Friday, October 29, 2010

Sumpah Aku Dah Serik!!!

Wah entri ke-3 bulan ini.*eleh! Orang lain tak kisah pun~

Sejak dua menjak ni aku dah serik nak pergi Low Yat ataupun Times Square. Memang jarang la nak nampak aku kat sana dah. Pak Guard yang jaga Low Yat pun selalu post kat FB tanya bila nak datang Low Yat lagi, apatah lagi Makcik-makcik Cleaner kat Times Square tu. Sibuk dok tag gambar diorang tengah main buih dalam tandas.Huh tak layan!



   makcik awak cun la*blushing

Sori lah Pakcik and Makcik, bukan aku bukan merajuk dengan korang tapi aku dah serik dah. Aku takkan tergoda lagi dengan pujukan dan godaan Si Penjaga Parking.
Dulu tiap kali aku datang menjenguk korang-korang, Pakcik Penjaga Parking akan melambai-lambai tangan memanggil aku, tidak cukup dengan memberi aku parking, Pakcik Penjaga Parking siap menolong aku memparking motor sekali. Oh terasa macam VIP pulak. Aku pun berlalu dengan megah, tetiba Pakcik Penjaga Parking berbunyi "baya dulu balu pigi".

Ala kena bayar ke? Bukan ini parking free ke?



 Aku tunjuk signboard sebesar alam tu.  Pakcik Penjaga Parking tu bising-bising dalam bahasa dia. Aku pun buat bodoh je la takkan aku nak menyampuk pulak kan. Terus aku pergi masuk Low Yat keluar ikut Times Square. Magik kan? Tetibe buat magik ye dak. Bosan asyik buat magik, aku pun balik la. Sampai je dekat motor, aku rasa cam pelik je motor aku ni. Kenape ye?

YA ALLAH! Mana helmet aku, sial mana pulak curi helmet aku!!!


Dah la harga dekat 80 hinggit.*nangis. Sekarang aku fikir nak balik macam mana? Helmet takde, rumah jauh lagi,mahu jumpa polis tak pasal-pasal kena saman.Serabut gilak masa tu. Tetibe datang Pakcik Apek Tua Bangka tanya aku apa masalah?

Helmet kena curik dengan babi mana ntah.

Dekat KL mana ada babi.-_-"

babi curi helmet.awas!
 
Pastu dia cakap Pakcik Penjaga Parking yang sambut aku awal-awal tadi penagih dadah. Dia main ganja. Aku agak dah helmet aku memang kena rembat dengan malaun sekor tu. Takkan sebab aku tak bayar singgit, terus kena rembat helmet. Dasar Mat Pet Celaka! Pastu Pakcik Tua Bangka tu bawak helmet buruk macam shit warna merah tunjuk kat aku.

Lu maukah ini helmet, wa tolak sama lu 30 hinggit?

WTF. gila mahal. Helmet macam tu aku boleh kutip kat longkang jela.

Okay lu tak mau lu cali la mana kedai buka.

Siot je Pakcik Apek Tua Bangka tu main ugut-ugut dengan aku. Oh aku terpaksa beli helmet tu. TERPAKSA. Kalau tak macam mana nak balik. YA ALLAH! Bau helmet tu sebijik macam bau ketiak mapley, aku redha jela. Aku rasa memang Pakcik Penjaga Parking dengan Pakcik Apek Tua Bangka tu ada kompromi la. Mesti dorang dah plan kan. Aku rasa macam nak hempuk je dua-dua ekor Mat Pet tu. Tak padan dengan tua nak mampus!

ARGHHH. Aku memang takde pilihan lain. Aku terikat dengan keadaan yang merumitkan. Aku tak tahu kalau aku pergi serang Pakcik Apek Tua Bangka tu tetibe dia bawak keluar pisau, tak naya aku. Dah la dia ada bawak geng.

Aku harap kalau boleh buat la pondok polis dekat parking motor tu, sekurang-kurang nya ada jugak yang boleh tolong jaga kawasan parking tu. Memang cari penyakit la kalau bagi Mat Pet yang jaga, alamatnya kes tak setel la sampai bila-bila. Maybe kena buat satu signboard, 'Awas Mat Pet sedang bermaharajalela' dekat parking motor. Oh aku dah serik sangat-sangat. Sangat!!!

p/s goreng2: kalau korang pergi Low yat atau mana la yang parking dia outdoor, korang pastikan helmet yang korang pakai adalah helmet yang terburuk dalam koleksi korang, tak pun korang pinjam helmet merah apek tua jual kat aku ni, aku simpan lagi buat kenangan.HAHAHA.

3 comments:

Anonymous said...

sbb tu ko jgn main2 ngan org yg tolong ko fucking moto tu....kwn aku xbg duit balik2 kene kete die calar ok!!!!!!..........

lain kali kalo ko g tempat gtu bwk je helmet tu! nasib baik die xserang ko

Abe Goreng said...

xkn nk g tgk wyg kt Times Square pun kena bwk helmet? hehe.

Anonymous said...

terpakse la!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...