Monday, November 1, 2010

ALTITUDE (2010) Movie

Ok entri lepas aku cerita pasal teTAKSUBan dengan wayang, kali ini aku nak sambung pasal cerita terbaru kat wayang, ALTITUDE.



cuba tengok poster dia.macam gempak kan???
  Aku dah lama aim cerita ni lepas tengok poster dia yang sangat gempak, iklan kat tv bagai, so aku dah set tarikh dia, keluar wayang je terus serbu.Haha.

Sampai je kat Alamanda, aku tengok asal tak ramai orang, takde orang nak serbu kounter ke or dorang smua ni tak tahu ke cerita ALTITUDE dah keluar? Ah persetan la dorang janji aku dapat tengok ALTITUDE.Welaweee!

Excited sangat nak tengok cerita ni sampai aku masuk lewat 5 minit, semangat aku beratur panjang-panjang beli popcorn. Masuk je cerita dah start, hek eleh takkan takde iklan dulu brader. Nak taknak pasrah jela, takkan nak tanya orang sebelah pulak, mau kena maki. So buat-buat paham jela.

1 jam 15 mint berlalu~

  

Laaaaaa dah habis dah? Apa benda cerita ni? Aku tak paham satu haram pun. Bodoh punya cerita! Tak best langsung. Patut la orang tak ramai tengok, memang membazir pun.
Macam mana la aku tak dapat detect awal-awal.
aku terus jadi blur lepas tengok cerita ni!

Sampai je pintu keluar, aku dengar semua orang sibuk buat post-mortem. Soksek-soksek! Pakat-pakat dok kutuk cerita ni. Ada yang jerit-jerit, ada yang histeria, ada yang nangis-nangis.Ok tipu! Apelagi korang jom buat group boikot la dalam FB.Hahah.

So siapa-siapa yang terlintas nak tengok cerita ALTITUDE ni, better tarik balik niat yang melintas tu. Buat rugi je. Baik korang tunggu cerita lain pulak lepas ni.

Ni pendapat aku je, tapi kalu korang taknak terima aku pun apa ada hal. Cuma unuk berkongsi informasi sahaja.

petua goreng2:
lepas ni aku cerita pasal sinopsis cerita ALTITUDE ni pulak. Tungguuu.

2 comments:

Anonymous said...

yon.........akak dh sebulan download cite ni .....akak tgk mcm haram sotong2 ni baik xyah tgk....xsmpt akak nk tgk akak dh buang!!!!!! pastu bile kuar wyg...ramai yg ckp cite ni xbesh....tahniah la ye!!!!!!!!!!!!!!

Abe Goreng said...

haha.awat habaq awl2.dh rugi 9 hinggit! nak balik 9 hinggit aku? T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...