh buat la pondok polis dekat parking motor tu, sekurang-kurang nya ada jugak yang boleh tolong jaga kawasan parking tu. Memang cari penyakit la kalau bagi Mat Pet yang jaga, alamatnya kes tak setel la sampai bila-bila. Maybe kena buat satu signboard, 'Awas Mat Pet sedang bermaharajalela' dekat parking motor. Oh aku dah serik sangat-sangat. Sangat!!!

p/s goreng2: kalau korang pergi Low yat atau mana la yang parking dia outdoor, korang pastikan helmet yang korang pakai adalah helmet yang terburuk dalam koleksi korang, tak pun korang pinjam helmet merah apek tua jual kat aku ni, aku simpan lagi buat kenangan.HAHAHA.

Thursday, October 28, 2010

Si Mulut Jahat mintak Maap.

Semakin nak dekat exam, semakin galak aku mengeluarkan entri-entri yang selama ini tersumbat dalam perut aku. Patut la orang cakap aku dah bulat sekarang?-_-"

Aku ada masalah ini, tiap-tiap sem mesti aku kena mintak maaf dengan lecturer-lecturer tersebut. Kalau tak mesti ada kesukaran masa jawab exam. Bukan sebab aku calar kereta diorang atau masuk pasir dalam tangki minyak diorang, tapi sebab mulut yang yang suka bercakap merapu-rapu ini.




Tapi takde lah aku cakap depan-depan tapi cakap belakang sikit je pun sebab aku suka duduk belakang dalam kelas. Bila dah duduk belakang, banyak la cerita nak keluar. Agak-agak ada lecturer yang buat mende pelik-pelik sikit, kami sebagai jugde kat belakang akan mempersoalkan tapi antara kitaorang saje la. Nak mati kalau kau sound straight forward. Mahu carry mark kau telur ayam.Haha.

Di minggu exam ni, aku seikhlas hati nak mintak maaf dengan semua lecturer kesayangan aku, sesungguhnya anak murid mu ini bermulut jahat, tak lari dari ter'mengutuk' tapi sikit-sikit jela. ^_^

upps~

Pada kawan-kawan yang mengenali, saya ingin mengucapkan gud luck la korang, korang memang pandai-pandai kan, bangga aku kawan dengan korang semua, follow blog korang, korang lah the best!!! ceh macam ucapan lebaran kat paper utusan pulak.Hahaha.

Korang jangan lupa wish aku luck, aku tak nak kena block PTPTN lagi sem depan. Dah serik takde duit sem lepas.T_T

p/s goreng2: siapa-siapa yang belum mintak maaf dengan lecturer or cekgu korang, pergi cepat-cepat tau. Dan yang penting jangan lupa kat Allah ye. Salam.

Wednesday, October 27, 2010

Fikir Dahulu Sebelum Post !!!!

Oh ni entri pertama dalam bulan ini kan, alahai kesiannya aku tengok blog ni, macam biskut kejap ada kejap takde. Okay my fault.*pulas telinga sendiri~

Meh nak cerita, aku ada kawan dengan seorang mamat ni masa belajar kat dulu, dia ni normal macam manusia lain, takde cacat cela, everything okay tapi dia ada satu sindrom la. Pesakit yang mengalami sindrom ini bila bercakap tak ingat dunia. Akulah paling hebat, akulah paling bagus, orang lain semua salah. Matila kau~ Hah macam tu la kot.



                   you're so annoying!!!

Tapi aku ignore kan saje la,bukan dia ganggu hidup aku pun. Tapi sekarang dia telah timbulkan satu kontroversi.Masa aku tengah syok stalker, aku terjumpa mamat ni post kat wall, macam good-good je ayat, penuh dengan budi bahasa la kononnya. Kalau baca sekali memang tak puas, so kena baca banyak kali baru puas sampai dah berasap telinga baru boleh berhenti tau.haish!!!

Aku cuba pahamkan apa yang dia nak sampaikan, rupanya dia nak beritahu pada kawan-kawan lain yang sudah lost contact supaya jangan sombong, jangan lupa asal usul, sedar diri, marilah merapat kan sillaturahim. chewah!!! Ini ayat aku translate. Memang sopan macam aku.

Tapi ayat yang dia guna sangat-sangat kurang ajar la, kecik-kecik tak bedung ke ape? Siap cakap kalau pasal sensitiviti agama lagi tu. Apa kaitan pun aku tak tahu. Ayat memang mintak penampar 10 kali, sebat bontot 3 kali.

Apakah objektif anda sebenarnya?

Mahukan publisiti murahan?

Anda mahu jadi artis?


Walaupun anda tak tulis nama penuh siapa-siapa ataupun nama glamor sekalipun, tapi kalau orang lain terasa dengan post anda macam mana, tak ke free-free saje dapat dosa kering, selagi post tu ada kat situ, memang dosa tu akan berterusan sampai bila-bila.

Kepada pihak yang berkenaan, kalau ye pun anda nak beri teguran cubalah gunakan bahasa yang menunjukkan anda mempunyai otak di kepala hotak bukan di kepala lutut. Minta la lepas ni kalau nak post apa-apa fikir dulu ya.





Masalahnya aku pun terasa tahu tak? Kecik hati aku baca post kau.T_T.

p/s goreng2:
aku takde niat nak bermusuh, tapi sekadar nak tegur apa yang tidak betul sesama insan. :p

Friday, October 1, 2010

hambik kau takde lesen!!!

hype!
Sejak dua menjak tiga menjak ni, nak pergi mana-mana mesti ada penghalang jalan a.k.a ROADBLOCK by encik poklis. Nak pergi beli air kat mapley pun nak ada roadblock. 



This is too much la encik poklis!!! 

Oh sebelum terlupa, aku nak beritahu yang aku ni mana ada lesen, itu yang anti dengan roadblock ni. Umur 21 tahun lesen takde, macam loser gila ah! Aku cuma tak suka dengan prosedur dia, kena ambik test komputer, test JPJ, lepas tu belajar bawak motor pakai helmet apek jual sayur takde wizer bagai. Macam-macam, leceyak. Tapi lepas kejadian ni aku terus merubah pendirian aku dan bertekad untuk ambil lesen dengan segera.

encik poklis nak tahan pun segan.


The story bermula bila aku, PAAH, ALIP, ALI cadang nak pergi karaoke dekat KUCHAI LAMA. Memang jauh gila la tempat tu, aku sebagai pemandu arah tak bertauliah banyak kali bertanya orang ramai lokasi yang nak dituju, tapi dorang pun bagi separuh je lepas tu sesat balik. 


ali, alip & paah kat BHP kuchai Lama.


Haiyo, last-last aku tanya sorang brader jual burger dekat BHP Kuchai Lame,"bang macam mana nak pergi tempat karaoke sebelah PIZZA dengan KFC kalau dari sini?"

Mula-mula dia buat tak perasan, tapi bila dia tengok aku tercongok depan dia dari tadi, dia jawab "cuba adik pergi naik teksi tak pun bas mesti sampai~"

OMG. OMG. OMG. Sungguh tak kusangka kau akan memberi jawapan macam tu, ok dah malas tanya orang lagi, bikin rosak emosi saja. Mana tahu jumpa 10 orang lagi macam brader tu. Terus aku guna kaedah cuba jaya. Akhirnya aku jumpa jugak la. Dah siap karaoke 2-3 jam, masing-masing kebulur, nasib baik PAAH dengan berbesar hati belanja kitaorang KFC. Nyum-nyum.



thank ye PAAH~ nyum-nyum

 Masa on the way nak balik tu aku yang drive Satria ALIP sebab aku mengada-ngada nak bawak. Dengan pasang lagu kuat-kuat, berdentam-dentum kereta tu, PAAH dengan ALI semangat berjoget kat belakang. Gila ke apa diorang ni. Kerana terlalu seronok sangat tu la, aku terlanggar trafic light dan tak perasan ada polis ikut kitaorang.



 Penat encik poklis hon la, angkat lampu tinggi la tapi aku buat bodoh je. Mana nak perasan wey, semua pakat kena macam kena rasuk dalam kereta masa tu, last-last kereta kitaorang kena block. Dengan tak membuang masa encik poklis bagi surat cinta berharga RM600 bila dia mintak lesen, aku cakap takde. Siap dapat pakej makian yang bertalu-talu. Memang tak boleh nak countin dah, pakcik poklis dah bengang tahap dewata. Melayang duit aku.wuwu. Memang dah takdir kot malam tu aku tewas kepada encik poklis, sebab sebelum-sebelum ni aku selamat.hehe. 


adik ni saman ye, tak banyak pun 600 ratus je, balik mintak kat mak


Lepas balik tu terus pasang niat nak buat lesen L + P (motor & kereta). Nak jadi pemegang lesen berjaya. Tak mahu potong traffic light, tak mahu buat salah dah, dah taubat dah ni wey. So siapa-siapa jangan bagi aku bawak kereta atau motor korang selagi aku takde lesen ye.:P

petua goreng :: Tapi sampai sekarang aku tak sambung-sambung lagi buat lesen P motor. Ada lesen L je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...