Sunday, July 31, 2011

Kisah Dobi Layan Diri Sendiri. (Part 2)

Ok, Selamat Hari Ahad pulak.

Hari ni aku nak sambung Kisah Dobi Layan Diri Sendiri. Sape-sape yang tak baca lagi Kisah Dobi Part 1, boleh klik kat sini. Ni sambungan semalam. Enjoy.:D

..................................................................................

Bukak je beg tengok-tengok semua baju aku basah lagi. Sebijik macam mula-mula aku masukkan dalam mesin pengering. Ni mesin pengering ke mesin pembasah? Jadah pe lak ni? Aku pun tengok mesin pengering yang aku guna tadi. Eh macam takde masalah pun. Baju dalam mesin tu macam dah nak kering je.

Ok aku pun syak mungkin ada kesilapan di situ. So aku pun tengok la 'manual' guna mesin pengering. Yes aku dah jumpa silap die. Kat situ die tulis "PLEASE PRESS RED BUTTON TO START". Macam mane la aku boleh lupa nak press-press ni. Bukan hobi aku ke press-press ni. Tetibe aku terpikir, kalau aku tak press button maknenye mesin tu mesti tak 'on' lagi la. So duit aku selamat la dalam mesin tu. Betol tak?


Press...Press..

Tapi tadi aku tengok mesin tu 'on' je sambil baju dalam tu tengah berpusing-pusing keriangan. Sah baju mahkluk Allah tadi. Aku pun pelik. Eh bukan ke ada duit aku dalam mesin tu, tapi asal dia selamba je guna. Dah tahu aku ni tua nyanyok terlupa nak tekan START, tolong la tekan, takpun kalau malas sangat nak tolong, biar jela. Baju aku tak kacau orang pun apatah lagi menyusahkan kau. Bersepah lagi mesin kau boleh guna. Hangin betul aku. Habis bau hapak beg aku pasal kau campak baju lembab dalam ni. Naharam betui! Sat gi hang mai, aku maki cukup-cukup. Hang tunggu la! Tetibe aku rase cam nak PMS.

So aku dah plan nak tengok natang mane punya keje ni. Aku pun pergi la menyorok belakang mesin pengering yang gedabak tu. Mane tau die datang nak ambik baju dia ke, boleh aku jerkah pastu bagi sekali dua. Dasar penyamun. Lepas setel je aku nak mintak duit aku 2 hinggit balik.HAHAHA.*gelak syaitooon.


Rase mcm Sherlock Holmes pun ada.:D

Tunggu punya tunggu, lama gila. Bulu hidung sehelai pun tak nampak. Aku yang lepak belakang mesin pengering dah macam roti bakar. Gila panas belakang tu. Macam orang bodoh pun ada jugak. Ciss! nampaknya plan A tak berjaya. Baju aku pun dah nak siap. Dah terpaksa keluar duit lagi nak guna mesin lain. Aku malas nak tunggu lama-lama pasal buang masa aku je. Last-last aku terpikir plan B. Plan B ni cukup mudah. Di samping dapat memuaskan nafsu serakah pasal dapat balas dendam, aku dapat paksa dia keluarkan duit dia sendiri. Orang cakap 2 in 1 la.

Tanpa membuang masa, aku cepat-cepat amik baldi, lari pergi singki, tadah air dalam separuh. Bila dah sampai separuh, aku pun tanpa was-was simbah air dalam mesin pengering. Habis banjir mesin pengering tu sekali dengan baju-baju dia.HAHA. Puas hati aku, padan muka dia. Aku campak baldi tu, terus lari lintang-pukang sikit lagi nak tergolek pasal lantai licin. Arghh! tak kesah la janji aku puas. HAHAHA. Begitulah tamatnya kisah Dobi Layan Diri Sendiri.


Run for your life.Grrr.

notakukukaki: Cerita ini kisah benar. Start dari hari tu, aku tak datang dah kedai dobi tu takut-takut kena tangkap pasal aku dah jahanamkan mesin pengering tu. HAHA. Mana-mana penulis skrip yang berminat nak jadikan cerpen aku ni drama ke film ke. Kolling..kolling ok.


26 comments:

bAyA kDkL said...

Haha, bagus2..aku sokong..padan muke dia !

Abe Goreng said...

Haha.

ishy77 said...

patutu la..basah baju aku tu..cisss

Nad said...

terbaiklah...good idea!..haha

Abe Goreng said...

Chot: ye ke bju2 ko tp asl aku perasan spender laki dlm tu. Ooooo~

Nad: Hehe.jgn lpe buat ye. :D

kimiez said...

Perghh.. Balas dendam yg munasabah... Cayalah..

ariph™ said...

sebagai seorang member, gua rasa cita2 lu tu bagus tok nak jafikan crita lu ni drama filem. mana taw leh kalahkan boxopis cite KL genaster. haha

Abe Goreng said...

Kimi: org ckp buat jht dibls jht ye dak? HAHA.

ariph: Ok nanti kalu filem gua nk hero, gua amik lu ok?HAHAHA.

..hizamirahim.. said...

haha.
sabar aje la!
adeh.

=_______=

sergeant keroro said...

keh3

sumpah terbaik XD

serius sengal :P

Abe Goreng said...

Hizami: HAHA.dh mcm drama melayu dh.XD

Keroro: sengal ganda 23.XD

cm said...

hahaha...klu aku pn, aku wat mcm tue jugak..hahaha..

Fathiah Hamim said...

hebat!! mesti puas gila rasa

Nurasyiqin said...

haha..gila lah setan punye pikiran..=p..hehe..padam muka org tuh !!

L said...

dtg sini bg senyuman, nk bawak milo tp xleh, pose kaaan =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html

miss lyzeer said...

hehe..camnala boleh terpikir plan B tu..

Amira Chan said...

ayat macam novel gituu kot.. :D

Amira Chan said...

ayat macam novel gituu kot.. :D

Fatiha Kamarudin said...

haha .padan muke nan org ue . sesuke hati mak bapak die je nak gune mesen org

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaaaa ... habis ..

Abe Goreng said...

Cm: Haha.xckp pun dh tau ko mesti buat pnye.HAHA

Fathiah: Memang! XD

Syiqin: Syaitoon mmg suke dtg time2 g2 kn? XD

L: senyum sokmo la.:D

Mis Lyzeer: Syaitoon dh bsik awl2.XD

AMira: Haha.:D

Fatiha:Ha,ah.suke ati je mak bapak dorg.XD

tia: Setel!. :D

normazuin jamaludin said...

hahahahaha!! citer nie sumpah klakar! lagi2 part "rase cam nak PMS" tuh. .huhuh~~. .padan muke org tuh. .hukhuk(^_^)v

Abe Goreng said...

normazuin jamaludin: Haha. mmg pdn muke bdk tu. :D

atien said...

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA..

puas hati..

Abe Goreng said...

Atien: rase nak buat lg je.HAHAAHAHAHAHAHAHAHA.

naf. said...

HAHAhAHAHA laawakk la.kat hostel ni pun aD mesin layan diri ni. rm2 je untuk basuh and kering sekaligus. 1jam kena tunggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...