Tuesday, November 16, 2010

Penjaga Kaunter Wayang Times Square Mati kena Maki !!!

Memandangkan aku nak balik kampung, member aku ajak jalan-jalan kat Times Square. Aku pun terus setuju sebab kat kampung aku takde Times Square. Kalau ada memang aku tak layan punya.

Sampai kat sana,jalan tak sampai 3 minit suku, member aku terus ajak tengok wayang. My peberet!!! For sure I said YES! Usha kat screen takde pun cerita menarik hati member aku ni, nasib baik cerita 2 Alam tak keluar lagi, kalau tak kompem aku suruh dia beli. Ghaha.

Last-last dia pilih cerita TAKERS. Aku pun terus setuju sebab dia nak belanja.


Oo Mak Ngai (OMG) punya la mahal tiket engkau. 13 hinggit tu, total member aku bayar 26 hinggit. LOL padahal cerita ni dah lama main kat wayang, kasi la murah dey. Aku guna perkataan 'dey' sebab penjaga tiket tu Indian. Dia pun senyum je.-_-"

Seat dia pulak ada berapa je, tak sampai 20 pun. Tinggal seat yang depan-depan je. Si Dey a.k.a Penjaga Kaunter ni cakap TAKDEHAL LA DUDUK DEPAN SIKIT, SEAT DIA TINGGI, SO U TAK SAKIT KEPALA PUNYA. Aku pun ok je la dgr Si Dey ni merepek.


Bila dah bayar mesti la dapat tiketnya, aku tunggu punya tunggu bila dia nak bagi, last-last Si Dey cakap mesin tiket rosak, tiket tak boleh print, dia suruh aku masuk macam tu je. Dia dah cakap dah kat member dia , Si Pengutip Tiket. So dia just bagi no seat je la kat member aku.

Aku dah pelik dah dengan Si Dey ni, tapi aku buat bodoh jela sebab cerita tu dah nak start dalam 10 minit lagi. Cerita tu start pukul 4.30. Si Pengutip Tiket pun tunjuk mana seat kitaorang.

WAHH!!! Aku masuk PREMIER HALL rupanya. Patut la mahal semacam. Tempat dia macam untuk orang yang suka privasi semasa menonton wayang. Hall yang luas, seat dia selesa. Boleh main jongkang-jongkit. Aku tahu mesti ramai kapel suka Hall Premier ni sebab dorang boleh main jongkang-jongkit kan.Haha.


Aku dengan selesanya memandang member aku dengan senyuman paling manis sebab belanja aku kat tempat macam ni. Dia pun tak tahu gak sebenarnya. Dari apa yang aku nampak, majoriti yang ada dalam hall ni Mat Salleh, Siti Nigga dan Pak Arab. Wah!!! Macam kat "obersi" pulak.Hoho.

So aku pun menghiburkan diri dengan menonton iklan-iklan yang ada depan mata aku ni. Macam-macam iklan dorang taruk. Ada kot dalam 10 minit. Tibalah masanya nak tengok cerita yang member aku kempunan sangat ni. Baru je tunjuk nama pelakon___

**********************************

Jeng! Jeng! Jeng! Tetiba je muncul kapel Melayu sebelah member aku ni. Potong stim betul la! Orang nak layan nama pelakon pun tak senang. Tetiba Si Jantan tu tanya no seat kitaorang, so member aku pun jawab la elok-elok. Pastu Si Jantan tu cakap yang seat tu dorang punya sebenarnya. EH APA PULAK, PENJAGA KAUNTER TU CAKAP NI SEAT KITAORANG. DIA SIAP TUNJUK LAGI SEAT NI KAT KITAORANG TAHU TAK!

Si Jantan tu tak puas hati. Dia suruh aku tunjuk tiket sebab dia nak bukti. Aku cakap la MANA ADA TIKET, BUKAN MESIN PRINT TIKET TU ROSAK KE? 2 ekor beruk tu taknak percaya, dorang ingat kitaorang masuk haram ke apa wey. Sial!!!

Tetiba Si Jantan tu tunjuk tiket dorang depan mata aku, siap suluh dengan lampu henset lagi. Aku tengok betul-betul memang sama no seat dorang dengan no seat kitaorang ni. Takkan kitaorang nak share seat tu sama-sama dengan kapel ni. Gilak!

Masa tu memang aku dengan member aku malu separuh badan dah, semua orang dalam hall tu tengok. Yang kapel tu dok perli-perli kitaorang. Sebenarnya kitaorang yang beli dulu tiket untuk seat ni, tapi takde bukti untuk nak tunjuk kat kapel bodoh tu! Kitaorang jadi mangsa keadaan.T_T


Dengan hati membara aku terus keluar hall pergi jumpa Si Dey tu takut-takut dia salah bagi seat. Yang member aku pun follow aku. Sampai depan kaunter aku jerit kat Si DeyWOI APA NO SEAT YANG KAU BAGI KITAORANG TADI?
dia jawab F6 DENGAN F7. memang betul tu la no seat kitaorang duduk tadi. Lagi aku hangin, aku hala tangan aku kat muka dia aku jerit, KEPALA HOTAK KAU, ASAL ADA KAPEL DATANG TUNJUK TIKET NO SEAT KITAORANG? KAU CAKAP TADI MESIN PRINT ROSAK!!!

Si Dey dah gelabah, nampak sangat dia nak buat kerja haram. Ada ke patut dia pergi jual seat yang aku duduk kat kapel bingai tadi. Lepas tu duit yang member aku bayar dia masuk poket. PANDAI LA KAU CAKAP MESIN PRINT TU ROSAK HARAM JADAH LA!!!

Member dia sibuk dok suruh aku tukar seat lain. Tak hingin aku. Dah la aku dimalukan dengan melampau dalam hall tadi. Si Dey tu dah cuak habis. Aku pulak tak henti-henti pergi maki Si Dey dengan kata-kata kesat.

Last-last member aku mintak balik duit tiket dia tadi. Member aku dah tawar hati dah nak tengok cerita tu. Aku pulak bengang je tengok Si Dey ni. Ikut hati aku nak je pecahkan cermin kaunter dengan besi penghadang tu. Orang macam ni punya bodoh pun ada ke? Matilah kau kena maki dengan aku.


nota goreng2: Tak pasal-pasal aku tak dapt tengok wayang hari ni, dapat tengok iklan 10 minit je.T_T. Nasib baik member aku ganti belanja wayang dengan BURGER SPICY CHICKRN MC DELUXE. Terima kasih ye member, kang aku tolong belasah Si Dey tu. :P

8 comments:

F~CiCAk said...

dey! hahaha.. cian..
aku baru tgk skyline td.
menarik gak. p tgk skyline plak =)

aeron yon arshad said...

haha.dey.memang niat nk tgk skyline tp bila bce komen org len ckp skyline xbes.trus xjd.betul-betul menarik ke?

CekLa said...

dey!ko ni klaka laa!hahahah!

Puteri Iqa Izyan said...

dey!
gile betul.
len kali ganyang je si dey tuh. :p

FuZaiNi@$imPle@LiFe said...

duit tu dpt blk x???huhuhuhu

nadey said...

ape sebut name aku ni......

aeron yon arshad said...

dey korang sume kawan dey ke? lagi2 kak nadey.Hahaha.

anisa said...

haha
dey punya itu dey
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...