Saturday, July 30, 2011

Kisah Dobi Layan Diri Sendiri. (Part 1)

Selamat Hari Sabtu semua.

Siapa cuti hari ni, angkat bahu kiri. Hari cuti adalah hari terbaik untuk orang bujang macam aku melakukan aktiviti membasuh baju. Maklumla sejak dah bekerjaya sebagai part timer ni, semua mende kena tunggu hari cuti je. Sampaikan nak update blog pun kalau boleh nak tunggu hari cuti je. Matila nanti entri seminggu sekali je. HEHE.


Ni bukan aku.

Kalau nak basuh baju, aku prefer guna khidmat dobi layan diri. Dobi layan diri ni memang bersepah kat tempat aku sebab rata-rata penduduk kat sini semua takde mesin basuh kat rumah. Kalau ada pun sekadar hiasan untuk memenuhi ruang dapur.HAHA.

Seperti biasa, aku akan bawak 8 ketul duit syiling 50 sen untuk proses pembasuhan. 2 hinggit untuk basuh baju, 2 hinggit lagi untuk keringkan terus. Jangan lupa tambah singgit lagi untuk beli sabun. Sume 5 hinggit. Untuk basuh baju 25 minit, untuk kering baju 45 minit. Gua dah hafal bai. Semudah ABC je pun. Sebut pasal ABC tetibe teringat cendol pulut plak. Perrgh! sedap gile.


Pekena cendol dulu. :D

Macam biase lepas setel basuh baju aku terus campak segalanya dalam mesin pengering pulak. Yang ni aku suka pasal tak payah dah isi sabun. Jadah nak isi sabun dalam mesin pengering ye dak. So aku pun bank-in 4 ketul duit syiling 50 sen dalam mesin pengering tu. Siap je aku pun blah lepak kat kedai makan layan sinetron. Sebelum aku blah, aku cakap kat mesin tu, nanti lepas 45 minit papa datang ye. Jangan nakal-nakal. Mesin tu pun angguk tanda paham.

Sibuk dok layan sinetron tengok-tengok jam dah lebih 1 jam ni. Aku pun ape lagi, lari-lari ayam nak ambil baju dalam mesin pengering tu. Dah siap gamaknye. Sampai je aku tengok mesin tengah pusing lagi, tapi dalam tu bukan aku punya baju. Oh rupanya ada makhluk Allah dah letak semua dalam beg aku, syukur. Mungkin dia nak cepat kot. Yes, dah siap akhirnya.

Aku pun nak gerak balik. Eh jap,,jap,,asal beg aku ni macam lembab-lembab, basah-basah, takkan mimpi basah kot. Takkan air tumpah kot? Aku dah macam pelik-pelik dah. Bukak je beg tengok-tengok...


BERSAMBUNG...

Nota kukukakiku: Nak tahu ape yang aku tengok-tengok. Tunggu Part 2 pulak. Kalau aku taruk semua kat sini, korang bukan nak baca pun. Panjang gila.HAHAHA.

6 comments:

Unknown said...

tak pernah pn guna dobi layan diri ni. dobi mcm ni selalu ada kat mana? xpnh nmpk pn.

Abe Goreng said...

Ooo.rugi la. Selalu dobi kan htr pastu tinggl je. Yg ni kita kne buat sendri.Hehe. byk kat tmpt rmai org tinggl kot.:D

Nas said...

lorh... ko ni
potong setim tol la...
baru citer ni ngah klimaks ni da ade sambungan lak :P

Abe Goreng said...

nas: sambung klimaks sok plak.HAHAH.

Unknown said...

tgh best lyn ade sambung plak...adehhh....hahah

Abe Goreng said...

Kembar: Name pun drama melayu mesti la bersiri.HAHAHA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...