Saturday, January 1, 2011

Review : Konsert Ziana Zain Sempena Tahun Baru!!!



Selamat Tahun Baru
. Masih tak lewat lagi kan aku nak wish kan..kan..KAN? Ahaha. Kemeriahan sambutan tahun baru semalam masih lagi terasa. Dengan percikan bunga api yang banyak kat langit. Sikit lagi nak kena kapal terbang Air Asia. Fuhh! Nasib baik. Memang meriah tahap ganda 23. Lama jugak la nak tunggu bunga api tu habis. Thats mean ok.^_^

Semalam aku cuba mengubah lokasi sambut Tahun baru kat tempat yang di hujani oleh cahaya lampu. Kat mana lagi kalau bukan I-city. I-city dah macam rumah ke-2 aku dah. Boleh dikatakan selalu jugak aku pergi sana tanpa sebab dan sepanjang tu jugak aku akan tersesat jalan. Ya aku memang failed hafal jalan. Harap maklum! -_-"


Sampai kat sana dalam pukul 10.30 malam. Bermakna aku perlu tunggu sejam setengah lagi. Khabarnya ada konsert. tengok kat skrin besar ada artis tengah nyanyi-nyanyi. Aku pun semangat cari kat mana pentas konsert tu. Sekali tak jumpa. Rupanya konsert tu kat DATARAN MERDEKA. La!!! Macam tengok tv je aku rasa. Sound dia lak macam tak berapa ok. Kejap dengar kejap tak.*sigh! Kalau gitu awal-awal lagi aku sambut kat dataran.Huh!

Tepat jam 11.59, skrin tu show countdown. Semua rakyat bangun nak sambut Tahun Baru ni. Sampai je klimak a.k.a pukul 12.00 AM. Keluar bunga api banyak-banyak tapi kat skrin jela. Haiyo macam tu je. Baik tengok kat rumah. Tetiba semua orang pandang belakang, rupanya bunga api yang real punya ada kat belakang kitaorang. Sekali salah port la nak tengok bunga api. Tapi memang terbaik lah. Tergamam jap selama beberapa minit. Kadang-kadang fikir gak bila la bunga api ni nak habis. Menarik bukan?


Stress tak dapat sambut Tahun Baru kat Dataran. -_-"


Habis je tengok bunga api kitaorang pergi jalan-jalan kat uptown Shah Alam. Sampai sana kitaorang layan magic show pulak. Tapi tak berapa nak magic sangat sebab banyak scene yang kantoi la. Lawak ada la. Hilang mood nak tengok sampai habis. Lepas tu kitaorang pergi window shopping balik. Minat ada tapi duit takde. Tu yang susah tu. So kitaorang tak beli pape.

Sebelum nak balik kitaorang di hiburkan dengan persembahan Kak Ziana Zain dengan lagunya Memori Daun Pisang Masak Layu.


Eh bukan Ziana Zain yang ni. Tapi Kakak angkat kepada Ziana Zain. Ha yang ni ye.


Akak la semalam yang nyanyi tu. Mesti korang igt ziana zain kan. Takpe akak dah biasa~


Siapa tak kenal memang rugi. Dah jadi artis sekarang. Tula lagu feymes dia. Single terbaru dia tengh hot sekarang. MAsuk Anugerah Juara Lagu. Tajuk dia "Abah jahat Sangat". Ok chow dulu.

petua gorg2:
Tak sia-sia pergi semua audition, tup-tup jadi artis.

3 comments:

nadey said...

ko ni mmg setan gile !!!!!!!!! aku gelak nk mampos!!!!!!!!! lg sorg calon bini ko mmg terbaik

goreng-goreng said...

bakal adik ipar kak la tu! Wahahaha. smlm dia pkai gaun putih. pheeeeeeeewit! dia tu laki ke pompuan? haha.

rinoa said...

nice celebrating ur new year... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...