Saturday, July 23, 2011

Tatu Atas Kepala? Jadah pa??

Orang kata kalau nak maju, pemikiran kena maju dulu, baru negara akan maju. Tapi aku bukan nak cerita pasal negara nak maju ke nak masuk gear reverse ke ape, semua tu HARIAN METRO dengan UTUSAN MALAYA punya kerja la. So aku tak nak campur.XD



Yang pasti bukan ini.XD

Sekarang ni aku nak habaq pasal trend buat tatu atas kepala.Ha? Jadah ape buat tatu atas kepala. Tak bocor ke kepale hotak beliau nanti? Oh tidak sama sekali. Yang tatu atas badan tu tatu HAROM, tapi yang atas kepala ni jenis yang HALAL, boleh bawak semayang 5 waktu. Itu yang penting.:D



Ha ni baru betul. Smart kan? kan? Kan?

Tatu atas kepala atau nama omputihnya 'HAIR TATTOO' ni dah lama ada kat Malaysia. Cuma sekarang baru nak up la. Pernah tak korang jalan-jalan pastu ternampak orang yang rambut macam cukur tapi tak siap? Mesti pernah kan, pastu korang dok kutuk-kutuk dalam hati, pekejadah buat rambut camtu.Hehe.Rilek la aku pun buat mende yang sama gak mcm korang.XD

Sebenarnya yang korang tengok macam cukur rambut tak siap tu la HAIR TATTOO. Menarik kan. Macam-macam gaya korang boleh buat. Ada yang nak design bunga, design spider web, design gambar awek, macam-macam boleh taruk selagi muat.HAH.



Dalam rambut ada taman.



Ni mesti banyak tengok cite Spiderman.


Tadi aku pergi potong rambut kat kedai brader yang buat HAIR TATTOO ni dekat Downtown Cheras. Tapi aku gunting biase je tak buat pun tatu-tatu ni pasal nanti bising lak bos aku tetibe tengok rambut aku macam retis.HAK..HAK TUI!

Korang tahu tak sekarang ni trend HAIR TATTOO ni retis-retis pun layan. Tadi mase aku tengah potong rambut, Enot datang bai kedai tu, dia pun nak buat tatu atas kepala gak. Memang gangster la Enot. Nasib baik takde Didi Elias.*tetibe. Tak lama pastu datang pulak Along Raja Lawak dengan bini dia pun nak buat jugak. Gila la set-set retis pun layan gak kedai tu. Terasa gua retis jap.HAHA.

Teringat waktu sekolah dulu, aku join set kawat kaki. Memang tiap bulan wajib botak rambut. Botak, botak, botak. So bila dah bosan asyik botak je, kitaorang pun terus amik mesin rambut pastu cukur kat bahagian tepi. Ada yang buat 3 line, ada yang tulis nama sendiri, ada yang cukur sampai tinggal jambul je.HAHA.



Protes pasal tiap bulan kena botak je.XD

Eh jap jap, kiranya dari zaman aku sekolah lagi dah wujud trend buat tatu atas kepala ni. Betul tak? Hehe. Tak sangka aku antara orang terawal ikut trend ni.*terharu.T_T

nota kukukakiku: Kalau ada sape-sape teringin nak buat HAIR TATTOO, pergi la buat kat Downtown Cheras. Murah je. Pastu nanti sebut nama aku kat brader tu. Sebut jela. Tak dapat diskaun pe pun pasal brader tu bukan kenal aku pun.HAHAHA.

11 comments:

Nur Areefah said...

nice but agak pelik. tak perlu la buat nanti kawan2 taknak ngaku kawan plak :P

latest entry : blogger.com mobile template

Gogoreng Ada said...

Haha.mmg xnk buat pun, kang bos bsing rambut pelik.HAHA.

sumaiyah said...

emm aku xsure lak hair tattoo ni haram ke x. tapi dulu pernah ade kuar isu lukis2 kat tangan guna inai. inai memang sunat pakai. tapi bila dibuat lukis2 kat tangan dan menyerupai tatoo tu, benda tu jadi haram.

sekadar nak kongsi. papehal pasni mesti kuar fatwa pasal hair tattoo ni. :))

ubi said...

sume mat saleh,,seb baek tadak melayu..

haha

ishy77 said...

oo..bru wa perasan lu ada kutu.haha.

btw.. cantik header bru lohhh

echaRierie said...

Hahahaha..
x hensem la bwt rmbut cmni..
:)

salwaismail said...

a'a. betul. tak hensem. haha :D
http://salwaismail.blogspot.com

Gogoreng Ada said...

Maya: Ha,ah aku pn t,pkir gak. Puas aku cari sumber2 psl hukum wat tatu tu tp xjmpe lg.Btw Thx 4 ur info. :D

Ubi: Rmai je melayu buat. Smlm siap Enot pun buat gak.XD

Chot:HAha.tetibe ade kutu.XD

Echa: Ok, xjd buat la.:D

Salwa: Adui, dh 2 org ckp xensem.ok tros xjd buat.HAHAH.

~milo~ said...

haha smart2..stylo gitu..tapi mesti org pandang pelik kalo halal pon.hehe.

Lea IsNaw! said...

unik gile rambut cmtuh

lin said...

kat situ kalau potong rambut biasa tak buat tattoo hair berapa rm eh awk kene??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...