Wednesday, November 10, 2010

JANGAN AMBIL KESEMPATAN ITU.

Suka hati korang je ambil kesempatan terhadap aku. Mak bapak korang tak ajar ke? Citt!!! Mesej kurang ajar ini ditujukan pada sepasang kapel tak tahu malu.

Incident ni adalah susulan dari entri lepas. Apa tak baca lagi? Ha klik kat sini. Sengaja aku nak buat entri lain sebab aku rasa seronok a.k.a syok sendiri mengolah incident cacat ini.

                                             ********************************************

Incident tu bermula macam ni, masa aku nak gerak dari kereta untuk menuju ke pentas konsert, akak aku jerit-jerit suruh bawak payung. Aku cakap la tak hujan pun. Buat berat je bawak. Dia sound balik KALAU TETIBA HUJAN LEBAT TAK KE BASAH LENCUN NANTI. BALIK JALAN KAKI LA KALAU KO BASAH. Dia dah warning. So aku pun heret la payung sebesar alam yang boleh muat 5 orang dewasa 2 orang kanak-kanak tu sampai kat konsert.


Memang busuk betul la mulut akak aku ni, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Aku dengan bangga pun bukak payung tu untuk melindungi Mrs.Bos a.k.a akak aku dengan member aku dari kena hujan. Takpe la aku berkorban sikit janji diorang tak basah. Baik juga aku ni.*blushing sorang-sorang. Aku pun tak paham kenape sejak akhir-akhir ni aku kerap blushing sorang-sorang. Sorang tolong explain. -_-"

Ok sambung balik. Aku senyum sinis je tengok orang lain basah kuyup kena hujan. Ada yang tutup kepala pakai surat khabar la, ada yang lari bawah khemah la. Tak kurang jugak yang kreatif, pergi kitar semula plastik merah bungkus kopok lekor tu buat tutup kepala. Bau ikan la kepala korang nanti. Haha. Aku sikit pun tak kesian. Aku gelak lagi ada la. Haha. Sape suruh tak bawak payung. Dah tahu sekarang musim banjir, apa la bengap sangat tak bawak!


Tengah kepala dok layan Ning baizura joget-joget ayam nyanyi lagu RAKSASA, tetiba aku ter bau perfume pompuan kat belakang aku ni. AIK, ADA RAKSASA KE BELAKANG AKU NI??? Aku pun toleh la 25 darjah ke belakang. CIS!!! ADA 2 EKOR RAKSASA TENGAH TUMPANG BERTEDUH RUPANYA BELAKANG AKU NI. SEKOR JANTAN SEKOR BETINA. KAPEL NI. Patut la aku rasa panas je dari tadi.


Nanti korang, aku penat-penat heret payung gergasi ni, pastu siap tukar-tukar tangan lagi sebab dah lenguh sangat pegang batang payung ni. Kejap tangan kiri, kejap tangan kanan, lepas tu kiri balik. Korang senang-senang je boleh tumpang ye. Cakap nak tumpang berteduh pun tak. Ingat aku ni bus stop ke?


Diorang tak perasan lagi tu aku tengah tengok dorang, siap boleh berpeluk-peluk lagi. Aiseh, takleh jadi. Aku kena fikir sesuatu yang jahat ni. Tanpa membuang masa, aku terus angkat sikit payung aku, lepas tu aku tonggengkan biar bucu payung tu betul-betul atas kepala dorang. Secara automatik air hujan yang lalu atas payung tu terus mencurah-curah atas kepala dorang. Habis basah lencun dorang aku tengok. YES!!! Jerat mengena.Haha.

Apa lagi menjerit la 2 ekor raksasa tu. Terkejut barangkali. Yang betina tu bising-bising kat si jantan mengadu tudung dia habis basah. Haha. Padan muka korang. Best kan rasa mandi hujan. Hahah. Aku gelak dalam hati je. Nak jaga perasaan dorang. Baik kan aku ni.*blushing sorang-sorang lagi.


Ha moral of the story, lain kali jangan nak ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.  Tak kesian ke kat aku dok pegang je payung tu. At least cakap la nak tumpang, memang aku tak bagi pun. Aku tak sampai sebaik tu lagi. Kenal pun tak, jadi friend kat Facebook jauh sekali. Haha.

nota goreng2: Kalau korang pergi mana-mana tempat yang open jangan lupa bawak payung, untung-untung boleh buat skil yang aku ajar ni.Hahaha.

8 comments:

Lady Anne said...

hahaha....in conclusion bawalah payung sndri...ngee~~ blushing sorang?? N pun tak thu knp. tak pakar dlm hal ni...hihih..=) keep on writing bro. I really love it..hohoh

F.I.F.A.P.O.S.H said...

haha. patot ko bia je hujung payung tuh kena kat atas pale dye. bia saket skali trus. haha.

Mommy Pinky said...

oh oh, tak malunyer kapel tuh..awat blushing sensorang ni, meh blushing ramai2 .. haha xD

aeron yon arshad said...

anne: thx ye.mmg skrg pun nk pergi mne2 yon bwk payung.Hahaha.

F.I.F.A: haha.nice idea,nanti aku try buat kat org lain pulak.hahah

mommy: ha,ah xmalu btol. Jom kite g blushing rmai2.haha

nadey said...

mcm haram ...lawak ok!!!!!!!!! gmba2 sume lawak

aeron yon arshad said...

kak nadey; comel kan makcik pakai plastik tu.hahaha

HARITH ISKANDAR said...

huh org mcm tu pon ade yer..ish ish ish..per la dorang tu,xreti hormat langsung..mmm

Abe Goreng said...

Harith: nk buat cmne.kurg didikan la tu.HAHHA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...