Thursday, July 21, 2011

Kau Tak Layak Jadi LEADER Bai!


"Eh aku LEADER korang! so korang kena respek aku. Kalau tak aku report kat ORANG ATAS korang tak hormat aku, nanti tak pasal-pasal gaji korang kena potong."

"Susahlah jadi LEADER ni, kalau marah orang benci, kalau tegur orang merajuk, kalau bagi muka karang naik lemak, baik korang la jadi LEADER."

"Kalau aku tak marah korang, tak maki korang, nanti ORANG ATAS ingat aku tak buat kerja tau tak!"

Dialog-dialog macam ni la keluar dari mulut LEADER aku hari-hari masa aku kerja PART TIME dulu. Dia punya dialog sebijik macam aku type tu tak pernah berubah sampai aku boleh hafal dah lenggok-lenggok penyampaian dia siap dengan pakej 'body language' yang tak seberapa nak enak untuk ditonton lagi tu beb!


Kadang-kadang aku tak paham gak, betul ke jadi LEADER wajib berperangai seperti You Saka Pergi Main Jauh-Jauh? Lepas tu bila jumpa kat luar baru lah nak nice-nice, tegur baik-baik, suwitt-suwiit, pheewit-pheewit macam MakNyah kat Lorong Garu. Cis! Takut kena penyepak la tu.Grrr

Betul, memang tak semua LEADER macam tu, tapi kebanyakannya memang begitu, tak gitu-gitu APek! Ah...aku benci APek!!!



Setahu aku la kalau nak jadi LEADER yang bagus, dia mesti belajar untuk hormat orang bawahan tak kira tukang cuci mangkuk jamban sekalipun dia wajib hormat. Secara tak langsung semua pekerja akan tetibe je rasa nak hormat kat dia. Betul tak?. Bagi aku menjadi seorang LEADER bukanlah 'tiket bola' untuk kau rasa kau patut dihormati, disanjung dan dilambung-lambung.

Kedua, LEADER yang bagus mesti pandai menjaga hati pekerjanya. Tak kira sama ada pekerja itu melakukan kesalahan atau tak. Aku rasa tak perlu lah NAK MAKI, NAK JAHANAM , NAK CELAKA kan orang sekiranya berlaku kesilapan. Macam la tak boleh nak tegur secara berhemah, kan manis. Tapi kalau tiap-tiap kali buat salah yang same je, potong je gaji. Kan setel.XD



Tapi kan, LEADER aku takde langsung semua ciri-ciri yang aku cakap tu. Habuk sebesar tahik hidung pun takdak. So that why aku berenti kerja tu. Takde nak nyesal-nyesal dah. Saya Berhenti, Saya OK!

nota kukukakiku: Sape-sape yang ada masalah dgn managment especially LEADER kat situ, better korang blah atau dalam bahasa sopan berambus sebab korang bukan dibayar untuk DIKUTUK, DIHINA, DICELAKAIN PUN. Dorang takde hak untuk buat semua tu kat korang. :D

4 comments:

.: Tuan Aril :. said...

ak setuju!..coz ak pnah brpengalaman menjadi leader dalam persatuan..sedikit sebanyak ak belajar bagaimana hendak menjadi seorang leader yang dihormati..untuk kes ko ni, ak rasa leader ni xpnah ada pnglmn sbnrnya masa belajar dulu2..ni msti leader ulat buku..smpai prangai sndiri pun orang x taw masa tuwh..so bila da kuar brsama msyrkt,sgalanya sudah jelas..itu lah nmanya leader x brpnglmn..jaga ati ank buah pun xreti..ish3

Miss Lavender said...

yes..aku pn skong penyataan ko nie..sebab nk jdik leader bkn untuk maki2 org..byk lg cara blh digunakan..nsb bek, bos aku walaupun kedek nk mampos, x pernah lak maki2 aku..klu x, dh lama aku cabut..hahaha

NabilahMF said...

Yeah! Saya setuju. Jadi leader tak perlu nak maki2 tu. Anak buah tu sgt penting. Treasure them. Tanpa diaorang kerja takkan jalan. Tapi jadi anak buah pon tak leh nak wat lemak sngat. Give and take itu penting. :)

Abe Goreng said...

Mr.Aril: Btol2. Die nerd gle, pastu nk bajet gangster. Mase kat skolh slalu kne buli pastu tyme keje nk bls balik la. Tp die silap org.HAHAHA.

Intan: Ko korek je lubang hidung bos ko tu, pastu ckp "nape la bos ni taik idung masin, tak suke 2x." HAHAHA.

Abil: Ha,ah. nasib bek aku xbyk lemak, kalu tak mmg aku naik lemak gk.hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...