Wednesday, November 17, 2010

Nasib la dapat jiran Si Pengumpat Terhebat !!!

Best kan tajuk entri aku. Aku buat entri ni masa baru sampai rumah. Aku ni dah la jarang balik. Kalau balik pun tak lama. Jiran-jiran tepi rumah aku ni bukan boleh tengok orang bandar ni balik kampung, ada la benda dorang nak ngumpat tu.Cit!!! bandar la sangat aku ni.Haha.


Bermodalkan meja usang bawah pokok rambutan, jiran-jiran aku yang kaki mengumpat ni akan memulakan riadah petang dorang. Orang lain petang-petang sibuk berjoging, senam robik ke apa. Dorang pulak sibuk berjoging mulut sambil kunyah kuaci.


Macam-macam la dorang bukak cerita. Subjek yang dorang ngumpat ni senang je. Apa yang lalu depan mata dorang, itulah topik dorang. Dah dapat topik baru, terus diorang discuss ramai-ramai.Contoh kalau lembu yang lalu depan dorang, cepat-cepat dorang mengumpat lembu tu sampai lembu tu nangis. Powerkan dorang.Huish!

So korang boleh nampakkan, skop untuk mengumpat ni sangat mudah. Patut la anak-anak dorang semua kena penyakit tu. Keturunan rupanya.Haha.

nota goreng2:Daripada mengumpat, lebih baik layan cerita indonesia kat TV lagi bagus macam mak aku. Takdela tambah dosa sebakul lagi.Haha.

3 comments:

teentree said...

haha.. bengong mu..aku da tau da stail jiran ko tu.. tu aku mls follow jiah balik.. nnt tayar kete aku pun jd bahan. hahah

nadey said...

besh doh gosip2 ni

faizfakhirin said...

dasar kaki umpat, msuk lubang jamban pn sempat lagi mengumpat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...