Saturday, November 13, 2010

Format Otak Kemut - Kemut !!!

Hola. Semalam dengan kelmarin aku tutup kedai. Sebab tu goreng-goreng takde entri baru. Maklum la baru habis final exam, otak asyik kemut-kemut je berfikir. So kena pergi format cepat-cepat!!!


Kelmarin aku pergi format otak kat Alamanda. Tak mahal pun, dalam 8 hinggit satu kepala. Serius berat sangat dah ni. Dekat seminggu aku struggle gila untuk final exam. So sekarang otak aku dah tak seimbang, kalau korang tengok aku jalan tak betul pastu tetiba hilang tu, korang cari la aku dalam longkang berdekatan.

Ramai gak rupanya nak pergi format otak ni.Sapa lagi kalau bukan classmate aku BEN, AZIMAH, ADWA, KK, ZIKRI. Dorang pun ada penyakit yang sama. Prosedur dia senang je, korang check-in dulu. Pastu kang dia bagi bilik. Pastu korang pegang satu batang, pastu korang jerit sekuat hati kat batang tu. Automatik otak korang terus terformat. Canggih kan zaman sekarang.

Kalau dulu zaman sekolah menengah, cara aku dengan member-member nak format otak, mula-mula kitaorang kumpul dulu buku-buku teks, pergi bilik ke bilik mintak kertas-kertas terpakai sumbat dalam bakul dobi. Lepastu pergi kat belakang asrama, sekali bakul dobi tu kitaorang bakar buat unggul api besar-besar punya. Last sekali kitaorang keliling api buat tarian kat situ.Welaweh!!!


Ok sambung cerita. Memang habis 100% aku format otak ni. Kalau korang tanya apa aku belajar sem ni, esok pun belum tentu aku dapat jawab. Sekarang otak aku dah tak kemut-kemut lagi. Rasa lagi fresh dari biasa. Apa tunggu lagi, pergi la format otak cepat.Hahaha.


Nota goreng2:
Masing-masing ada cara sendiri. Cara aku pergi karaoke, ada member aku tengok cerita lucah untuk format otak dia.Haha.So masing-masing dah pandai boleh fikir sendiri.

3 comments:

nadey said...

aku bru je nk tanye ko format lappy kt alamanda 8 hengget kt ne....pastu aku bc abes2 laaaaaaaaaaa format sbb pas exam down

Seizer said...

format ntfs ke fat32?

aeron yon arshad said...

kak nadey; lu kena beb!!!!

seizer: haha.aku xphm pape psl komputer2 ni.hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...