Thursday, November 4, 2010

Ha!!! Minyak Naik Lagi?

Harga minyak naik lagi? Apa ada hal? Macam tak biasa pulak dengar minyak naik harga. Sejak dari aku tadika harga minyak selalu naik apa. 



Lagi-lagi naik, pastu naik, entah bila la nak turun. -_-"
Tapi kenapa kerajaan tak umumkan pasal kenaikan harga minyak ? Sebenarnya semua ini ditentukan oleh pasaran terbuka dengan persetujuan syarikat pengeluar minyak. Dorang yang buat keputusan pasal turun naik harga minyak. 

Tapi bukan semua jenis petrol naik harga, hanya petrol ron97 je. Itupun naik 5 sen, so harga petrol ron97 dah jadi RM2.15. Kebanyakan pengguna petrol ron97 ni selalunya orang yang berkemampuan dan pelancong asing. Mungkin dorang tak terasa sangat kot.

Pada sesiapa yang pakai petrol ron95 atau diesel, korang jangan risau sebab kerajaan dah janji takkan ada kenaikan harga sampai akhir tahun ni. Lagipun ron95 dan diesel adalah dibawah subsidi kerajaan.

Nasib baik lah aku pengguna setia petrol ron95, takde la nak bising-bising harga minyak naik. Lagi-lagi student macam aku ni, kalau la aku pakai ron97 alamat nya naik basikal la pergi kelas. :P 


beruk! pijm basikal jap nak pi kelas ni.-_-"

Sibuk nak post lepas jalan-jalan kat blog sharpex muddy. :P

Sumber lak aku kutip dari dupahang.


nota goreng2: Mintak-mintak la kerajaan buat subsidi minyak untuk student pulak. Satu liter singgit. Boleh aku round-round satu bangi nanti. Hahaha.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...