Bagi seorang blogger, memang rugi kalau tak join nuffnang or sewaktu dengannya. Sambil korang berblogging sambil dapat duit, kan menarik di situ. Untuk entri kali ni aku nak buat tutorial pasal nuffnang.
Bagi yang dah ada nuffnang kat blog korang, pergi main jauh-jauh. Haha. Aku nak ajar blogger yang takde lagi ni. Aku pun baru join jugak nuffnang ni, kalau ada yang kurang harap maklum la ye.
Tutorial ni aku bahagi pada 2 part. First macam mana nak deal dengan nuffnang, second macam mana nak letak nuffnang kat blog korang. Wah! Dah maju aku sekarang kan.*blushing sorang-sorang.
Ok first korang kena deal dengan nuffnang dulu.Haha. Korang buka website nuffnang dan register dulu.Klik di sini.
Korang isi apa yang patut di isi dan paling penting Payee Name tu mesti sama dengan nama kat IC korang. Termasuklah alamat surat-menyurat sekali.
Untuk yang ini pulak korang tick je semua, senang cerita. Lepas tu isi apa yang patut kat verifeid code tu. Tekan sign-up. Nanti dia suruh korang "click page"untuk account activation. Then, korang pergi bukak emel yang korang untuk process activation. Dah selesai semua tu, korang pergi la Sign-in kat page nuffnang guna emel dan pasword korang. So dia akan jadi macam ni.
Sekarang dia mintak korang punya biodata. Nasihat aku, korang jawab la sehabis baik ye sebab Nuffnang akan nilai korang dari biodata korang la. Dah setel korang tekan 'submit'. So dia akan keluar macam ni.
Korang isi nama blog, isi url blog lepas tu tekan 'Add NewBlog'. Dia akan keluar pop-up, korang tekan "Ok". So akan keluar macam ni.
Sekarang ni dia suruh korang jawab survey pulak. Nasihat aku pun sama macam tadi, jawab la sehabis baik jugak. Untuk survey aku nak bagi tips sikit. Ada soalan yang korang kena alert sebab mende tu akan effect korang punya duit beb. Bahaye tu!!! Tips dia simple je, korang jawab ikut skema ni. Boleh?
Dah berpeluh ketiak jawab semua soalan survey tu, korang tekan la 'submit'. So dia akan tunjuk macam ni.
Selesai untuk part 1. Sesiapa ada masalah untuk part 1 ni sila pm aku kat comment box ye. :P
nota goreng2: kalau korang rajin, korang boleh dapat banyak lagi tips kat website nuffnang tu. Mana tahu boleh kongsi kat sini. Kaya sama-sama kan. Hehehe.
2 comments:
tutorial tg brkualiti
done..
Post a Comment