Friday, August 19, 2011

Dato' Haron Din Ajak Aku Sambut Birthday!!!

 Perhatian entri ni tiada unsur-unsur mistik, apatah lagi politik.

Semalam aku rase bertuah gila sebab dijemput ke majlis seorang tokoh agama negara, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Kali ni bukan majlis ceramah agama atau Al-Kuliyyah tapi majlis Hari Jadi Tuan Guru yang ke-71. Walaupun Tuan Guru bukan artis popular mahupun penyanyi tersohor tapi aku memang kenal dari kecik lagi pasal setiap petang jumaat aku selalu layan Al-Kuliyyah kat TV3. Tu pun mak aku yang suruh.:D

Majlis ni sebenarnye private pasal semalam yang datang semua anak-beranak die. Aku pon tak tahu macam mane aku boleh terjoin sekali. Tapi serius bukan senang nak dapat 'invitation' ni. Bertuah beb, kalau aku cerita kat mak aku kompem die jeles. Mak sila jangan jeles dengan aku k.:D

Tempat berlangsungnya majlis ni tak silap aku kat restoran jepun tapi kat Malaysia je. Pergh! Kalau betul-betul dapat pergi jepun mesti syok gila kan. Dapat jumpa Doraemon dengan Naruto. Gua nak sangat bergambar dengan dorang lepas tu nak mintak autograf sekali pasal nak tunjuk kat adik gua. Mesti die gila sawan jeles.HAHA. Ramai betul nak jeles dengan gua hari ni.XD




Tapi nak komen sikit bab makanan kat situ, memang aku tak puas hati betul. Dah la makanan sikit lepas tu hantar lambat, angkat pinggan pon lambat, tuang air pon lambat. Semua mende nak lambat. Ape punyer servis la. Ptuiih!!! Name je restoran kat hotel. Nasib baik bukan majlis aku kalau tak memang aku dah mintak diskaun 50% dengan manager situ.*tetibe.

Lepas siap makan semua, kitaorang pun cepat-cepat bawak kek keluar. Kira macam nak buat suprise la. Sebenarnya Tuan Guru pun tak tahu kitaorang nak sambut hari jadi dia.Hehe.Nampak tak penggunaan 'kitaorang' tu menunjukkan betapa pentingnya aku kat situ.HAHA. Sebelum makan kek, ada bacaan doa oleh Tuan Guru sendiri. Kira memang best la majlis tu walaupun sederhana je. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni tak baik nak membazir.





Kira-kira dalam pukul 10.30 kitaorang pun nak gerak balik rumah. Setel je bayar semua, aku pon siap-siap pakai kasut nak chow dulu. Tetibe datang sorang pekerja kat situ tarik aku. Eh pesal lak ni? Nak mintak autograf ke ape? Rilek la aku tak jadi artis lagi.Huhu. Aku pun dah pelik-pelik dah.

Pekerja tu perempuan dalam umur 30 lebih. Lepas die tarik aku selamba die suruh aku tolong die kemas meja makan. Eh, nak cari gaduh ke ape ni? Memang au sound direct je kat die,

KAK, SAYE NI CUSTOMER YANG MAKAN SEKALI DENGAN DATO' HARON DIN, JADAH SAYE KENA KEMAS SUME NI! NI KEJE AKAK KAN! BUAT LA SENDIRI, PLEZ JANGAN BUAT SERABOT KAT SINI...ERM, PANGGIL MANAGER AKAK SEKARANG!

Nasib baik aku boleh kontrol marah aku ni. Dengar je aku sound gitu, terus die tengking aku balik.

PALE HOTAK KO LA! AKU NI MANAGER KAT SINI MERANGKAP MANAGER KO BENDUL! Oo.ADA HATI NAK MAKAN DENGAN DATO' HARON DIN KONON, CHEITTT! DIA PON TAK HINGIN NAK AJAK KO LA. DAH DAH SEBELUM AKU SHOOT KO, BAIK KO PERGI ANGKAT PINGGAN CEPAT!!!!! CEPATTT!!

Aku terkesima. Oh betul la. Rupanya aku berangan di malam hari je. Takde pekdah Ustaz nak ajak aku makan sekali dengan famili die.HAHAHA. Tapi memang betul la Dato' Haron Din ade makan kat tempat keje aku dengan famili die semalam. Selamat Hari Jadi ye Dato'. Sebelum aku kena shoot, cepat-cepat aku pergi kutip pinggan lari bawak pergi sinki. Oh malunya~





Nota Kukukakiku: Tapi at least kitaorang berkongsi kek yang same.hehe. Nasib baik Dato' sedekah kek kat kami semua. Dapat gak. Tengok tu siap jilat sudu lagi. Ok Kerjaya aku sekarang adalah seorang Part-timer kat restoran jepun tu.. Tolong ingatkan aku sokmo-sokmo takut nanti berangan lagi.HAHAHA.

7 comments:

alfsfr.ali said...

Kiranya betul ke x Haron din mkn kt situ?

Blurr plak...

Dkna Abza said...

hahaaaaaa... ingatkan ko betul2 makan sama dengan datuk haron din... :)

Muhammad Naim Abdullah said...

hebat

Tuan Guru Harun DIn~~

^^

Lea Isnawi said...

hahaha. xsedar diri betul..

sempat x snap gambar dato' tu

Miss Lavender said...

hahahahaha.

dah agak dh something fishy story nie..

tp kek tue buat cerita jdik real...

hahaha.

pas nie buleh la belanja sushi..ekeke..

adwafarahin said...

woi! mkn kek x igt aku kan ciss!

ko keje restoren jepun? nnt aku serbu bw kaum kerabat kite2 tau hahaa

imah said...

hahaha.. ok la tuh.. still dapat jumpe face to face kaaan ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...